Sebenarnya saya tengah BLURR pasal GEN-M..Oh research!! Tak mustahil bila semalam dapat idea hari ni BLURR dan tersangkut tak boleh kemana-mana walaupun idea yang dilakar semalam seolah-olah dapat menyelesaikan masalah. Masalahnya ia boleh diselesaikan tapi otak saya tehadang dengan perasaan jika saya buat begini apa kualiti research saya??? Memadaikah..Adui.!!! Pastu sibuk nak belajar jugak benda yang sukar difahami sedangkan target untuk siap bulan 5 ni..Sempatkah???
Takpalah, rehat jap. Saya nak cerita pasal matluthfi90. Siapa matluthfi90 ni? Ntah saya pun tak kenal. Tapi dia adalah pengkarya di Youtube. Kali pertama saya menonton video matluthfi90 ni adalah dedikasinya terhadap ibunya sempena hari ibu. BEST!!! Saya ketawa dengan air mata. Sebab bila saya lihat video tu saya teringat sangat kat mak saya.
Saya ingatkan tu jela video dia. Takde pula time tu saya nak search di youtube kot-kot ada lagi video tapi hari ni kawan di FB sharekan video mengenai sampah pula..CUTE, FUNNY but its still full of messages. Saya rasa kawan-kawan yang lain boleh tengok video-video dia di Youtube. http://www.youtube.com/user/matluthfi90
Agak kelakar dan nampak tak serius. Tapi dalam pada itu dia menyelitkan nasihat dengan cara yang tersendiri. Atau kalau tension-tension boleh gak tengok lawak yang berguna ni..
Saya agak ketinggalan sebenarnya. Saya rasa ramai dah tau pasal matlutfi90 ni. Tapi takpalah nak war warkan juga. Bukan jadi tukang promote sebab matlutfi90 ni cute dan matanya sepet tapi sebab mesejnya yang cute itu. Tak salah kan share benda baik..:) . Lagipun dia cakap utara..keh keh keh!!
memang best video ni zakiah...hilang stress :)
ReplyDeletelucu la...yang tak tahan, loghat utara tu...tapi mmg betul kan apa yg di cakap tu.....
ReplyDeletememang lucu..pandai plak tu leh blajaq sampai oversea. :)
ReplyDelete