Beberapa hari lalu saya dan suami teringin nak makan lempeng pisang campur kelapa. Jadi setelah suami balik dari kerja dan solat asar, kami bercadang nak keluarlah cari pisang dan kelapa parut. Kebetulan pula Ahmad Umar baru saja request nak tengok Upin Ipin yang sememangnya feveret dia. Sampai dah boleh hafal dialog. Kalau dulu susu badan ni jadi ubat memujuk Umar, sekarang Upin Ipin dah ambil tempat. Cakap je "Ummi/Ayah pasang Upin Ipin ya". Terus dia senyap dan duduk tengok Upin Ipin. Geng saja dah dekat berpuluh kali tengok. Tapi masa nak keluar tu kami terus tutup tv dan angkat Umar ke dalam kereta. Bila letak dia dalam car seat dia masih menangis nak tengok Upin Ipin. Kereta bergerak dia mula cakap nak simpan! nak simpan! nak simpan! sambil menyuakan remote control ke luar tingkap. Bila ayahnya tutup tingkap dia menangis lagi dan minta ayah turunkan tingkap semula. Umar masih terus menangis dan saya yang kurang sabar dah cubit betis dia sekali. kuat pulak tu. Adui menyesalnya. Tapi bukannya meredakan keadaan, berenti sekejap pastu menangis lagi nak simpan remote. Saya bgtau Ahmad Umar, "rumah kita dah jauh tak boleh nak simpan". Sampai ke kedai saya mengadap mukanya dan lihat saja dia menangis. Hati jadi sabar berbanding masa saya cubit betis dia. Saya pandang saja muka Umar tapi dia masih nak simpan remote control tu. Saya tahu dia dapat simpan hilanglah tangisnya tapi rumah kita dah jauhla sayang. Makin lama saya pandang dan Ahmad Umar masih nak simpan remote control saya rasa lucu. Aduihai anak, rumah kita dah jauh sayang. Muhammad Ammar memainkan peranan yang sangat bagus. Dia cuma diam, bermain dengan kakinya dan sesekali memandang abang Umar dia. Siap beli pisang dan kelapa perjalanan pulang masih lagi kedengaran tangisan dan perkataan "nak simpan". Tapi betul sangkaan saya, sampai rumah bila dapat letak remote control ditempatnya boleh pula Ahmad Umar bersuka ria dengan senyuman dan ketawa. Huh. Umar tau tak Umi ni dah teruji kesabaran sedikit dan mencubit Umar. :) Aduhai Anak, teletahmu yang pelbagai mengajar ummi dan ayah akan sabar kepadamu.
Dulu saya memang kurang sabar dengan tangisan anak. Tapi bila selalu dengar ceramah ustaz kazim yang selalu pesan Orang yang ada anak jangan ingat kita tak berdosa ngan anak-anak. Salah kita hari ni anak-anak akan tuntut di akhirat. Mana yang salah bagi makan anak benda tak halal, mana yang salah pukul anak, mana yang salah ajar anak dan macam-macam lagi. Saya pun sebenarnya dah salah sebab cubit Ahmad Umar. Dia hanya budak yang tangisnya harus dipujuk dan dikendali dengan cara yang betul.
Semalam sejak lepas magrib Muhammad Ammar pula menangis tak henti-henti. Mula-mula ingat perut dia kembung jadi saya sapu minyak telon. Kemudian dah lama menangis, berpeluh peluh Muhammad Ammar, saya mandikan dia pula. Yang bestnya waktu mandi Muhammad Ammar berhenti menangis dan terloncat-loncat sebab main air memang feveret dia. Pas sudah mandi, sambung menangis lagi. Hai anak, mula-mula saya ingatkan dia nak tidor tapi tak dapat tidor dek kebisingan tv atau dengar suara Ahmad Umar bermain. Mata dah kuyu sangat-sangat. Saya ingat dia mengamuk sebab tu. Pastu saya dan suami berganti-ganti dukung Muhammad Ammar sampai dia terlena di bahu saya. Kesian sangat. Tidor dengan hingus masih penuh di dalam hidung dan mata basah dengan air mata. Tak lama lepas tu suhu badan Muhammad Ammar naik terus. Ohh anak, rupanya Muhammad Ammar nak demam. Mungkin dia menangis sebab badan lenguh dan rasa tak sedap. Sudahlah ni kali pertama sejak lahir Muhammad Ammar menangis panjang. Ummi juga kebuntuan. Tapi Alhamdulillah hari ni dah boleh bermain dan ketawa. Harapnya malam ni demam tak datang balik.
Ahmad Umar dan Muhammad Ammar. Ummi dan Ayah minta maaf ya. Ummi dan Ayah kadang-kadang silap menafsir apa yang anak-anak berdua hajati. Namun terima kasih kerana Ahmad Umar yang sudah semakin pandai, menghargai Ummi dan Ayah dengan pelukanmu setiap pagi setelah bangun tidur, Ucapan terima kasih bila ayah buatkan susu. Dan Muhammad Ammar terima kasih kerana menghargai Ummi dan Ayah dengan keletahmu, senyumanmu dan perkembangan tumbesaranmu. Alhamdulillah. Terima kasih kerana sentiasa memberi peluang untuk kami. Ummi dan Ayah akan terus belajar dan berusaha menjadi yang terbaik untuk kalian, anak-anak yang kami cintai.
No comments:
Post a Comment