Monday

Dari Tinta Ustaz Zaharuddin (UZAR)

" Sebahagian orang merasa 'puas' & 'selesa' dalam jiwanya apabila dapat menyakitkan hati orang lain sama ada dgn kata-kata, tulisan, sindiran dan jelingan. Bagi golongan ini semacam satu hobi melemparkan kata-kata yang diketahui boleh 'menyakitkan' targetnya. Jika sifat itu ada dalam diri, fahamilah hati individu tu SANGAT KARAT dengan dosa terkumpul bertahun-tahun. Tanpa segera diubah, ia bakal menjadi kegemaran harian yg memufliskan akhiratnya.
Antara tanda seorang itu berhati 'kotor' atau sedang ditipu oleh perangkap SYAITAN adalah, apabila dia melihat, mendengar atau membaca seseorang berkongsi nasihat, tazkirah & inti yang baik dengan yg lain, DIA AKAN MULA MENYERANG si penasihat dgn pelbagai tuduhan buruk, atau berkata 'dia pun pernah buat juga' & ungkit apa2 kelemahan individu penasihat yg silam atau dgn fitnah. Hati-hatilah... "
sila klik
Syaitan itu lebih dekat dengan diri manusia. Mudahan-mudahan kata-kata ini menjadi peringatan dan nasihat berguna agar kita semua tidak ditarik ke lembah kehinaan dek tipu daya syaitan. Jom Muhasabah diri! Apa khabar hatiku hari ini????

4 comments:

  1. saya sangat setuju dgn petikan di atas..semoga pembaca2 dan penusil tidak tergolong dalam golongan individu yang berhati KARAT..sesungguhnya orang yang suka menyakiti hati orang lain melalui kata-kata, tulisan, sindiran dan jelingan itu sudah termasuk dalam perangkat syaitan....sama-samalah kita semua memperbetulkan diri dari segala dosa2 yang sia... diharap apa yang disampaikan diniatkan kerana Allah, dan apa yang dibaca pula dapat diterima oleh hati yang tidak berprasangka...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, terima kasih atas perkongsian dan ingatan. Sememangnya apa yang dipetik ini dari Uzar adalah peringatan untuk diri saya terlebih dahulu. Insyaallah marilah bersama-sama bermuhasabah diri. Insyaallah. Begitu juga buat mutiara haya. Terima kasih kerana berkunjung.:) semoga ini perkongsian yang baik dan mutiara haya juga mendapat manfaat. jemput singgah, jangan serik :)

    ReplyDelete
  3. Salah siapa kalau ada yang melihat/berfikir dengan prasangka?

    "Salah siapa apa terjadi
    Salah mereka atau sendiri uu wo wo.."
    KRU - Salah Siapa

    ReplyDelete
  4. tentulah salah dirinya. Nama pun prasangka. ia sifat jahat diri sendiri.

    jangan salahkan diri orang lain jika diri sendiri ada sifat prasangka.

    ReplyDelete