Thursday

UTHM : Cari Kerja + Rezeki Kami

Sejak suami bekerja di UTHM ramai juga kenalan dan keluarga minta supaya suami bantu untuk masuk ke UTHM. Ohh, pening nak jelaskan bahawa dia takda kuasa untuk membawa masuk sesiapa kerja ke UTHM.

Ketika saya masih bekerja sebagai RA dan suami belum berkahwin, Januari 2007 saya paksa suami isi borang untuk kerja di UTHM. Sebab suami tak yakin boleh dapat sebab saingan mesti tinggi. Ketika tu kerjanya memang biasa. Sekadar juruteknik komputer di Tong Xing. Gaji cuma 7++. Memang lansung tak dapat simpan duit untuk nikah. Phewww.

Setelah 6 bulan masih tidak mendapat jawapan terhadap permohonan kerja. Masa ni suami yang belum jadi suami dah kerja di JB. Masih juruteknik komputer di kedai biasa dengan gaji 9++ jugak.  Saya dan suami dah mula risau sebab dalam borang dia kata kalau selepas 6 bulan tidak dipanggil maka tak dapat la tu. Tapi saya beranikan diri telefon pendaftar. Tanya bagaimana status suami saya. Ketika takda hubungan lagi jadi bila pihak pendaftar tanya apa hubungan saya dengan pemohon saya cakap kakak dia. Masa tu ada harapan bersinar sikit bila pihak pendaftar kata sedang diproses.Memang kami sangat berharap dengan kerja ni sebenarnya. Sebabnya rancang nak nikah tahun depan. Jadi mesti kena dapat kerja yang gaji dan statusnya lebih baik. Sebenarnya saya telah menebalkan muka dengan menelefon pendaftar setiap hujung bulan. Saya ketika tu berada di UTHM. Jadi senang akses telefon ke pendaftar. Hinggalah hujung bulan November suami mendapat panggilan temuduga melalui email sebab no telefon dan end service(telefon hilang). Masa ni kami berdua dah bertunang. Saya ingat lagi bila saya teman suami untuk temuduga. Memang berdebar. Saya siap telefon mak suruh mak baca al fatihah sepanjang temuduga. Dan ketika suami di dalam bilik temuduga saya tak lepas hadiahkan al fatihah supaya dia mudah menjawab soalan penemuduga. Harap Allah bantu. Dan Alhamdulillah sekali mohon ke UTHM suami dapat kerja. Masa tu syukur sangat-sangat. Suami lapor diri dalam pertengahan bulan 12.

Masa dapat kerja ramai juga cakap suami guna kabel sebab sekali mohon terus dapat. Huh, kami ni orang biasa saja. Takda pun kenalan yang berjawatan hebat di UTHM. Memang usaha dan rezeki Allah nak bagi kepada suami. Malah peganglah, sebenarnya 1 kali ke, 2 kali ke, 3 kali ke atau banyak kali mohon baru dapat semuanya rezeki dari Allah. Dia yang menentukan. Kita hanya boleh rancang dan usaha. Saya sendiri walau Allah tak beri rezeki untuk kerja di UTHM, Tapi Allah beri rezeki sambung Master dan ada Elaun buat bantu saraan di rumah. Alhamdulillah. Dan kami bernikah pada bulan 5 tahun berikutnya. Alhamdulillah.

Cuma bila ada orang kata suami sombong tak tolong nak dapat kerja di UTHM, memang dia takda kuasa pun untuk bantu. Lansung takdak. Kalau yang guna kable pun tak salah. Itu rezeki dia lah. Untung sebab ada orang boleh bantu. Tapi kalau kita orang biasa cuba usaha, Jangan dok harap kabel mabel ni. Kalau Allah nak beri insyaallah, dia akan beri. Jangan risau....

No comments:

Post a Comment