Showing posts with label My Point of View. Show all posts
Showing posts with label My Point of View. Show all posts

Friday

Langit Ilahi

Bila membaca komen dua-dua pihak saya lebih pro terhdap tulisan hilal kini dan insyaallah selamanya.Well written dan good job. Penulisan yang bagus dan berlemah lembut hinggakan saya sendiri berasa hendak menangis.

Subhanallah dan alhamdulillah sedetik ini saya masih percaya dan tidak menolak apa yang telah saya pelajari selama ini. Saya mohon pada Allah janganlah dia yang boleh membolak balikkan hati ini membuatkan saya terpesong. Kerana di saat ini saya juga ada persolan-persoalan dan kadang kala memikirkan kenapa, bagaimana, dll tentang zat allah yang maha luas tu. Namun bila saya melampaui batas diri dan akal, saya wajib berhenti dan berpegang bahawa Allah tetap ada dan semua yang diciptakan itu dibawah pengetahuannya yang KUKUH.

"Antara" jawapan mak kepada saya bila saya bertanya soalan-soalan seperti dimana Allah, bagaimana, kenapa begitu begini mak saya akan jawab "jangan fikir terlalu banyak nanti boleh jadi gila". Sebabnya Allah itu bukan seperti yang ada dalam setiap pemikiran manusia.

Untuk bercakap dan membahaskan tentang agama islam ini bukan boleh didasarkan dengan logik akal. Kerana jika difikirkan sesetengah perkara memang tak dapat dijawab dengan logik dan akhirnya iman juga kena membenarkan apa difikirkan. Bila iman cakap kerana itu hak allah, kerana allah lebih berkuasa, kerana allah lebih tahu, perasaan bolak balik akal lojik itu, sendiri akan hilang kerana hati INGAT dan SEDAR Allah itu lebih hebat dan dia tahu semuanya.

Begitulah hal hudud. Kalaulah hudud itu rekaan dan mengikut acuan dan kehendak politik, APA JADI DENGAN SILIBUS PENDIDIKAN ISLAM KITA??????

kenapa diletaknya HUDUD dalam silibus. KALAULAH IA REKAAAN, aduh rosaklah dan pincang sebenarnya sistem pendidikan...

TAPI ADAKAH BEGITU?? tentulah tidak.. 

Saya pun tak berani mengulas panjang. sebab saya bukan orang yang berhak. Malah ilmu saya amatlah sikit. cuma TOLONGLAH sesiapapun walaupun hati ada ragu-ragu janganlah dibiarkan ia melarat. tolong beri ia noktah. cukuplah dengan percaya bila ia ditulis dalam alquran ia adalah benar dan allah tetap maha benar. Dan Bukankah islam itu CARA HIDUP. Ia lengkap dari sekecil hal sperti makan atau ke tandas apatah lagi hal hukuman. Dalam perintah dari Allah dalam alquran, ia adalah well known facts untuk muslim, apa yang kita buat berdasarkan perintah allah dalam kitab sucinya bukan diambil secara literal. Ada panduan dr sunnah, ijmak dan qiyas. Sebab tu kena pandang tinggi alim ulama. Kalau kita rasa depa ni orang biasa, bila ada hujah tak berkenan dengan nafsu kita, kita nanti mudah pula nak perlekeh depa...Jangan..Jangan..jangan...Sebab tu juga asas ilmu agama ni penting...kalau asas tak kuat mudahla runtuh dan sukar nak terima benda yang betul..

Sedih bila ahli agama menerangkan dan tidak sebekas dengan pemikiran sesetengah mereka, dikutuk pulak mereka yang menyatakan hudud itu benar. Sudah-sudahla. Jangan bila ada orang bercakap bab agama dikatakan pulak "tengok bahasa kau ni dah tau dah kau parti mana"

jangan-jangan-jangan.....ini bukan sebab kepartian..jangan main hentam saja..dahlah tak tau pergi hentam2 dan carut2 lagi..nanti lebih nampak kebodohan diri sendiri...
Dan PENTING sekali untuk luaskan ilmu agama kita. BUAT DENGAN CARA yang BETUL..BERUSAHA dan terus BERUSAHA buat dengan betul contohnya pakai tudung, alasan pakai tudung, kesungguhan dll. Kena FAHAM CARA BETUL baru boleh buat dengan BETUL..kalau tak faham jadilah macam pakai tudung tapi tayang dada, nampak bentuk telinga dan over fesyen...
begitulah hudud ni..tentulah ada mereka yang arif tentang perlaksanaan hudud.

semoga ada lagi anak muda seperti hilal dan allah terus membuka hati dan memberi hidayah kepada kita semua..

Tolong doakan "Jiran k f r saya" agar mereka juga allah beri hidayah...saya sayang mereka sebagai jiran yang baik tapi kasihan dalam kebaikkan mereka itu, mereka bukan ahli kita...semoga mereka beroleh hidayah ..:) Amin


boleh lihat lihat link ini:

3. http://www.youtube.com/watch?v=2fEZNoDKez8 Kenyataan Che Det tentang Hudud di UNIMAS
4. http://www.youtube.com/watch?v=uzBK1rmJhSs Komen UFB




Sekejap sudah Jumaat

Masa semakin pantas bergerak. Sejak masuk tahun 2012 masa berlalu laju. Terasa tak terkejar dan rasa macam tak cukup masa sebab cepatnya masa. Bila kita dalam kesibukkan dunia lagilah rasa tak sempat-sempat nak buat hal akhirat. Hingga bila disemak kembali ibadah, hanya ibadah wajib saja dibuat dan dalam sehari cuma ada sedikit-sedikit saja ibadah sunat dilakukan.

Sebentar tadi saya ke bangunan fakulti untuk berjumpa dengan seorang pensyarah. Melintas taman kenanga mata saya terpana melihat seorang anak muda duduk di pondok memegang sebuah quran kecil. Dia benar-benar mengunakan masa lapangnya. Subhanallah.

Sebenarnya saya pernah bertanyakan kepada suami hakikat kenapa saya diciptakan sebagai manusia. Memang jelas disebut dalam kitab suci alquran yang manusia dan jin diciptakan semata untuk menyembah Allah. Tapi persoalan saya amat berbaur cemburu dimana saya tanya suami apa lagi rahsia Allah?? Dia yang maha hebat perciptaannya kenapa tidak saja diciptakan kita seperti malaikat yang sangat patuh dan taat dengan segala arahan Allah. Hati saya terus menjadi sedih kerana saya amat merasakan ibadah saya amat sedikit dan tidak layak masuk ke syurga. Hati saya bersoal jawab lagi, zaman ini fikiran begitu sibuk dan sesak dengan masalah dunia seperti hal anak, wang, kerja tenaga tubuh badan yang semuanya kadang kala tidak seimbang dan konsisten menjadikan ada sifat tak larat, malas dan lalai dalam ibadah. Kenapa Allah jadikan kita dengan begitu banyak masalah dan dalam pada yang sama tugas manusia hanyalah untuk menyembah Allah.

Saya tanya suami adakah kerungsingan saya ini sesuatu yang sesat? Suami berkata kepada saya ibadah khusus juga mendatangkan pahala. Menambah ibadah kepada Allah bukan hanya dengan solat sunat tapi hati kita juga. Dengan ikhlas menjaga anak, menjaga suami, melemparkan senyuman, memberi salam, berbelas kasihan kepada makhluk allah yang lain, menjaga amanah, buat kerja di pejabat semuanya yang lain-lain juga pahala. Cuma hati kena ingat dan ikhlas kerana Allah.

Selalu merasakan cinta kepada yang maha mulia tapi ada kadangkala kelakuan saya adalah dusta..kenapa?? Astagfirullah..

Seorang ustaz pernah cakap bahawa gurunya berkata sekecil-kecil dosa ialah duduk saja tanpa emikirkan apa-apa. Terkejut saya. tak buat apa pun dosa kecil. Apatah lagi kelalaian menonton tv, berseronok tak tentu hala, cakap kosong mungkinkah itu juga dosa-dosa. Kalau dikoreksi diri banyak lagi belum baik dan lantas itu kerana hari-hari memikirkan mati, mati itu menjadi ketakutan dan bukan kesukaan untuk bertemu yang maha pencipta diri ini.

Sebenarnya dalam pantasnya masa berlalu berapa banyak masa yang telah dibazirkan?? Dalam pantasnya masa berapa kali kita tersedar itulah tanda hari perhitungan makin mampir dengan kita...

Takut kepada mati boleh jadi kayu ukur tahap cinta kepada Allah..Astagfirullah....Siapakah yang boleh menjadi seperti rabiatul adawiyah yang sangat rindu kepada kematian agar dapat bertemu dengan kekesihnya...Subhanallah...

Takut Takut Takut

Oh alahai diri sendiri. Saya tidak tahu orang lain tapi saya punya kelemahan yang saya patut atasi. Kelemahan saya ini seolah-olah memakan diri sendiri sedikit demi sedikit. 

Saya sentiasa takut dengan sesuatu yang saya tidak tahu dan pandai. Misalnya dalam hal mencari kerja ini. Membaca kelayakkan yang dikehendaki oleh majikan dan sambil saya menilai diri sendiri saya rasa saya tidak akan mampu melakukan. Saya tak pasti. Melihat senarai kerja dengan kelayakkan tahun pengalaman, saya nilai diri saya sendiri apalah sangat kelayakkan saya sebagai research assistant selama beberapa tahun itu sebab mereka perlukan lebih dari itu.

Saya memang boleh belajar dengan cepat namun adakah majikan mahu terima kesungguhan saya ini bahawa saya akan belajar untuk meemahami kerja dengan pantas dan dapat bekerja dengan produktif.
Adakah orang lain mempunyai kegusaan seperti saya. Takut pada sesuatu yang kita tidak tahu dan tidak pasti. Bagaimana masalah itu diatasi.??

Thursday

Sayangi Alam

"Baru-baru dalam radio IKIM disebut jika kita sayang Allah kita juga kena sayang apa saja yang allah telah ciptakan.kena sayang sungai, kena sayang laut, kena sayang alam ini."

Terus saya teingat sikap setengah orang yang membuang sampah merata-rata..yang menyedihkan juga kita ambil enteng hal pasal sampah ni sebab kita rasa ada orang yang membuat kerja mengutipnya. 

Situasi berlainan pula di taman kami, ada monyet yang terlebih bijak menyelongkar tong sampah. Jadi sampah-sampah akan berterabur. Tapi malangnya sampah yang bertebangan tersangkut di celah2 pokok dihadapan rumah. Di kawasan rumah pasangan kelamin semuanya agak berjaga sebab kebanyakkan pun rumah sendiri tapi sedihnya kawasan rumah bujang pula sampah dibiarkan berterabur. Lansung tak teringin atau tak sempat nak kutip.

Pakcik dumpster tu cuma akan kutip sampah yang ada dalam tong. Tobat lahum diorang nak kutip sampah kat bawah2. Sebab diorang perlu buat kerja dengan cepat. Banyak tempat lain nak pergi dan mereka banyak kali terpaksa kerja sampai ke malam. Apasalah kalau dikutip sampah yang ringan yang melekat bawah pokok hiasan yang macam pagar tu?

Pokoknya, kawasan rumah kita, sewa atau kita punya kita jagalah dengan baik supaya kelihaan kemas. 

Samalah juga halnya diminyak beku, pantai punggur, sungai lurus seperti yang pernah saya tulis. Dan kenapa nak buang sampah merata-rata? 

Allah sebut dalam kalamnya yang suci: 

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikkan padanya, dan berdoalah kepadaNYA dengan perasaan bimbang(kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya (56) Al- A'raaf.




Wednesday

Kerja..Dimanakah ia?

Akhirnya elaun pengajian Sarjana yang membiayai kehidupan saya sebagai pelajar, isteri dan ummi kepada dua orang anak tamat pada September 2011 menyebabkan saya perlu mencari kerja untuk meneruskan kelansungan rumah tangga. Sebelum ini, dengan elaun pengajian saya yang berjumlah RM 1300 sebulan, bolehlah saya membantu suami, tetapi apabila tamat tempoh pemberian elaun, ia ibarat kepatahan sebelah kaki.  Saya cuba memohon lanjutan untuk sebulan lagi kerana ketika permohonan pertama, ia cuma mendapat kelulusan dua bulan sahaja kerana ada kesilapan teknikal walaupun pelajar berhak melanjutkan elaun selama tiga bulan jika draf thesis telah dihantar kepada pusat pengajian siswazah. Tetapi malangnya permohonan kali kedua agar elaun dilanjutkan gagal kerana alasan baki geran penyelidikan, berbaki sedikit dan tidak boleh menampung untuk lagi sebulan.

Kita hanya mampu merancang dan Allah saja penentu yang mutlak bagi segala kejadian. Dialah yang berkuasa mentakdirkan dan mentadbir malah setiapnya mempunyai alasan yang kukuh disisi Allah.  Sepatutnya 2 November adalah tarikh draf tesis saya siap disemak oleh panel pemeriksa tetapi ia tidak barlaku seperti yang telah direncanakan kerana terdapat kesilapan menulis alamat oleh pihak pengurusan, menyebabkan draf tesis saya lambat tiba ke tangan panel pemeriksa. Saya kecewa tapi saya harus bertenang kerana pasti ada hikmahnya. Tarikh VIVA saya mungkin  pada hujung tahun ini. Tapi alhamdulillah saya VIVA pada 24 November 2011 yang lalu. Keputusan peperiksaan lisan tersebut lulus dengan pembetulan major. Huhu..Otak dah tepu dan kena buat pembetulan. Tapi ia harus dilakukan untuk mendapatkan ijazah sarjana yang telah diusahakan. Peperiksaan VIVA selama 5 jam sungguhlah mendebarkan dan menguji kesabaran. Tapi alhamdulillah kesilapan dan teguran adalah satu pengalaman yang bermakna.
           
Saya bertekad untuk mencari kerja walaupun tahu persaingan sengit bakal menanti kerana saya masih berstatus dalam pengajian. Pada mulanya saya agak serabut dengan tugas-tugas sebagai pembantu penyelidik siswazah yang masih belum selesai, mengurus rumahtangga, menjaga anak-anak dan mencari kerja. Semua perkara yang dilakukan menjadi tidak sempurna kerana kerunsingan emosi membuatkan saya hilang fokus. Saya betul-betul resah hinggalah suami saya menunjukkan surah Al-Talaaq ayat 2-3 dan suami menyuruh saya membaca maksudnya berulang kali. Tujuan utama suami ketika itu supaya saya bertenang dan sabar.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) {2}

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. {3}
 
Akhirnya keresahan terhadap persoalan kerja menjadi reda dan yakin jika baki gaji suami tinggal sedikit sahaja insyaallah dengan takwa dan meningkatkan amal kepada Allah dan seiring dengan usaha-usaha untuk mendapatkan kerja, Insyaallah pasti Allah beri jalan keluar dari masalah ini dengan ketentuanNya yang tersendiri. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui. Paling tidak disaat ini keresahan hilang acapkali membaca ayat-ayat itu yang juga dipanggil sebagai ayat Seribu Dinar. Apabila memikirkan kembali setiap bulan pun kadangkala kami berasa mungkin gaji bulan ini antara cukup dan tidak cukup kerana ada hal-hal kecemasan tapi Alhamdulillah, Allah yang Maha Pemurah tidak pernah membiarkan kami dalam kesusahan dan semuanya sentiasa cukup.  Acapkali perkara ini saya dan suami sembangkan. Saat mengingatkannya saya bersyukur dan yakin Allah akan bantu dan permudahkan segala urusan. Cuma saya berharap jangan Allah berikan kesenangan dan kesusahan  ini sebagai tanda Allah sudah tidak sayang dan murka. Janganlah Allah lemparkan istidraj pada wajah yang hina dina ini. Jika ya, saya benar-benar malu.
 
Mencari kerja di jobstreet kini bukan semudah 3 4 tahun dahulu. Dulu apabila memohon kerja di jobstreet pasti dapat panggilan interview. Tapi kini walaupun resume diteliti sebanyak 3 kali belum tentu dipanggil dan persaingan kerja sangatlah hebat apabila permohonan untuk satu-satu jawatan hampir ratusan malah ada yang mencecah ribuan walaupun hanya disekitar johor. 
Yang geli hatinya bila saya memohon jawatan kerani pula tiada siapa mahu ambil kerana mereka beranggapan saya tidak akan kerja lama. Jadi borang permohonan hanya dibelek dan lansung tidak dipanggil temuduga. 

Mungkin Allah sedang menyuruh saya sabar dahulu. Dan mungkin usaha saya dalam mencari kerja belum cukup banyak. Namun inilah nikmat susah. Susah yang akan menambahkan ibadah dan doa. Kami suami isteri selalu bersembang adakah bila senang nanti kita akan selalu dapat menikmati "kemanisan amal kebajikan dan ibadah diwaktu susah ini"????

mudah-mudahan Allah jadikan kami hamba yang selalu bersyukur..Amin

BITCH


Bayangkan anak kita yang berumur 12 tahun memakai baju yang ada tulisan Bitch ni. Dia keluar rumah ke kedai dan ada ribuan mata yang memandang perkataan apa yang tertulis dibajunya. Mungkin terpacul di mulut orang:

  1. Apa ni mak bapak dia tak kisah ke anak dia pakai baju tulisan bitch ni?
  2. Awatla budak ni pakai baju bitch ni dia tak tau maksud bitch tu ka?
  3. Mak ayah dia tak tau maksud Bitch ka?
Sekali terpandang budak lelaki yang berbasikal di kawasan Parit Raja beberapa hari yang lalu memakai baju bertulisan bitch itu terus saya melaung ke arah budak tu "adik kenapa adik pakai baju ada tulis bitch ni, tak elok"..Tapi mungkin hanya dibawa angin lalu bila kereta bergerak laju.

Dalam hati takkanlah mak ayah dia tak tahu maksud bitch itu. Siapa yang beli baju anak tu. Kalau anak yang beli takkan ibu bapa hilang kuasa nak buang baju dan larang pakai baju yang beri lambang buruk dan kotor. Takda maksud baik pun untuk perkataan Inggeris Bitch ni..

Bitch boleh membawa maksud kepada:

  1. A female dog, wolf, fox, or otter
  2. informal. A spiteful or unpleasant woman
  3. vulgar. A woman
  4. informal. A difficult or unpleasant situation or thing
  5. - the stove is a bitch to fix
  6.  informal. A complaint
  7. - my big bitch is that there's nothing new here
Begitulah kita semua, selalu berfantasi boleh masuk syurga, namun diakhirat kelak apabila kita berhimpun ditengah padang masyar dan di adili dihadapan Allah kita akan mengaitkan orang lain dengan dosa2 kita. Sesak nafas memikirkannya. Ia bukan satu yang mudah dengan amalan yang ada turun naiknya. :(

Wahai mak ayah jangan hilangkan kuasa untuk memastikan anakmu tidak memalitkan arang ke mukamu. Wahai diriku, kelak tegurlah dengan berdepan kerana mungkin anak kecil itu tidak tahu maksud perkataan buruk itu.

Yang sedih kenapalah yang buruk2 itu juga menjadi kebanggaan. Kalaupun  nabi pernah kata zaman remaja adalah zaman gila, KEGILAAN apakah yang kau bawa ini wahai anak muda????

Memang kamu lebih kenal ibumu.......

Beberapa hari lepas, setelah dapat gaji teruslah beli barang dan keperluan rumah. Memang terus beli sebab bila saya tak bergaji bila nak sampai lagi seminggu gaki pada 19 dec tu, duit memang kering lansung..huhu..tapi Alhamdulillah, masih ada baki-baki stok dirumah..Masih boleh makan dll...Dan syukur sangat pada suatu hari dalam minggu lepas ada 2 orang hamba Allah sedekahkan 50 dan 10 ringgit untuk kami..Jadi rezeki yang sedikit tu amatlah besar...dan Saya syukur dan Allah sajalah dapat membalas jasa baik mereka.

Realitinya saya memang susah hati bila tak dapat kerja lagi dan correction thesis masih belum siap sebab banyak nak kena tambah dan rombak. Tapi hakikatnya, saya perlu mencari semangat dengan cara tersendiri yang halal disisi Allah untuk kuatkan hati dan berpegang dengan yakin bahawa rezeki itu hak mutlak Allah. Dia akan beri selagi kita bertakwa kepadanya. Malah Allah tak pernah beri kesusahan yang bertimpa-timpa..Maha baik Allah..

Ok..berbalik kepada tajuk ni, masa hari berbelanja tu saya ke Baby Shop nak beli drypers dan mandian pureen untuk anak2. Walaupun pakai cloth diapers, waktu malam anak-anak pakai drypers sebab malas nak menyalin 2 kali sebab depa bnyak kencing..hihi..
Sebulan selalunya 1 pek drypers saiz L(72) untuk umar dan Ammar. Pakai Cloth diapers memang sangat jimat...Nasib baiklah juga harga drypers tu RM34

Bila dah selesai membeli saya nak keluarlah dari kedai. Sebelum tu, sekarang ni bila nak masuk Baby Shop kena tanggalkan kasut. Kebetulan masa nak keluar ada seorang nenek dok belek permainan kereta yang ada disebelah pintu kedai. Rasanya nak hadiahkan pada cucu la kot. Dan saya tak kisah pun tunggu nenek tu, tapi anak perempuan dia cakap, "mak tepilah sikit, orang nak lalu tu". dengan nada yang jengkel. Rasa naik darah jugak saya tapi simpan dalam hati.
Saya terus cakap "eh takpe takpe makcik"..

Bila dah pakai selipar saya terus ke kereta. Kebetulan Parit Raja dah dua hari hujan. Saya lihat nenek tadi payungkan anak perempuan dan cucunya. Tapi yala, bila berpayung ni yang depan kadang jalan laju, yang belakang plak kadang jalan lambat. Nak tau apa anak perempuan tu buat?? Dia tarik payung kat bahagian kembang tu ke depan sampai mak dia tersentak dan mak dia yang kena hujan..Saya nampak, lagilah saya marah dan sedih. Agak2 apa perasaan mak dia..malau tak..sedih tak..

Ya..memang dia lebih mengenali sifat mak dia..dia tau apa sifat buruk mak dia yang menjadi kebencian. Tapi kalau dah ada anak pun tak dapat rasa perasaan seorang ibu dan memahami ibu sendiri itulah yang buat saya bingung..

Apa hak anak nak buat mak macam tu...nak bentak-bentak mak DIDEPAN ORANG RAMAI..??

saya dulu bukan anak yang baik juga..Banyak hal yang saya buat mak saya sedih. Tapi selepas bersalin, saya dah tak cakap dengan suara tinggi dengan mak dan kalaupun mak salah dan leceh saya takkan tegur sewenangnya..Dan bila sembang2 dengan mak saya tak pernah malu mengaku jahatnya saya dulu dan cakap barulah kakak faham susahnya mak nak jaga kami, nak pantang, nak bersalin itu dan ini..

bila dah bersalin, pantang, jaga anak..takkanlah dihati anak tak hargai pengorbanan ibu..walaupun kita lebih tahu keburukkan mak kita..

My Lovely Mother


Thursday

Olley!!! Video bagus tentang hudud..

Olleey Matluthfi!!! saya suka!!! MENCURI GITAR ADALAH HARAM, CURI HATI TAKPE..girls, sila la curi hati matluthfi tu..woha!!

Tengok sendiri cara pas ngan sembang rakyat perjelas HUdud..Ada pas kutuk dan mengumpat...NILAI sendiri...


Allah dah janji dalam quran hudud BERKESAN...Hangpa sapa nak tibai hukum Allah?


Dont believe Quran which is Allah's word?? As a Muslim you have to believe it!!!!!




Monday

Nilai Sendiri


Membina Keharmonian RumahTangga

Nasihat yang baik dari Ustaz Agym dalam bukunya Menjadi Muslim Terbaik. Suka sangat membacanya dan rasanya ada beberapa perkara kena ubah dalam diri sendiri ni..

Untuk membina keharmonian rumahtangga nasihat Ustaz Agym ialah:

  1. Menjadikan pasangan kita sebagai tempat kita belajar supaya diri bertambah baik
  2. Sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu
  3. Mental mesti siap dan sedia untuk menghadapi kekurangan pasangan kita
  4. Bersyukur dengan kelebihan pasangan yang mencetus semangat kita untuk beribadah
  5. Bersabar atas kekurangan pasangan kita sehingga menjadi penggerak membuat ibadah dan kekusyukan doa
  6. Selalu berbincang untuk selesaikan masalah
  7. Membahagikan tugas dan bekerjasama dalam urusan rumahtanga
  8. Jangan meninggalkan rumah sebelum memberitahu pasangan kita

Kesimpulannya dari pandangan saya yang kerdil ini, seburuk mana pasangan kita  ia bukan titik tolak untuk mengubah pasangan mengikut acuan kita dengan drastik atau menjadi punca ketidaksefahaman. Kekurangan pasangan itu adalah titik tolaknya kita untuk lebih dekat dengan Allah lantas akhirnya dengan sifat sabar dan khusyuknya doa, Allah buka pintu hati pasangan untuk jadi lebih baik...(muhasabah diri sendiri dengan banyaknya)

cumanya kalau diri tak segagah ASIAH isteri firaun dan suami pun jahat dan mengabaikan hak secara total jangan nafikan HAK anda sebagai isteri..Islam tak menzalimi wanita. Namun jika mampu sabar, kelak dengan kesabaran terhadap pasangan kita boleh masuk syurga dengan Allah memadamkan dosa2 yang lain..


“Orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikit pun.” – Hadith Tirmizi. 


dan falsafah yang terbaik yang pernah saya baca sehingga kini tentang keharmonian rumah tangga ialah:
“Analoginya, perkahwinan atau rumah tangga ibarat membeli kereta. 
Bila rosak, kita akan baiki dan terus baiki menunjukkan diri kita tidak sempurna seperti kereta. 
Kita tidak akan tukar kereta baru dengan mudah, tetapi akan terus membaikinya samalah dalam perkahwinan.”


Kenapa saya letak diblog ini sedangkan ini adalah muhasabah diri sendiri, SEBABbbbb, ia juga adalah ilmu yang bermanfaat dan elok dikongsi..Insyaalllah..:)

Wednesday

Anak-anak itulah apa yang ditanam

Saya kira Umar tidak faham pun maksud bila dia berkata wah hebatnya tapi saya sentiasa menyambung apabila dia berkata hebat " Allah lagi Hebat". Kadang-kadang saya cuba menguji Umar bila saya puji Umar hebatnya dia. Dia akan menjawab "Bukan...Allah lagi Hebat"


Saya percaya dengan pendekatan Anak-anak itulah apa yang kita tanam dalam fikirannya. Daripada bacaan saya, masa anak-anak kecil kita patut masukkan semua perkara tentang Keesaan Allah walaupun dia mungkin sebenarnya tidak faham. Apabila dia sudah pandai bercakap pula terus menerus ajarkan kalimah Lailahaillah, Subhanallah, Astagfirullahal'azim, Alhamdulillah, Masyaallah, Allahuakbar dan ajarkan ayat alquran, doa-doa dan akhlak islam.

Pernah juga ada satu masa Umar tak boleh terima apa yang diajarkan "nanti Allah marah", "Dosa tau" dll. Dia akan akan cakap " Umi, salah..Allah takde kan". Sebab dia tak dapat cari Allah tu dimana. Sebagai umi kecewa dan takut juga. Tapi didikan agama ialah satu perkara yang terus terusan kena buat. Begitu juga dengan hal-hal lain. Allahamdulillah kini dia dah tak bangkang bila saya cakap "nanti Allah marah tau", "dosa tau", "nanti Allah masukkan dalam neraka tau".. Selalunya Umar dengar dan jawapannya adalah Oooooo. Ntah Oooo faham atau Oooo kosong. Tapi takpalah dari dia jawab " Umi, salah..Allah takde kan" sebab itu menggerunkan walaupun dia cuma anak kecil.

Pernah satu masa Ammar terberak cair dan terbocor dari Cloth diapers. Di dapur saya dengar Umar cakap Masya Allah beberapa kali. Umar ke dapur nak bagi tahu apa yang Ammar buat. Dalam pelat dan sibuk memasak saya hanya angguk saya. Kemudian saya ke ruang tamu menjengah anak-anak. Bila melihat keadaan Ammar saya memang tak terkata apa sebab Ammar sudah menepuk-nepuk dan menyapu-nyapu najisnya yang bocor dia atas tikar evamatik yang dibeli dari mahfuzah. Boleh tengok di blog http://zmfnurahmadshoppe.blogspot.com/. Nasib baiklah tikar evamatik tu lasak dan senang dibasuh. Dalam hati berkata patutlah Umar asik sebut MasyAllah-MasyaAllah tadi.Umar juga dah pandai padankan zikir2 lain dengan situasi dan keadaan yang sepatutnya.

Saya taknak kongsi banyak2 tentang apa yang Umar dan Ammar boleh buat itu ini nanti saya dikatakan riak, tapi saya nak highlightkan, Anak-anak itulah yang kita tanam dalam pemikirannya. Adalah lebih baik kita usaha untuk suntik apa yang kita nak anak kita jadi dimasa depan diawal usianya 0-3 ini. Sebab masa ini ingatanya bersifat kekal dan jangka masa panjang. Anak-anak juga tak pernah gagal meniru sikap ibu bapanya. Kadang-kdang lihat Umar dan Ammar saya rasa saya melihat diri sendiri. Dari apa yang saya buat baik dan sifat buruk diri sendiri. semuanya ada. Saya tulis sebagai perkongsian malah ini ingatan buat diri yang kadangkala culas menculas.

Harap pada Allah biarlah usaha ini memberi corak-corak yang indah pada kain putih yang telah dibekalkan.....

Anak

Tiada Anak
Mempunyai anak adalah impian semua pasangan yang berumah tangga. Tambah-tambah jika mempunyai kefahaman bahawa berkahwin mestilah ada anak sebab adanya hubungan seks. Namun kuasa Allah jualah yang menentukan kita punya anak atau tidak. Bagi Allah pula, tidak WAJIB untuknya memberi anak jika sudah berkahwin kerana Allah maha menjadikan sesuatu. Walaupun ditakdirkan terkena sihir atau penyakit yang mustahil bagi pasangan untuk mempunyai anak namun bagi Allah jika Dia mahu menjadikannya tiada apa yang dapat menghalang. Allah mahu atau tidak mahu jadikan, semuanya berada dalam pengetahuannya yang kukuh. Namun sebagai makhluk tidak haruslah berputus asa untuk berubat dengan tidak melampau. 

Ustaz Kazim pernah bawakan satu kisah wanita yang sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak. Mertua, ipar dan orang sekeliling mula mendesak dan mengata. Ia menjadikan suami isteri tertekan. Lalu mereka berusaha mendapatkan zuriat hinggalah si isteri mengandung. Tapi disebabkan mengandung pula isteri menjadi lumpuh kerana badannya tidak mampu menampung berat kandungannya. Begitulah satu contoh bahawa semuanya yang terjadi adalah kerana Allah ada sebab yang kukuh. 

Namun naluri tetaplah sedih bila orang sekeliling mula menekan dan bertanya-tanya. Saya ada saudara (menantu ibu saudara tiri suami) tak punya anak. Kesian jugak melihat keadaan dia yang terpaksa menjawab pertanyaan orang bila ditanya takda apa-apa lagi ke? Mungkin dia sudah lali tapi saya kira banyak soalan dituju kalau tak sabar dan percaya ketentuan Allah boleh jadi terasa hati saja. Peranan kita sebagai orang luar yang tak tahu masalah orang diamkan saja pertanyaan tentang anak pada pasangan yang tak punya anak walaupun sudah lama berkahwin. Doakan mereka, jika Allah tahu ada kebaikkan bagi mereka kerniakanlah anak yang soleh buat mereka.Andaikan mereka bertanya pandangan beri pandangan secara baik. Jangan sibuk-sibuk jika tidak diminta. 

Ada Anak
Memang seronok ada anak. Banyak keletah manja mereka yang menghiburkan hati. Namun tak kurang juga keletah yang memerlukan sabar yang tinggi. Apabila ada anak kegusaran utama apabila melihat wajah anak-anak ialah "Ya Allah janganlah kau masukkan anak-anakku kedalam neraka. Ambillah mereka disaat mereka benar-benar layak masuk ke syurga". Begitulah sayangnya pada anak-anak. Walaupun hebat cabaran dunia menerpa sebagai Umi dan Ayah amat mengharapkan mereka terhindar dari kejahatan dunia dan diakhirat. 

Begitulah bila punya anak. Setiap hari risau dengan tugasan diri sebagai Umi. Adakah hari ini sudah diajarkan anak-anak tentang tauhid dan akhlak islam. Adakah hari ini telah menjalankan tugas-tugas sebagai umi dengan betul dan ikhlas demi memohon kepada Allah supaya anak-anak ini menjadi ahli syurga. Anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih yang mana ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi islam atau kafir. Jikalau menatap wajah mereka disaat mereka tidur selalunya tiada lain yang difikirkan iaitu bolehkah diriku mendidik anak-anak sampai mereka masuk syurga. Jika membayangkan mereka diseksa dalam api nerka hati ini tersayat hingga air mata takkan mampu dibendung lagi. 

Bila ada anak ada cabaran yang besar menanti. Jangan diagungkan kalimat syurga dibawah tapak kaki ibu jika kita sebagai ibu tak tunaikan hak-hak anak dengan baik. Jika tidak meyanyangi mereka dengan wajar sungguh nanti sukar hendak tunjukkan dimana syurga yang terletak dibawah tapak kaki itu.

Cabaran dunia masa ini, lagilah menimbulkan rasa takut jika gagal memikul amanah-amanah Allah ini. Akhirnya dalam sabar, kreatif, kuat, bertenaga, dan semuanya doalah menjadi harpaan agar Allah memberi segala perkara yang diperlukan untuk menjadi umi mithali lantas dapat menjadikan anak-anak yang soleh. Walau kadangkala tersalah atau gagal usaha tetap usaha membuat yang baik agar dapat menjadi umi yang baik. Syaitan tolong jangan ganggu iltizamku ini. Kerana acapkali usaha dan tindakan berada ditahap baik syaitan akan datang menghasut dengan dasyat. bukan takat hal anak-anak dan rumah tangga hal ibadat juga begitu.

Semuanya ada kebaikkan
Begitulah perihal anak. Ada anak pun senang, takda anak pun senang. Jangan mengeluh. Ada anak soleh Insyaallah kelak anak itu mungkin boleh menjadi tiket untuk umi dan ayah masuk ke syurga. Takda anak pun senang juga. Ibu bapa takda salah dan dosa tersilap marah anak, tersilap pukul anak, tersilap herdik anak, tersilap bagi makan pada anak, tersilap didik anak.Jangan ingat ibu bapa ni senang je bila ada anak..kesalahan pada anak pun boleh jadi dosa pada diri ibu bapa. 

Bagi yang tiada anak ustazah bahiyah kata jangan risau. Ambillah anak-anak angkat. Didiklah mereka hingga menjadi soleh dan solehah. Insyaallah ustazah kata, usaha mendidik mereka menjadi soleh dan menjaga mereka seperti anak sendiri takkan Allah pandang dengan sia-sia.

Pasal tiada anak tu janganlah menuduh saya bersikap angkuh kerana saya punya anak. Saya pun sebelum mendengar ceramah ustaz kazim saya sendiri rasa, kahwin mesti ada anak. Mesti usaha sampai mengandung. Tapi bila ustaz kazim cerita perihal Allah maha menjadikan tu saya sendiri tersentak dan mengubah pemikiran saya yang cetek itu. Malah saya harap kisah iu menjadi semangat pada mereka yang tak punya anak jika ditalukan dengan banyak soalan dan cakap-cakap orang yang sibuk.

Dalam hal mendidik anak, kegagalan mendidik anak tu bukan semuanya hukuman. Adakalanya Ujian dari Allah. Jangan terus berkata ini hukuman Allah kerana kita dulu kasar dengan mak, kerana kita dulu couple, kerana kita dulu tak tutup aurat. Jangan cakap Allah hukum tapi muhasabah diri tanpa mengaitkan sebagai hukuman. Muhasabah dan terus muhasabah. Muhasabah jangan teringat saja cari juga jalan untuk berubah. Ustaz kazim kata terus berdoa agar Allah tidak balas kesalahan kita pada anak-anak kita. 

Anak oh anak
Dalam besarnya cabaran mendidikmu
Dalam besarnya ketakutan dalam menunaikan hak hakmu
Umi tetap sayang dan tidak mahu kamu cedera didunia dan diakhirat
Ya Allah ambillah anak-anakku disaat mereka benar-benar layak menetap di dalam syurgamu. 
Amin.

Tuesday

Makan mesti duduk sopan-sopan

Hari ni nak buat donut sira sambal. Alhamdulillah donut dah siap digoreng separa masak pagi tadi. Sebagai sarapan buat donut ball untuk anak-anak dan dicicah dengan coklat dan strawberry sauce. Alhamdulillah, first time buat donut ni anak-anak suka nak makan. Sebenarnya nak upload gambar depa makan-makan. Just to share dan yang paling penting adalah kenangan untuk masa depan...:)


Pesan untuk Umar dan Ammar..
Ahmad Umar dan Muhammad Ammar, kalau makan mesti duduk sopan-sopan tau. Kemudian kena hargai apa yang telah dimasak. Jangan komplen-komplen walau tak sedap. Sebab Nabi kita jika tidak sedap baginda hanya diam-diam sahaja. Malah kena hargai pemberian orang walaupun suka atau tidak suka sebab nilai ingatannya untuk kita amat mahal dan berharga.

Teringat kenangan bersama emak dan ayah tersayang. Kalau dia masak semuanya sedap. Dek kesibukkan hari bekerja mak akan masak makanan spesial setiap cuti hujung minggu jumaat dan sabtu. Setiap hujung minggu mak akan masak sup ayam atau sweet sour ikan bawal. Masa kami kecil-kecil itu sudah dikira mewah dan spesial. Ayah pula sebagai chef, ayah akan masak masakan barunya dirumah. Jadi kamilah tukang rasa AKA tukang makan sampai licin. :) Tak pernah tak sedap walaupun mak dan ayah cakap masakan mereka kurang garam atau gula dll. hihi SEDAP JE!! SEBAB MAK DAN AYAH YANG MASAK..

seronoknya ingat zaman kecik-kecik dulu kan.....

Monday

Lapanglah hatiku. Juahkan aku dari sengsara

Jangan biarkan hati terus menjadi kosong yang membuatkan perasaan jahat, sedih dan murung menjengah. Berusaha untuk ke sekian kalinya. Jika dulu berjaya bangun dan kini jatuh semula, biasalah ini adat dunia yang memang fitrahnya akan mencengkam diri dan jiwamu. Lapangkanlah Hatiku dan jauhkanlah aku dari kesengsaraan dan kebusukkan hati.

"Dengan mengingati Allah hatimu akan menjadi tenang"

AR Ra,d Ayat 28 " Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah  hati  manusia" 

Tafsirannya: "zikrullah" ini bermaksud al quran yang menjadi sebesar besar mukjizat yang tiada tolok bandingangnya : ms 586 AR Ra'd Tafsir pimpinan Ar Rahman

Subhanallah
Alhamdulillah
Laillahaillah
Allahuakbar

Anak kecilku sering mangalunkan ayat-yat ini kepadaku dan diri juga senantiasa mengalunkan ia kepadanya. Saat ini alunkan ia ke dalam jiwaku. Berusahalah!!!

Yang mana satukah hatiku Ya Allah. Adakah bila esok di akhirat nanti bila engkau tanya kepadaku setiap amal yang aku lakukan dan aku menjawab "ya aku melakukan keranamu ya allah" lantas Engkau membidas "Kau berbohong!! sebenarnya kau tidak sedar kau melakukan kerana kau riak ujub sombong dang segala macam sifat mazmumah yang ada"
Ya Allah bimbing lah hati ini. Tunjukkanlah hati ini. Yang mana satu hatiku Ya Allah...
 


Tuesday

Kejadian Buang Bayi Seri Mas Segar Ayer HItam


Perkara: Buang Bayi
Lokasi: Depan Seri Mas Segar Ayer Hitam
Tarikh: 29 Januari 2011
Sumber Gambar: Kak Dilla Omar

Perkara pertama yang selalu terlintas di hati apabila melihat gambar-gambar bayi yang dibuang ialah Umar dan Ammar ketika mereka lahir dan doktor meletakkan mereka diatas dada saya untuk saya sentuh anak-anak saya buat pertama kalinya. Anak-anak yang baru lahir itu bila disentuh, kulitnya masih berkedut, isi tubuh badanya masih lembik dan suara tangisnya deras. Bayi lebih selesa di dalam rahim ibunya yang gelap dan kadangkala samar-samar dibias cahaya. Apabila lahirnya dia kedunia, dunia ini adalah satu tempat asing dan besar baginya berbanding rahim ibu yang memeluknya walaupun di dalam kantung kasih itu teramat sempit. 

Bila anak lahir pastinya dia ingin dipeluk ibu sepanjang masa. Tapi kejadian ini??? Takdirmu wahai si anak kecil. Tapi kejahatan itu dipilih manusia sendiri. Kejamnya ibu dan bapamu wahai anak kecil. Kematian anak kecil bagi suami isteri yang sah nikahnya adalah satu syafaat bagi ibu bapanya yang mungkin kerana kesedihan yang Allah beri itu menarik ibu bapanya ke syurga. Tapi mungkihkah kematian anak kecil ini akan menarik ibu bapanya ke neraka jahannam. Dalam hati ini apabila melihat tubuh bayi ini terendam, saya benar-benar menyumpah ibu bapa mereka. Tapi apa daya juga saya perlu mengarapkan mereka bertemu dengan hidayah Allah dan menemui jalan keinsafan. 

Semakin hari semakin dekat kejadian seperti ini dengan kita. Tidak mustahil pada esok hari ada seorang bayi yang mungkin mati di depan semak rumah kita, atau dalam longkang rumah kita. Astagfirullah. Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang. Ya Allah jauhkan zuriat dan keturunanku dari melakukan kejahatan padamu dan semua makhluk di dunia ini. Lindungilah anakku ya allah. Jadilah mereka pelindung bagi isteri mereka yang sah dan anak-anak yang bakal menyambung warisan. Bantulah aku Ya Allah agar aku menemui jalan-jalan ketaatan. Amin.

Halangan Perkahwinan???

Sebelum kahwin ramai pasangan bercinta dibebani dengan persoalan nafsu dan usaha untuk mengawalnya. Waktu-waktu itu sungguh memeritkan. Sehinggakan jikalau kehidupan ini seperti memori di dalam komputer waktu bercinta itu ingin dipadam dari simpanannya. Ramai yang tidak boleh menjadi diri sendiri ketika zaman bercinta. prinsip-prinsip yang dipegang kadangkala tergadai begitu saja.Alhamdulillah bagi2 pasangan2 yang telah berkahwin. Perkahwinan yang di capai itu seolah-olah melepaskan batu yang terbeban diatas bahu dan kepala.

Ramai diantara kita inginkan zaman pericintaan yang suci dan bersih dari dosa tapi ada juga yang mengambil enteng akan hal ini.Namun jika terlari dari prinsip2 suci dan bersih itu, amatlah menyedihkan.Namun ia adalah realiti. Walaupun beprinsip untuk tidak melakukan maksiat tapi
Semuanya berlaku tanpa kita sedari.

Pernikahan adalah penawar bagi dua orang yang sedang angau bercinta. Ada juga suara-suara yang melarang sekiranya masih belajar namun ingin bernikah. Realitinya remaja 12 tahun pun sudah pandai berbicara tentang perkahwinan dan seks. Malah kelakuan dan percakapan juga matang melebihi usinya yang sepatutnya bersifat keanakkan dan comel. Tak percaya cuba tengok rancangan Bintang Kecil. Rupa dan gaya mereka tak ubah seperti orang dewasa. Inikan pula mereka yang berusian awal 20 an itu.

Kadang-kadang memikirkan cakap-cakap orang memang dillema. Ada yang kata pernikahan adalah jalan singkat untuk menyelesaikan isu "angau" ini. Esok2 selepas kahwin akan timbul masalah lain pula.



PERKAHWINAN mana yang tiada masalah. Hatta perkahwinan yang tidak terlibat dengan maksiat pun didatangi masalah. Masalah kewangan, anak, suami dan isteri mertua dan banyak lagi akan datang tanpa kita pernah bayang pun semua masalah tu sebelum nikah. Tapi apa guna ada orang bijak disekeliling dan ibu bapa yang dapat mebantu. Mengakui diri daie tapi bila anak muda dilanda masalah perkahwinan disalahkan keranan terburu2 berkahwin kerana nak selesaikan masalah "angau" ketika bercinta dahulu.

Belum lagi halangan orang tua. Kadang2 kita faham, mak dan ayah inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Namun melihat situasi kebejatan akhlak walaupun kadang-kadang mereka pun dari golongan keluarga beragama, ibu bapa patut bantu untuk anak-anak bernikah. Ketepikan pasal wang, pasal hantaran, pasal takut orang kata. Alah kalau buat majlis beribu2 pun ada gak orang kata.

Seronok mendengar keluhan adik angkatku.. Dia pun sedang menunggu saat disunting. Alhamdulillah ayahnya benar-benar berpegang untuk melaksanakan yang wajib dan membantu. Cuma pihak lelaki saja yang mungkin segan sedikit dan sedang berusaha mengumpul sekadar mampu. Ada lagi ke ayah yang macam ni? selalunya yang di tanya kerja apa? duit adake?..duit duit duit...kan bagus kalau ayah sporting macam ayah adik angkatku itu.

Cuba la tanya pandai solat? pandai ke ilmu rumahtangga, nak belajar pakcik leh tolong...
yang penting perkara pertama sekali fikir pada zaman yang canggih manggih ni zina tu sangat dekat ngan anak-anak bila dia telah bertemu ngan pasanagan. sekiranya nampak anak kita boleh membawa diri, mak ayah tolong bantu agar anak-anak dapat memulakan kehidupan berumahtangga, baik dari segi kewangan dan ilmu.

Namun paling menyedihkan bukan semua ibubapa berilmu dan beragama. Ramai yang jadi caca merba. Hasilnya anak-anak jadi lagi kacau bilau. Golongan ni bukan saja tak endah pasal zina, malah terang-terang berzina tanpa malu2..bagaimana pula nak menolong golongan ini?????

Dia Sudah Tidak Malu


Selepas masuk kerja sekejap, 8:30am terus gerak ke Pusat Servis PERODUA kat Jalan Zabedah. Appointment jam 9.00am. Sabtu yang lepas datang langsung tak dapat selit sebab memang penuh. Terpaksa tangguh ke isnin. Lain kali nak servis time peak (raya) macam ni kena booking dulu.

Pas serah kunci, duduk kat meja bulat dan terus baca jurnal..serba salah gak sebenarnya..dahla bos takda, leh siap pi servis keta lak..sebab kerja flexible bawakla jurnal untuk dibaca kat sana.. Dapat gak la baca beberapa jurnal..

Fuhh memang lama la servis kali ni...pukul 8 masuk pukul 11 lom siap lagi..nasib baik ada tv kat situ..leh la lepak tengok tv ...jadi saya pun beralih ke sofa...tengok cerita PERTAMA RAMaDHAN.syokla jugak dapat tengok...tapi lama-lama jadi tak best lak..kurang selesa jadinya bila tengok gelagat seorang gadis ni...
mula-mula ada pakcik duduk kat bahagian sofa ni. tapi bangun pindah tempat lain. mungkin kurang selesa dengan keadaan ...Gadis tu lebih kurang umurnya 20++ tahun. bertudung, ber t shirt dan seluar panjang.

Saya pulak jadi malu. Wajarke seorang gadis berbaring di atas sofa macam kat rumah sendiri sedangkan sah-sah Pusat servis perodua tu tempat awam. Kebetulan hari tu ramai gak orang. kalau tak ramai orang pun Wajar ke?

Dalam hati saya asik cakap dia tak malu ke..? ish patutla pakcik tu pindah tempat. mesti dia pun tak selesa.

Dulu sebelum saya bersuami, saya ni memang naif pasal lelaki, fizikal. perasaan, nafsu nafsi mereka langsung saya tak tahu. Tapi bila berkahwin saya lebih berhati2 bila berdepan dengan seorang lelaki..

kadang-kadang bila kawan lelaki cakap sesuatu yang kurang manis, saya rasa macam nak bagi pelempang pun ada. Sebabnya rasa maruah tercabar dan malu sendiri..

dari kecil lagi mak pesan, kalau bercakap dengan lelaki perlu ada boundary. mak pesan bila bercakap perlu ada jarak..paling tidak 1 meter..kalau dekat akan membawa maksud yang lain...baik pada mata orang dan hati kita sendiri..kalau duduk, duduk yang paling biasa, jangan bersilang kaki apatah lagi mengankat kaki ke atas sofa..

hatta di dalam rumah pun ayah larang kami berbaring di depan tv kalau ayah ada...Inikan pula kalau kat tempat awam macam perodua tu...

bila sudah bersuami saya faham maksud mak..kenapa mak selalu pesan begitu...

ish kenapa ramai gadis melayu makin tak malu...

satu kejadian lagi yang sebenarnya dah lama belaku, budak -budak perempuan berbairing kat masjid, bersilang kaki macam layak untuk suami dia sedangkan sedangkan ada orang lelaki sedang buat renovation duduk diatas tangga dan boleh nampak seluruh susuk badan dia...

astagfirullah...

ni cerita bab budak bertudung dan perasaan malu....tak masuk bab perempuan yang dedah2 tak ketahuan hala tu lagi la tak malu....
hai..entahla...kenapa jadi begitu...

saya pun bukanlah orang yang memakai tudung labuh, berjubah bagai..tapi tolongla ada sifat malu...

sebab mereka saya yang berasa malu..saya yang rasa maruah tercabar...
ish mudah-mudahan mereka mendapat pentunjuk dan saya juga kekal untuk berasa malu...

Friday

AHLAN WAHAI RAMADHAN YANG MULIA

RAMADHAN dah sangat hampir.kurang dari 24 jam lagi ramdhan akan tiba..mudah-mudahan saya sempat menghabiskan ramadhan kali ini.....

dan keghairahan untuk meningkatkan amalan membersihkan hati supaya dapat menjadi lebih baik hati saya diasak dengan kesedihan dan kerinduan yang amat terhadap bonda di kampung..

sedihnya memikirkan puasa dan raya tanpanya disisi pada tahun ini..hibanya mendengar adik2 berkata tak seronok kak un tak dapat balik raya...

terkedu bila adik inah pesan supaya jangan balik tanpa suami..walaupun diizinkan

tak seronoknya memikirkan raya ditempat dan keluarga yang asing ini....

mengapa payah benar hatiku ini....adakah aku terlalu mengangungkan ibu sehingga aku rasa orang lain tak layak dilayan setaraf ibuku walaupun sedikit..aduh PARAH....

saya tak pernah mencium tangan org yang lebih tua..atau memeluk nya dengan penuh kasih, atau berbuat baik seikhlasnya..kerana saya fikir orang lain tak layak di layan setanding emak kerana di hati ini dia berada di kedudukan yang paling atas dan paling mulia..dan bila saya berbuat sesuatu kepada orng lain hati ini rasa saya mengkhianati mak..saya akan menjadi rindu yang amat..saya sedih kerana di saat ni saya berbuat baik terhadap orng lain..sedangkan mak saya terpaksa tinggalkan di kampung(berpisah)..ADAKAH INI PARAH....!!! kerana saya tidak berupaya untuk mengaggungkan MIL ditambah dengan asakan masalah yang bertimpa2....

hmmm...mak. kakak minta maaf sangat2..tahun ni tahun pertama kakak tak dapat puasa dan raya dengan mak..sedihnya...kakak tau mak rindu...lately mak yang telefon kakak....kalau tak mak takkan telefon sebab dah cukup kakak yang telepon tiap2 hari....
insyaallah kakak usahakan balik juga..mungkin raya ke 2 atau 3...mak tunggu ya...

sayang mak...

selamat berpuasa semua
saya minta maaf atas setiap keterlanjuran kata dan perbuatan yang melampau dan melukai hati sesiapa saja...

mudah-mudahan sinar yang baik akan tiba.....

Tuesday

Agihan Tugas Di Dalam Rumah Tangga


Senario Isteri berkerja bukan lagi suatu yan ganjil pada hari ini. Kebanyakan para isteri bekerja kerana mereka mempunyai kelulusan yang membolehkan mereka bekerja. Salah satu faktor besar isteri bekerja kerana pendapatan suami tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas rumah yang semakin bertambah. Taraf hidup zaman kini tak sama seperti dulu. Sekarang semua benda nak kena beli di kedai. Dulu isteri-isteri tak perlu susah hati. kebanyakkan keperluan untuk makan boleh didapati diluar rumah saja. Tinggal petik, bawa masuk rumah dan masak.

Saya ada baca pasal satu artikel tentang isteri beleter. sedikit petikan daripada tulisan beliau

""Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu.

Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.

Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu."


Saya tak bersetuju dengan apa yang di katakan oleh penulis tersebut. Saya faham, ketaatan seorang isteri terhadap suami sesuatu yang tak boleh dinafikan. namun jika meletakkan senario isteri bekerja dan meminta suaminya menolong melakukan kerja rumah adalah tidak wajar. Suami jangan hanya pentingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan di atas ketaatan yang patut isteri beri.

Bayangkan dari pukul 5-8 bekerja, setelah pulang dari kerja isteri perlu menunaikan tanggungjawabnya di rumah. Bukan saja untuk menguruskan diri tapi perlu urus anak-anak dan suami. Jadi wajar kah bila suami tak menolong.

Suami selalu tidak dapat membayangkan kepenatan isteri. Suami tak patut bila balik kerja duduk depan tv baca surat khabar dan minta isteri buat air kopi. Sedangkan isteri terkocoh-kocoh siapkan anak. Kemudia memasak untuk makan malam. Suami lepas solat dan mandi cuma duduk tunggu untuk makan. Bila malam sikit kadang-kadang nak minta manja-manja tapi tak perasan isteri dah penat.

isteri minta tolong elok-elok tak buat, jadi bila dah rasa penat dan stress mulalah nak beleter. Semua benda jadi tak ikhlas...

Memanglah berdosa. Tapi suami juga main peranan dalah urusan rumah tangga bila kedua-dua kita bekerja. Bila suami mebantu isteri rasa kurang beban.Jadi isteri tak lah nak beleter.

Apa salah bila balik kerja suami tolong urus anak-anak. Isteri pula buat kerja dapur. Bila hari minggu bila isteri basuh baju suami tolong sidai, Bila sudah makan suami tolong basuh pinggan, bila rumah bersepah suami tolong kemas sama, bila anak nagis malam gilir2 buatkan susu.

Lagi sedikit dari penulis tersebut

"SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOCIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan karena berfikir bahawa SUAMI misti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

Dengan berbuat begitu, ISTERI berkenaan mengabaikan SUAMI yang berfungsi sebagai PEMEGANG AMANAH(nikah-isteri) yang disandang sejak AQAD-NIKAH yang telah diijab WALI-NIKAH(Atok, Bapak dsb)

'Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.'

Saya fikir TABIAT-ISTERI suka meleteri suami mistilah dihentikan demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT."


Isteri beleter memang tak hormat, tapi tak terfikir ke sebab suami juga. jangan lah kerana islam suruh kerja rumah isteri yang buat suami pula lepas tangan. Kita jangan sempit. kalau suami mampu sara anak dan isteri, isteri tak bekerja tak patutla isteri meleteri suami pula.. ini kalau isteri pun bekerja tapi suami kat rumah balik kerja pun goyang kaki patut ke...???

Kalau dari segi nafkah suami yang patut menyediakan secukupnya. Malah perlu sedia apa yang isteri dapat sebelum berkahwin dulu sekiranya mampu. Tapi sudahlah tak mampu nak sara isteri dan anak-anak sepenuhnya. Isteri rela nak tolong sama-sama cari nafkah tapi bila kat rumah suami canang hak suami. Sepatutnya bukan cakap pasal hak malah sama-sama menunaikan hak.

Rasulullah pun boleh buat kerja rumah sendiri. Jadi tak patutla suami marah bila isteri yang sama-sama bekerja beleter.. Sebenarnya saya tak rasa isteri beleter. Kadang-kadang isteri minta tolong cuma keluhannya panjang. jadi suami dah rasa macam beleter.

Isteri juga janganlah mengherdik dan mengunkit perkara yang tak patut. Kalau dah sebut dan minta tolong tapi suami buat taktau juga sabarlah...berdoa banyak2 semoga allah lembutkan hati suami untuk sama menolong.

Macam mana nak didik zuriat ke suatu budaya ibadat jika sikap ketua kelaurga yang hanya tau mengarah dan goyang kaki di rumah.