Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Friday

Langit Ilahi

Bila membaca komen dua-dua pihak saya lebih pro terhdap tulisan hilal kini dan insyaallah selamanya.Well written dan good job. Penulisan yang bagus dan berlemah lembut hinggakan saya sendiri berasa hendak menangis.

Subhanallah dan alhamdulillah sedetik ini saya masih percaya dan tidak menolak apa yang telah saya pelajari selama ini. Saya mohon pada Allah janganlah dia yang boleh membolak balikkan hati ini membuatkan saya terpesong. Kerana di saat ini saya juga ada persolan-persoalan dan kadang kala memikirkan kenapa, bagaimana, dll tentang zat allah yang maha luas tu. Namun bila saya melampaui batas diri dan akal, saya wajib berhenti dan berpegang bahawa Allah tetap ada dan semua yang diciptakan itu dibawah pengetahuannya yang KUKUH.

"Antara" jawapan mak kepada saya bila saya bertanya soalan-soalan seperti dimana Allah, bagaimana, kenapa begitu begini mak saya akan jawab "jangan fikir terlalu banyak nanti boleh jadi gila". Sebabnya Allah itu bukan seperti yang ada dalam setiap pemikiran manusia.

Untuk bercakap dan membahaskan tentang agama islam ini bukan boleh didasarkan dengan logik akal. Kerana jika difikirkan sesetengah perkara memang tak dapat dijawab dengan logik dan akhirnya iman juga kena membenarkan apa difikirkan. Bila iman cakap kerana itu hak allah, kerana allah lebih berkuasa, kerana allah lebih tahu, perasaan bolak balik akal lojik itu, sendiri akan hilang kerana hati INGAT dan SEDAR Allah itu lebih hebat dan dia tahu semuanya.

Begitulah hal hudud. Kalaulah hudud itu rekaan dan mengikut acuan dan kehendak politik, APA JADI DENGAN SILIBUS PENDIDIKAN ISLAM KITA??????

kenapa diletaknya HUDUD dalam silibus. KALAULAH IA REKAAAN, aduh rosaklah dan pincang sebenarnya sistem pendidikan...

TAPI ADAKAH BEGITU?? tentulah tidak.. 

Saya pun tak berani mengulas panjang. sebab saya bukan orang yang berhak. Malah ilmu saya amatlah sikit. cuma TOLONGLAH sesiapapun walaupun hati ada ragu-ragu janganlah dibiarkan ia melarat. tolong beri ia noktah. cukuplah dengan percaya bila ia ditulis dalam alquran ia adalah benar dan allah tetap maha benar. Dan Bukankah islam itu CARA HIDUP. Ia lengkap dari sekecil hal sperti makan atau ke tandas apatah lagi hal hukuman. Dalam perintah dari Allah dalam alquran, ia adalah well known facts untuk muslim, apa yang kita buat berdasarkan perintah allah dalam kitab sucinya bukan diambil secara literal. Ada panduan dr sunnah, ijmak dan qiyas. Sebab tu kena pandang tinggi alim ulama. Kalau kita rasa depa ni orang biasa, bila ada hujah tak berkenan dengan nafsu kita, kita nanti mudah pula nak perlekeh depa...Jangan..Jangan..jangan...Sebab tu juga asas ilmu agama ni penting...kalau asas tak kuat mudahla runtuh dan sukar nak terima benda yang betul..

Sedih bila ahli agama menerangkan dan tidak sebekas dengan pemikiran sesetengah mereka, dikutuk pulak mereka yang menyatakan hudud itu benar. Sudah-sudahla. Jangan bila ada orang bercakap bab agama dikatakan pulak "tengok bahasa kau ni dah tau dah kau parti mana"

jangan-jangan-jangan.....ini bukan sebab kepartian..jangan main hentam saja..dahlah tak tau pergi hentam2 dan carut2 lagi..nanti lebih nampak kebodohan diri sendiri...
Dan PENTING sekali untuk luaskan ilmu agama kita. BUAT DENGAN CARA yang BETUL..BERUSAHA dan terus BERUSAHA buat dengan betul contohnya pakai tudung, alasan pakai tudung, kesungguhan dll. Kena FAHAM CARA BETUL baru boleh buat dengan BETUL..kalau tak faham jadilah macam pakai tudung tapi tayang dada, nampak bentuk telinga dan over fesyen...
begitulah hudud ni..tentulah ada mereka yang arif tentang perlaksanaan hudud.

semoga ada lagi anak muda seperti hilal dan allah terus membuka hati dan memberi hidayah kepada kita semua..

Tolong doakan "Jiran k f r saya" agar mereka juga allah beri hidayah...saya sayang mereka sebagai jiran yang baik tapi kasihan dalam kebaikkan mereka itu, mereka bukan ahli kita...semoga mereka beroleh hidayah ..:) Amin


boleh lihat lihat link ini:

3. http://www.youtube.com/watch?v=2fEZNoDKez8 Kenyataan Che Det tentang Hudud di UNIMAS
4. http://www.youtube.com/watch?v=uzBK1rmJhSs Komen UFB




Thursday

Law Kaana Bainana

Cuba dengar lagu ni, mesti akan berasa sayu dan rindu....



LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

 
Lirik Dalam Arab
-------------------------------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك

Monday

Akhirnya ku temui cerita tentang Tha'labah

Saya sebenarnya sedang membuat pencarian tentang hal cinta kepada Allah saya dipertemukan dengan blog insaaniyyah.blogspot.com. Dan dalam carian itu saya dipertemukan lagi dengan cerita tentang seorang anak muda yang bernama Tha'labah yang belasan tahun usianya sangat cinta kepada Allah. 

Kali pertama saya mendengar cerita tentang Tha'labah ialah ketika ustaz (saya tidak ingat namanya) menceritanya dalam slot halaqah sentuhan kalbu. Dengan suasana sayu, semangat dan keajaiban dari penceritaan ustaz, air mata saya mengalir dengan kesayuan yang dalam. 

Saat itu saya merasakan hebatnya cinta tha'labah pada Allah dan Rasul. Dia sendiri takut dengan kesalahan sendiri yang memang dia tidak sengajakan. Dia betul-betul tidak sengaja kerana tabir itu TERbuka dan dia TERpandang wanita yang sedang mandi. Tapi ketidaksengajaan itu membuatkan Thaabah sangat takut Allah menghukumnya lantas malu untuk bertemu Kekasih Allah. 

Tha'labah tidak sengaja tapi takutnya Tha'labah hingga jatuh sakit dan meninggal. Hebat kan Tha'labah. Sedangkan kita, saya sendiri pun ada saja dosa setiap hari tapi hati ini tidakpun bergetar. Astagfirullah. 
Apatah lagi anak muda kini jika nak dibandingkan anak muda yang bernama Tha'labah ini, bukan saja tertengok orang mandi, bercumbuan di jalanan tidak lagi dirasakan dosa.

Saya selalu cakap kadangkala dengan turun naiknya iman ini, tatkala ini saya rasa jiwa saya harus dirawat. Kerana saya rasakan ibadah saya bagaikan hampas. Kosong........Sebab tu saya buat carian tentang menambah cinta kepada Allah. Ada satu-satu masa jiwa saya segar dan kemudiannya layu juga. Adakah saya lalai atau syaitan sedang berusaha keras mengagalkan semua jalan usaha. :(

Hayatilah kisah Tha'labah yang saya salin dari blog En Abdul Razak ini. Subhanallah. Mudah-mudahan menjadi peransang kepada semua..Insyaallah. 

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Qudamah r.a. dalam kitabnya Kitaabut-Tawwabeen daripada Jabir bin Abdullah r.a. berkata: Ada seorang anak muda dari Kaum Ansar, yang bernama Tha'labah bin Abdur-Rahman menerima Islam ketika usianya begitu muda dan sejak itu sebahagian dari kehidupannya menjalankan tugas untuk Rasulullah s.a.w.

Suatu hari Rasulullah menyuruhnya untuk melaksanakan beberapa pekerjaan dan dalam perjalanannya ke Kota Madinah, ia melalui pintu sebuah rumah seorang Ansar dan dengan tidak sengaja pandangannya jatuh pada seorang wanita sedang mandi. Dia terus mengalih pandangnya dan berfikir Allah akan mendedahkan pada Rasulullah dari apa yang telah dia lakukan. Dengan perasaan yang amat bersalah dan kemunafikan dalam fikirannya, ia berlari keluar bandar dan berfikir bagaimana aku bisa dari para sahabat, salah satu yang dekat dengan Nabi, orang yang menjalankan tugas Rasulullah dan begitu mengerikan melihat aib orang!


Tha'labah sangat takut bahawa Allah akan mendedahkan kepada Rasulullah bukti kemunafikannya dan amat takut untuk bersua muka dengan Rasulullah. Lalu ia melarikan diri ke pergunungan antara Mekah dan Madinah. Hari berlalu dan Nabi terus bertanya kepada para sahabat yang lain jika mereka ada melihat Tha'labah. Namun semua jawapan menghampakannya.


Setelah 40 hari, Jibril a.s. datang kepada Rasulullah dan berkata, Allah Subhanahu wa Ta'ala mengucapkan Salam kepadamu dan mengatakan bahawa salah seorang daripada sahabatmu ada di pergunungan antara Mekah dan Madinah. Lalu Rasulullah menghantar Umar Ibn Al-Khattab dan Salman Al-Parsi r.a. untuk mencarinya. Mereka berdua mencarinya sehingga sampai ke pergunungan antara Mekah dan Madinah di mana di situ mereka berjumpa dengan berapa orang penggembala kambing. Sahabat berdua bertanya kepada mereka jika ada melihat seorang pemuda yang berciri-ciri Tha'labah. Pengembala itu berkata, "Sudah tentu kamu berdua sedang mencari seorang kanak-kanak yang sering menangis itu." Penggembala itu menggambarkan kanak-kanak itu sering datang dari pergunungan di malam hari menangis dan menangis, keadaan badannya amat letih dan kurus, kemudian kami memberinya susu untuk diminum. Lalu dia pergi semula ke gunung terus menangis dan menangis, kerap meminta keampunan dan taubat kepada Allah. Dari penerangan itu lalu sahabat berdua menunggu sehingga dia turun dan mengawasinya.


Ketika Tha'alabah turun dari gunung malam itu, sahabat berdua terus mendapatinya dan berkeras untuk membawanya kembali kepada Rasulullah tapi dia menolak dan bertanya samada Allah ada mengungkapkan ayat-ayat mengatakan bahawa ia munafik. (Bayangkan Taqwa anak ini dengan hanya dosa yang tidak sengaja dilakukan ia amat takut akan kemurkaan Allah Taala). Sahabat berdua mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang adanya ayat tersebut.


Tha'labah dibawa kembali ke Madinah dan ia begitu takut dan meminta kepada sahabat untuk tidak membawanya kepada Rasulullah kecuali ketika Baginda sedang bersolat. Ketika dia mendengar bacaan Rasulullah dalam solat, ia memberanikan diri datang dan berjemaah bersamanya. Usai solat Rasulullah bertanya kepada Umar dan Salman r.a. tentang Tha'labah r.a.. Dia dibawa ke hadapan Rasulullah, lalu ia bertanya kepadanya, "Mengapa kau lari dari saya?" Tha'labah berkata, "Saya melarikan diri kerana dosa-dosa saya." Rasulullah berkata, "Tidakkah pernah aku menceritakan tentang ayat yang menghapuskan semua dosa dan kesalahan?" Dia mengatakan, "Ya ada Rasulullah. Rasulullah memintanya untuk membaca Surah al-Baqarah ayat 201:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Setelah itu Tha'labah jatuh sakit selama seminggu. Salman Al-Parsi r.a. datang kepada Rasulullah dan berkata Tha'labah berada di ambang kematian. Lantas Rasulullah berdiri dan pergi ke rumahnya. Setiba di rumahnya, Baginda mengangkat tubuh Tha'labah yang sangat lemah dan meletakkan kepala Tha'labah di pangkuannya. Dia berkata, "Wahai Nabi Allah, lepaskan kepalaku yang berdosa jauh darimu. Rasulullah menghiburnya sampai ia memberitahu Nabi Muhammad s.a.w., saya merasa seolah-olah semut yang berjalan antara dagingku dan tulang. Rasulullah mengatakan bahawa itu adalah tanda kematian dan waktunya telah tiba. Baginda bertanya apa yang anda ingin miliki? Dia mengatakan, pengampunan Tuhanku. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengutus Jibril a.s. kepada Rasulullah dan berkata, "Tuhanmu mengatakan Salam kepadamu dan Dia mengatakan, jika hamba~Ku bertemu Aku dengan dosa sebesar bumi sekalipun, keampunan~Ku meliputi seluruh bumi."

Setelah Tha'labah meninggal, Rasulullah meminta sahabat-sahabat untuk memandi dan mengkafankannya. Setelah solat jenazah, dalam perjalanan ke kubur, Rasulullah terpaksa berjalan dengan jari-jari kakinya seolah-olah dia berada di tengah orang ramai. Ketika ia ditanya tentang hal ini, Rasulullah mengatakan dia amat payah untuk mencari tempat berpijak kerana terlalu ramai malaikat yang mengikuti usungan jenazah itu.


Itulah Taqwa seorang anak muda Ansar. RadhiyAllahu 'Anhum wa Radhu' Anh.


Wednesday

Surah Nuh

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun." 10



"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu" 11


"Dan Ia akan memberikan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). 12


Benarlah kata-kata Allah yang Maha Esa
Dalam tanyalah ustaz, ustaz kata inilah kata-kata allah yang memberitahu kepada manusia tentang kelebihan istigfar...

Thursday

Olley!!! Video bagus tentang hudud..

Olleey Matluthfi!!! saya suka!!! MENCURI GITAR ADALAH HARAM, CURI HATI TAKPE..girls, sila la curi hati matluthfi tu..woha!!

Tengok sendiri cara pas ngan sembang rakyat perjelas HUdud..Ada pas kutuk dan mengumpat...NILAI sendiri...


Allah dah janji dalam quran hudud BERKESAN...Hangpa sapa nak tibai hukum Allah?


Dont believe Quran which is Allah's word?? As a Muslim you have to believe it!!!!!




Monday

Membina Keharmonian RumahTangga

Nasihat yang baik dari Ustaz Agym dalam bukunya Menjadi Muslim Terbaik. Suka sangat membacanya dan rasanya ada beberapa perkara kena ubah dalam diri sendiri ni..

Untuk membina keharmonian rumahtangga nasihat Ustaz Agym ialah:

  1. Menjadikan pasangan kita sebagai tempat kita belajar supaya diri bertambah baik
  2. Sentiasa bersemangat untuk menuntut ilmu
  3. Mental mesti siap dan sedia untuk menghadapi kekurangan pasangan kita
  4. Bersyukur dengan kelebihan pasangan yang mencetus semangat kita untuk beribadah
  5. Bersabar atas kekurangan pasangan kita sehingga menjadi penggerak membuat ibadah dan kekusyukan doa
  6. Selalu berbincang untuk selesaikan masalah
  7. Membahagikan tugas dan bekerjasama dalam urusan rumahtanga
  8. Jangan meninggalkan rumah sebelum memberitahu pasangan kita

Kesimpulannya dari pandangan saya yang kerdil ini, seburuk mana pasangan kita  ia bukan titik tolak untuk mengubah pasangan mengikut acuan kita dengan drastik atau menjadi punca ketidaksefahaman. Kekurangan pasangan itu adalah titik tolaknya kita untuk lebih dekat dengan Allah lantas akhirnya dengan sifat sabar dan khusyuknya doa, Allah buka pintu hati pasangan untuk jadi lebih baik...(muhasabah diri sendiri dengan banyaknya)

cumanya kalau diri tak segagah ASIAH isteri firaun dan suami pun jahat dan mengabaikan hak secara total jangan nafikan HAK anda sebagai isteri..Islam tak menzalimi wanita. Namun jika mampu sabar, kelak dengan kesabaran terhadap pasangan kita boleh masuk syurga dengan Allah memadamkan dosa2 yang lain..


“Orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikit pun.” – Hadith Tirmizi. 


dan falsafah yang terbaik yang pernah saya baca sehingga kini tentang keharmonian rumah tangga ialah:
“Analoginya, perkahwinan atau rumah tangga ibarat membeli kereta. 
Bila rosak, kita akan baiki dan terus baiki menunjukkan diri kita tidak sempurna seperti kereta. 
Kita tidak akan tukar kereta baru dengan mudah, tetapi akan terus membaikinya samalah dalam perkahwinan.”


Kenapa saya letak diblog ini sedangkan ini adalah muhasabah diri sendiri, SEBABbbbb, ia juga adalah ilmu yang bermanfaat dan elok dikongsi..Insyaalllah..:)

Wednesday

Anak-anak itulah apa yang ditanam

Saya kira Umar tidak faham pun maksud bila dia berkata wah hebatnya tapi saya sentiasa menyambung apabila dia berkata hebat " Allah lagi Hebat". Kadang-kadang saya cuba menguji Umar bila saya puji Umar hebatnya dia. Dia akan menjawab "Bukan...Allah lagi Hebat"


Saya percaya dengan pendekatan Anak-anak itulah apa yang kita tanam dalam fikirannya. Daripada bacaan saya, masa anak-anak kecil kita patut masukkan semua perkara tentang Keesaan Allah walaupun dia mungkin sebenarnya tidak faham. Apabila dia sudah pandai bercakap pula terus menerus ajarkan kalimah Lailahaillah, Subhanallah, Astagfirullahal'azim, Alhamdulillah, Masyaallah, Allahuakbar dan ajarkan ayat alquran, doa-doa dan akhlak islam.

Pernah juga ada satu masa Umar tak boleh terima apa yang diajarkan "nanti Allah marah", "Dosa tau" dll. Dia akan akan cakap " Umi, salah..Allah takde kan". Sebab dia tak dapat cari Allah tu dimana. Sebagai umi kecewa dan takut juga. Tapi didikan agama ialah satu perkara yang terus terusan kena buat. Begitu juga dengan hal-hal lain. Allahamdulillah kini dia dah tak bangkang bila saya cakap "nanti Allah marah tau", "dosa tau", "nanti Allah masukkan dalam neraka tau".. Selalunya Umar dengar dan jawapannya adalah Oooooo. Ntah Oooo faham atau Oooo kosong. Tapi takpalah dari dia jawab " Umi, salah..Allah takde kan" sebab itu menggerunkan walaupun dia cuma anak kecil.

Pernah satu masa Ammar terberak cair dan terbocor dari Cloth diapers. Di dapur saya dengar Umar cakap Masya Allah beberapa kali. Umar ke dapur nak bagi tahu apa yang Ammar buat. Dalam pelat dan sibuk memasak saya hanya angguk saya. Kemudian saya ke ruang tamu menjengah anak-anak. Bila melihat keadaan Ammar saya memang tak terkata apa sebab Ammar sudah menepuk-nepuk dan menyapu-nyapu najisnya yang bocor dia atas tikar evamatik yang dibeli dari mahfuzah. Boleh tengok di blog http://zmfnurahmadshoppe.blogspot.com/. Nasib baiklah tikar evamatik tu lasak dan senang dibasuh. Dalam hati berkata patutlah Umar asik sebut MasyAllah-MasyaAllah tadi.Umar juga dah pandai padankan zikir2 lain dengan situasi dan keadaan yang sepatutnya.

Saya taknak kongsi banyak2 tentang apa yang Umar dan Ammar boleh buat itu ini nanti saya dikatakan riak, tapi saya nak highlightkan, Anak-anak itulah yang kita tanam dalam pemikirannya. Adalah lebih baik kita usaha untuk suntik apa yang kita nak anak kita jadi dimasa depan diawal usianya 0-3 ini. Sebab masa ini ingatanya bersifat kekal dan jangka masa panjang. Anak-anak juga tak pernah gagal meniru sikap ibu bapanya. Kadang-kdang lihat Umar dan Ammar saya rasa saya melihat diri sendiri. Dari apa yang saya buat baik dan sifat buruk diri sendiri. semuanya ada. Saya tulis sebagai perkongsian malah ini ingatan buat diri yang kadangkala culas menculas.

Harap pada Allah biarlah usaha ini memberi corak-corak yang indah pada kain putih yang telah dibekalkan.....

Anak

Tiada Anak
Mempunyai anak adalah impian semua pasangan yang berumah tangga. Tambah-tambah jika mempunyai kefahaman bahawa berkahwin mestilah ada anak sebab adanya hubungan seks. Namun kuasa Allah jualah yang menentukan kita punya anak atau tidak. Bagi Allah pula, tidak WAJIB untuknya memberi anak jika sudah berkahwin kerana Allah maha menjadikan sesuatu. Walaupun ditakdirkan terkena sihir atau penyakit yang mustahil bagi pasangan untuk mempunyai anak namun bagi Allah jika Dia mahu menjadikannya tiada apa yang dapat menghalang. Allah mahu atau tidak mahu jadikan, semuanya berada dalam pengetahuannya yang kukuh. Namun sebagai makhluk tidak haruslah berputus asa untuk berubat dengan tidak melampau. 

Ustaz Kazim pernah bawakan satu kisah wanita yang sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak. Mertua, ipar dan orang sekeliling mula mendesak dan mengata. Ia menjadikan suami isteri tertekan. Lalu mereka berusaha mendapatkan zuriat hinggalah si isteri mengandung. Tapi disebabkan mengandung pula isteri menjadi lumpuh kerana badannya tidak mampu menampung berat kandungannya. Begitulah satu contoh bahawa semuanya yang terjadi adalah kerana Allah ada sebab yang kukuh. 

Namun naluri tetaplah sedih bila orang sekeliling mula menekan dan bertanya-tanya. Saya ada saudara (menantu ibu saudara tiri suami) tak punya anak. Kesian jugak melihat keadaan dia yang terpaksa menjawab pertanyaan orang bila ditanya takda apa-apa lagi ke? Mungkin dia sudah lali tapi saya kira banyak soalan dituju kalau tak sabar dan percaya ketentuan Allah boleh jadi terasa hati saja. Peranan kita sebagai orang luar yang tak tahu masalah orang diamkan saja pertanyaan tentang anak pada pasangan yang tak punya anak walaupun sudah lama berkahwin. Doakan mereka, jika Allah tahu ada kebaikkan bagi mereka kerniakanlah anak yang soleh buat mereka.Andaikan mereka bertanya pandangan beri pandangan secara baik. Jangan sibuk-sibuk jika tidak diminta. 

Ada Anak
Memang seronok ada anak. Banyak keletah manja mereka yang menghiburkan hati. Namun tak kurang juga keletah yang memerlukan sabar yang tinggi. Apabila ada anak kegusaran utama apabila melihat wajah anak-anak ialah "Ya Allah janganlah kau masukkan anak-anakku kedalam neraka. Ambillah mereka disaat mereka benar-benar layak masuk ke syurga". Begitulah sayangnya pada anak-anak. Walaupun hebat cabaran dunia menerpa sebagai Umi dan Ayah amat mengharapkan mereka terhindar dari kejahatan dunia dan diakhirat. 

Begitulah bila punya anak. Setiap hari risau dengan tugasan diri sebagai Umi. Adakah hari ini sudah diajarkan anak-anak tentang tauhid dan akhlak islam. Adakah hari ini telah menjalankan tugas-tugas sebagai umi dengan betul dan ikhlas demi memohon kepada Allah supaya anak-anak ini menjadi ahli syurga. Anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih yang mana ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi islam atau kafir. Jikalau menatap wajah mereka disaat mereka tidur selalunya tiada lain yang difikirkan iaitu bolehkah diriku mendidik anak-anak sampai mereka masuk syurga. Jika membayangkan mereka diseksa dalam api nerka hati ini tersayat hingga air mata takkan mampu dibendung lagi. 

Bila ada anak ada cabaran yang besar menanti. Jangan diagungkan kalimat syurga dibawah tapak kaki ibu jika kita sebagai ibu tak tunaikan hak-hak anak dengan baik. Jika tidak meyanyangi mereka dengan wajar sungguh nanti sukar hendak tunjukkan dimana syurga yang terletak dibawah tapak kaki itu.

Cabaran dunia masa ini, lagilah menimbulkan rasa takut jika gagal memikul amanah-amanah Allah ini. Akhirnya dalam sabar, kreatif, kuat, bertenaga, dan semuanya doalah menjadi harpaan agar Allah memberi segala perkara yang diperlukan untuk menjadi umi mithali lantas dapat menjadikan anak-anak yang soleh. Walau kadangkala tersalah atau gagal usaha tetap usaha membuat yang baik agar dapat menjadi umi yang baik. Syaitan tolong jangan ganggu iltizamku ini. Kerana acapkali usaha dan tindakan berada ditahap baik syaitan akan datang menghasut dengan dasyat. bukan takat hal anak-anak dan rumah tangga hal ibadat juga begitu.

Semuanya ada kebaikkan
Begitulah perihal anak. Ada anak pun senang, takda anak pun senang. Jangan mengeluh. Ada anak soleh Insyaallah kelak anak itu mungkin boleh menjadi tiket untuk umi dan ayah masuk ke syurga. Takda anak pun senang juga. Ibu bapa takda salah dan dosa tersilap marah anak, tersilap pukul anak, tersilap herdik anak, tersilap bagi makan pada anak, tersilap didik anak.Jangan ingat ibu bapa ni senang je bila ada anak..kesalahan pada anak pun boleh jadi dosa pada diri ibu bapa. 

Bagi yang tiada anak ustazah bahiyah kata jangan risau. Ambillah anak-anak angkat. Didiklah mereka hingga menjadi soleh dan solehah. Insyaallah ustazah kata, usaha mendidik mereka menjadi soleh dan menjaga mereka seperti anak sendiri takkan Allah pandang dengan sia-sia.

Pasal tiada anak tu janganlah menuduh saya bersikap angkuh kerana saya punya anak. Saya pun sebelum mendengar ceramah ustaz kazim saya sendiri rasa, kahwin mesti ada anak. Mesti usaha sampai mengandung. Tapi bila ustaz kazim cerita perihal Allah maha menjadikan tu saya sendiri tersentak dan mengubah pemikiran saya yang cetek itu. Malah saya harap kisah iu menjadi semangat pada mereka yang tak punya anak jika ditalukan dengan banyak soalan dan cakap-cakap orang yang sibuk.

Dalam hal mendidik anak, kegagalan mendidik anak tu bukan semuanya hukuman. Adakalanya Ujian dari Allah. Jangan terus berkata ini hukuman Allah kerana kita dulu kasar dengan mak, kerana kita dulu couple, kerana kita dulu tak tutup aurat. Jangan cakap Allah hukum tapi muhasabah diri tanpa mengaitkan sebagai hukuman. Muhasabah dan terus muhasabah. Muhasabah jangan teringat saja cari juga jalan untuk berubah. Ustaz kazim kata terus berdoa agar Allah tidak balas kesalahan kita pada anak-anak kita. 

Anak oh anak
Dalam besarnya cabaran mendidikmu
Dalam besarnya ketakutan dalam menunaikan hak hakmu
Umi tetap sayang dan tidak mahu kamu cedera didunia dan diakhirat
Ya Allah ambillah anak-anakku disaat mereka benar-benar layak menetap di dalam syurgamu. 
Amin.

Bride's Death in SUJUD ...

True Strory Told By Shaykh "Abdul Mohsen al Ahmad", in ABHA - Saudi Arabia


"Abdul Mohsen al Ahmad", it Happened in Abha (the capital of Asir province in Saudi Arabia) " After Performing Salat Al Maghrib, She Put Her Make-Up, Wore Her Beautiful White Dress Preparing Herself For Her Wedding Party, Then She Heard The Adhan Of ‘Ishaa And She Realized That She Broke Her Wudu She Told Her Mother :

“ Mother, I Have To Go To Make Wudu And Pray ‘ Ishaa ”

Her Mother Was Shocked :

“Are You Crazy ? !! Guests Are Waiting For You, To See U ! What About Your Make –Up ?

It Will Be All Washed Away By Water !! ” Then She Added

” I Am Your Mother And I Order You Not To Perform Salah Now ! Wallahi if You Make Wudu Now, I Will Be Angry At You ”

Her Daughter Replied : ” Wallahi I Won’t Go Out From Here Till I Perform My Salah ! Mother You Must Know That " There is No Obedience To Any Creature in Disobedience To The Creator." !!

Her Mother Said : ” What Would Our Guests Say About You When You'll Show Up in Ur Wedding Party Without Make-Up ? ! You Won’t Be Beautiful in Their Eyes ! And They Will Make Fun Of You ! ”

The Daughter Asked With A Smile : ” Are You Worried Because I Won’t Be Beautiful in The Eyes Of Creations ? What About My Creator ? ! I Am Worried Because, if I Miss My Salah, I Won’t Be Beautiful in His Eyes ”

She Started To Make Wudu,  And All Her Make-Up Was Washed Away, But She Didn’t Care Then She Began Her Salah And At The Moment She Bowed Down To Make Sujud, She Didn’t Realize That it Will Be Her Last One ! Yes ! She Died While in Sujud !

What A Great Ending For A Muslimah

Who insisted On Obeying Her Lord !

Many People Who Heard Her Story

Were So Touched !!

She Put Him And His Obedience

First in Her Priorities,

So He Granted Her The Best Ending

That Any Muslim Would Have !

She Wanted To Be Closer To Him,

So He Took Her Soul in The Place

Where Muslim Are The Closest To Him !

SubhanaAllah !

She Didn’t Care if She Would Be Beautiful in The Eyes Of Creatures

So She Was Beautiful in The Eyes Of Her Creator !

Oh Muslim Sister,

imagine if You Are in Her Place !

What Will You Do ?

What Will You Choose :

Pleasing Creations Or Your Creator ?

O Dear Sisters !

Do You Guarantee

That You Will Live For

The Next Minutes ? Hours? Months? !!

No One Knows When Their Hour Will Come ?

Or When Will They Meet Angels Of Death ?

So Are You Ready For That Moment ?

O Non Hijabi Sister !

What Do You Choose :

Pleasing Yourself By Non Wearing Hijab

Or Your Lord ?

Are You Ready To Meet Him Without Hijab ?

And What About You,

Sister Who Are “ in Relationship”

Or “ Open Relationship ”,

Are You Ready To Meet Your Lord

Today ? Tomorrow ? !

What Do You Choose Pleasures Of This Dunya Or Pleasures Of Akhirah ?!

May Allah Guide Us All To What Pleases Him And Grant Everyone Who is Reading These Lines Good Ending,

Ameen Ya Rabbul Alameen