Showing posts with label My Cooking. Show all posts
Showing posts with label My Cooking. Show all posts
Monday
Tuesday
Makan mesti duduk sopan-sopan
Hari ni nak buat donut sira sambal. Alhamdulillah donut dah siap digoreng separa masak pagi tadi. Sebagai sarapan buat donut ball untuk anak-anak dan dicicah dengan coklat dan strawberry sauce. Alhamdulillah, first time buat donut ni anak-anak suka nak makan. Sebenarnya nak upload gambar depa makan-makan. Just to share dan yang paling penting adalah kenangan untuk masa depan...:)
Pesan untuk Umar dan Ammar..
Ahmad Umar dan Muhammad Ammar, kalau makan mesti duduk sopan-sopan tau. Kemudian kena hargai apa yang telah dimasak. Jangan komplen-komplen walau tak sedap. Sebab Nabi kita jika tidak sedap baginda hanya diam-diam sahaja. Malah kena hargai pemberian orang walaupun suka atau tidak suka sebab nilai ingatannya untuk kita amat mahal dan berharga.
Teringat kenangan bersama emak dan ayah tersayang. Kalau dia masak semuanya sedap. Dek kesibukkan hari bekerja mak akan masak makanan spesial setiap cuti hujung minggu jumaat dan sabtu. Setiap hujung minggu mak akan masak sup ayam atau sweet sour ikan bawal. Masa kami kecil-kecil itu sudah dikira mewah dan spesial. Ayah pula sebagai chef, ayah akan masak masakan barunya dirumah. Jadi kamilah tukang rasa AKA tukang makan sampai licin. :) Tak pernah tak sedap walaupun mak dan ayah cakap masakan mereka kurang garam atau gula dll. hihi SEDAP JE!! SEBAB MAK DAN AYAH YANG MASAK..
seronoknya ingat zaman kecik-kecik dulu kan.....
Labels:
Ahmad Umar,
Muhammad Ammar,
My Cooking,
My Point of View
Monday
Sushi Bersama Adik Adik di Perlis
Sebelum balik perlis beberapa minggu yang lepas. Adik-adik requet sushi bila kakaknya ada di sana nanti. As tak taktau nak cari beras sushi dan seaweed sheet, kami beli di Batu Pahat dan bawa balik ke sana. Timun jepun pun dimport dari Batu Pahat. :). Ni ntah kali ke berapa buat Sushi. Tapi yang kali ni simple saja. cuma letak sosej, crab stik dan timun jepun. Dan semuanya habis dimakan. Syikin pun belajar buat sushi. Dia bawak bahan-bahan dan buat bersama-sama kawan-kawannya. Ada gak orang leh diperturunkan ilmu. :) Next time saya nak letak la koleksi sushi buatan saya sendiri. Buat sendiri sangatlah jimat. Saya cuma menggunakan bahan bahan seperti cuka buatan JALEN, beras sushi, seaweed, gula dan cuka. Insyaallah takda keraguan dan dijamin halal. :) Apapun enjoy the picture...


Labels:
Home Made Sushi,
My Cooking
Sunday
Homemade Cup Cake Pisang
Kek adalah salah satu kegemaran Ahmad Umar. Harap Muhammad Ammar juga akan berkongsi minat yang sama..Erkk bolehkah ummi mempunyai harapan begini?? for time being takpalah kot Ummi berpositif macam ni. When the time has come I'll let Ahmad Umar dan Muhammad Ahmad membuat pilihan mereka sendiri. Do what ever good things you like as you can reach to the highest achievement.
Meh nak tunjuk saya yang amatur memasak kek pisang kukus yang simple ni. Saya jumpa di internet resepi ni. kemudian sebab terlampau teruja nak buat cupcake untuk family kami pi kedai Happy Bake di Batu Pahat untuk beli cup. Sebenarnya kalau masuk kedai happy bake tu memang gila dan rambang mata. Ada macam-macam bahan, dan peralatan membuat kek. Tang bahan tu, pilihla yang betul betul halal dan berlabel sebab kedai tu dipunyai oleh orang bukan islam. Tapi memang best ke kedai tu. Rasanya sekitar Batu Pahat dan Parit Raja belum ada lagi kedai yang seumpama. Yang paling best ada perlatan membuat sushi dan bekas-bekasnya. Happy Bake tu berdepan dengan pusat jualan nissan. sederet dengan ambank, HPA dll di batu pahat
Apapun Alhamdulillah kek menjadi..
TADAA!!!!
| Percubaan kukus dalam cup kertas. Basah ke Idak?? Nampaknya Idak. Tapi as ussual kena tutup dengan kain.. |
| Umar ambil lagi |
RESEPI
2 cwn gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
4 biji telur gred A
1 cwn pisang emas dilecek
3/4 cwn minyak masak
1 st esen banana
3/4cwn gula
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
4 biji telur gred A
1 cwn pisang emas dilecek
3/4 cwn minyak masak
1 st esen banana
3/4cwn gula
- Ayak gandum, soda dan baking
- Pukul telur sampai kembang (Takde mixer, saya pukul secara konvensional :p)
- Kemudian masukkan pisang lecek,gula, minyak. kacau lg sampai sebati
- Masukkan tepung gandum HPA sedikit demi sedikit. Sebatikan dan tambah esen pisang
- Kukus kek di atas api sederhana besar selama 15-20 minit
selamat mencuba!!!
Labels:
Home Made Banana Cup Cake,
My Cooking
Monday
SuSHi LAGi
Ni kali ke berapa buat sushi entah la...
dah banyak kali dah buat..abang suka sangat makan...yang kali ni spesial sebab buat guna kaviar ngan solomon..huhu abis semuanya dibedal oleh aku dan abang...



Ni plak pizza ayam...takda oven jadi goreng ngan api yang sangat2 perlahan...hihi..shedap.....
dah banyak kali dah buat..abang suka sangat makan...yang kali ni spesial sebab buat guna kaviar ngan solomon..huhu abis semuanya dibedal oleh aku dan abang...
Ni plak pizza ayam...takda oven jadi goreng ngan api yang sangat2 perlahan...hihi..shedap.....
Labels:
Home Made Sushi,
My Cooking
Friday
My Cooking
Ni buat mee basah ngan sushi. First time buat semua ni. hihi. Sushi tu masa mula2 buat tak berapa jadi. rasa nasi tu kurang sikit..dah tiga kali dah wat sushi...abang suka, makan punyalah banyak sampai takleh nak gerak..dah jadi macam ulauo...nanti saya upload gambar yang len lak...
Labels:
My Cooking
Subscribe to:
Posts (Atom)