Friday

A B C Z untuk Zakar?? (Maaf kerana Lucah)

Saya baru saja membaca beberpa entry di blog Mazidul Akmal Sidek. Tak sangka pulak terbaca entrynya z-untuk-zakar-tidak-ada-contoh-lain-ke. Silalah ke lamannya untuk tulisan lengkap beserta gambar2.

Dalam kelucuan saya kira memang tak sesuai nak buat contoh ZAKAR dalam buku pembelajaran kanak-kanak.

Entahlah ya..kalau guna perkataan lain, kan lebih baik. Contohnya Z untuk zoo, Z untuk zip..dalam banyak2 perkataan Z, boleh pulak dia letak Zakar..pelik juga. 

Saya tak pernah menggunakan perkataan direct merujuk kemaluan kepada anak-anak saya yang berumur 2 dan 1 tahun. Saya gunakan NUNU sebagai ganti untuk menerangkan kemaluan. Sebab pada tahap umur mereka tak guna perekataan direct lebih senang. Perkataan direct tu biarlah ketika ketika mereka sudah faham dan boleh faham tetang fungsi alat kelamin mereka. Itupun saya kira saya tetap akan gunakan NUNU walaupun mereka dah besar panjang. Cuma kalau2 perlu mengajar tentang hal berkaitan sek/alat kelamin saya akan guna perkataan direct dan saya akan cari perkataan yang paling sopan seperti zakar/alat sulit.

Apapun sesuai ke guna Z untuk Zakar dalam buku A B C kanak-kanak??

Kalau kita pi kedai nak beli buku A B C cek sampai habis..huhu manala tau P untuk Payudara. Tak haru biru nak terang kat anak nanti..:)

2 comments:

  1. pada pendapat akak perkataan tu tak salah, cuma memang tak molek untuk diperkenalkan pada kanak2 di awal umur diaorang..Dari kecil ni akak dah guna perkataan vagina dan penis, atau singkatannya adalah V dan P..masalahnya adalah kanak-kanak pada zaman sekarang adalah sangat bijak..percayalah bila anak zakiah dah pandai bercakap dan menyoal, adakalanya kita akan keputusan idea untuk menjawab..akak akan terangkan pada diaorang mengikut kesesuaian umur tapi akak takkan tipu apa yang memang fakta..

    ReplyDelete
  2. memang banyak buku ABC kt kedai yg pelik2, utk bagi budak2 senang faham,elok gunakan benda2 disekeliling dia utk dijadikan contoh...

    ReplyDelete