Tuesday

Say No To Backbiting


Bermuhasabah diri, saya lebih seronok bersendirian daripada berhimpun dengan ramai kawan. Teringat masa-masa berkerja dibawah ciknan, walaupun sebagai RA mana mungkin layak mendapat satu bilik tapi itulah yang beliau usahakan. Kerja research penuh dengan aktiviti yang lebih focus dan mempunyai target yang lebih jelas. Bukan bermaksud kawan yang mangajak mengumpat tapi saya sendiri akan menceritakan masalah sendiri tanpa disedari mungkin memalukan suami atau keluarga sendiri. Dulu ayah selalu pesan cerita dalam rumah kita jangan bawak keluar sesuka hati. Jadi alangkah baiknya saya yang menjadi katak dibawah tempurung supaya saya dapat menjaga kerahsian hidup saya. Bukan semua benda boleh cerita kat orang tapi kadang-kadang terpecah juga sebab pada mulanya ia adalah luahan perasaan. Sepatutnya luahan2 tersebut patut diusulkan kepada pihak yang tidak mengenali kita dan mungkin tidak menilai secara berat sebelah.

Bagaimana untuk kita tahu orang mengumpat tentang kita? kita pun tak tahu sebenarnya. Kadang-kadang diagak melalui cara seseorang membawa dirinya. Atau kita sendiri bertanya dari sumber sumber yang boleh dipercayai.  Takpe abaikan tentang semua itu. Kita seantero dunia  mungkin mengumpat tentang diri kita kerana beberapa sebab yang berikut:
  1. tak de benda lain dah nak di cerita
  2. bosan membincangkan topik semasa
  3. malas berbincang hal anak-anak dan keluarga
  4. suka topik topik ringan
  5. dengki
  6. sibuk nak ambil tahu hal orang lain
  7. Tak puas hati
  8. Cakap belakang untuk membuktikan dia saja yang betul..
Dan banyak lagi lah tujuannya bergantung kepada niat masin-masing. Saya perlu bermuhasabah diri sebab saya pun terumpat orang walaupun secara prinsip saya sendiri tidak suka mengumpat tetapi terbuat juga kerana ingin mengadu kononnya, tetapi boleh jadi mengumpat juga. Tapi lazimnya saya tidak mencaci atau memaki orang tersebut. Sekadar luahan tapi bayangkan apabila saya pulang ke rumah saya menyedari luahan saya itu memalukan pihak-pihak tertentu tapi ibarat kata terlajak kata buruk padahnya. Natijahnya kehidupan kita mungkin diadili secara salah dan kemungkinan besar cerita2 tersebut tersebar luas.  Kadang-kadang terikut dengar orang lain mengumpat tetapi tak berdaya mengelak sebab nak jaga hati orang yang bercerita..wahh ini yang paling perit sebab yang diumpatkan adalah rakan yang lain yang kita mungkin tiada masalah dengannya.Untuk menjaga hati kita mengiyakan sahaja.

Hukum mengumpat adalah haram dan berdosa kerana ia mencerita keaiban orang dan apabila orang tersebut mendengarnya dia akan menjadi malu dan marah.Namun begitu, ada kes-kes yang dikira mengumpat tapi dibolehkan, Seperti contoh mengadu kes penganaiyaan, minta fatwa, mohon pertolongan untuk cegah kemungkaran, mengajak muslim untuk berhati-hati terhadap kemungkaran, pekenalan diri (kalau ada panggilan elok labih baik), menceritan hal-hal maksiat atau bidaah yang dilakukan secara terang terangan (bomoh) supaya orang lain tidak mengikutnya.


Azam muharam tahun ini adalah untuk SAY NO TO BACKBITING.

kesilapan yang selalu orang kita lakukan ialah bercakap perlahan atau berbisik. Dulu mak saya selalu pesan. Kalau kita berbisik-bisik pun dan yang ketiganya tidak mendengarnya ia pun boleh menjadi dosa sebab boleh menimbul kecik hati atau sedih pihak ketiga WALAUPUN kita tidak bercakap mengenai dirinya.

“Jika kalian sedang bertiga, maka janganlah dua orang berbisik tanpa seorang yang lain, sehingga kalian membaur dalam pergaulan dengan manusia, sebab yang demikian itu akan membuatnya sedih.”( Hadits riwayat Al-Bukhari, .lihat Fathul Bari, 11/83.

Perkara Umpat mengumpat ni adalah satu yang menyedihkan sebab dalam tak sedar ada diantara kawan kita sedang menikam belakang kita..kalau kita bercakap/mengadu tentang orang yang tidak rapat tak mengapa lagi tapi kalau orang yang rapat dengan kita bagaimana pula???? Senario ini biasa seluruh dunia. tidak kira siapa kita atau bagaimana latar belakangnya. Mungkin anda pernah terkena atau saya sendiri. Atau kita diumpat dijalanan dimana orang mungkin boleh berkata " tak kena lansung baju dia pakai, buruk betul beg tangan dia, pendeknya orang tu atau kita menggelarkan dia "hey gemuk". Mak saya selalu berpesan, walaupun ia benar orang itu gemuk atau pendek ataupun hitam atau apa saja ia berdosa disebut kerana kita yang meletakkan semua itu buruk dan akhirnya ia menjadi umpatan. Suami saya selalu berpesan apabila mulut saya ingin berkata sesuatu iaitu kalau benar mengumpat tapi kalau salah ia adalah fitnah.


Sebab itu, saya sendiri bermuhasabah diri supaya SAY NO to BACKBITING.....SILENT is GOLDEN. tapi bagaimana nak minta maaf kepada orang yang kita terumpat??? yala,saya juga pernah terumpat orang.
kalau ada yang mengumpat terima kasih kerana beri saya sebakul pahala. Dan begitu juga saya yang mengumpat ini memberikan sebakul pahala untuk dia. 

Ya semua orang bisa mengumpat. Boleh jadi kepada saya atau sesiapa saja. Natijah amat besar  kerana kita mungkin melaga-lagakan orang, mengaibkan orang dan menjadikan hubungan menjadi prejudis kerana penilaian hanya berdasarkan satu pihak. Orang yang bijak akan menanyakan hal sebenar atau hanya mengabaikan dan bersikap natural. Tapi buat diri saya dan orang lain, bila kita tersedar kita melakukan kesilapan, tidak salah kita mengundur setapak atau banyak tapak untuk menilai diri kita sendiri. Ia tidak rugi, sebab kita sudah salah. Apa penting nilaian manusia sedangkan allah lebih berkuasa. 

2 comments:

  1. terima kasih. ia hanyalah ingatan buat diri saya dan orang lain yang ingin mengambil iktibar. insyaallah

    ReplyDelete