Pertama kalinya Ahmad Umar dan Muhammad Ammar ke Zoo. Dah tak tahu sangat nak bawa anak 2 jalan kat batu pahat ni. Asik-asik ke Tasik Y dan BP Mall.
Sebenarnya lansung takda perancangan nak kemana-mana. Hati masih berbelah bagi nak bawak anak jalan atau nak rehat saja di rumah. Pagi-pagi bersiap-siap untuk sarapan roti canai kat kedai abang depan UTHM tu. Siapkan jugak barang-barang anak kalau2 nak terus ke Tasik Y. Dalam dok fikir-fikir akhirnya saya dan suami terus buat keputusan nak ke zoo melaka. Habis makan pagi dan anak-anak siap menyusu kami terus bertolak. Ikut laluan Pagoh dan tiba di Zoo Melaka jam 13.00++. Sampai saja di zoo, kereta nak masuk ke parking beratur panjang. Parking penuh. Kami ambil keputusan untuk parking kat Muzium Orang Asli. Wah, jenuh gak nak jalan dan terpaksa usung stroller turun naik tangga subway untuk ke zoo. Memang ramai orang, sebab cuti sekolah. Umar excited sebab dia tak naik stroller, tapi dibiarkan saja lepas berjalan bersama ayah. Adik cuma tidur. Sian jugak sebab panas. Berpeluh-peluh Ammar. Pukul 4 baru sudah tawaf satu zoo. Tak banyak yang berubah. Tapi agak sedih dengan pengjagaan zoo yang kurang kemas. Berbanding dengan Zoo Kemaman yang lebih bersih dan tersusun. Semasa dalam kereta, saya tanya Umar, seronok tak pergi zoo, ingat tak kita tengok gajah, zirafah.....Huh, Umar geleng kepala??? mungkin psikologinya menjawab berdasarkan perkataan hujung saya iaitu "tak"....Singgah di Pagoh untuk solat dan makan. Kemudian terus balik kerumah. Ayah sangat kepenatan. Tapi masih nak tengok movie. Esok ayah 4.30 m kena bertolak ke KL SEMATA-MATA nak hadiri perasmian majlis KPT. Pagi tu sayup dengar bunyi alarm kononnya. Badan pula sangat letih sebab tawaf zoo semalam. Tapi rupanya Dr Amri dah banyak kali call. Jam dah 4.48 pagi tapi ayah BELUM mandi. Apalagi berdesup bangun dan mandi dengan kelam kabut. Rasanya inilah persiapan yang paling pantas yang ayah lakukan. :). Balik pukul 3.00ptg terus balik rumah. Pukul lima bertolak ke BP untuk cari baju tunang urgently. Alhamdulillah dia suka dan dapat juga cari baju. Besok Ayah bertolak lagi ke JB dan minggu depan Melaka(Outstation). Sian Ayah. Kepenatan travel. Tapi Terima kasih ayah, sebab bawak kami semua jalan2. Dah lama juga tak bejalan sebab sibuk dan berjimat. Maybe next time kita pegi botanical garden pulak..:)
oo dah pegi rupa nya..hihihi
ReplyDelete