Kebelakangan agak sibuk dengan kerja-kerja penyelidikan. Kadang-kadang agak tertekan tapi bagus juga bila ada pemangkin yang memaksa diri agar bekerja lebih fokus dan produktif. Tapi dalam penyelidikkan tidak boleh begitu. Selalunya kita perlu pandai untuk berkerja sendiri dan mempuanyai keghairahan yang tinggi untuk melalukan penyelidikan dengan penuh minat.
Dalam kesibukkan, kadang ada terabai keperluan dan perminta anak. Kadang-kadang sengaja memberi tugas-tugas sepenuhnya kepada suami.
Umar semakin pandai berkata-kata. Alhamdulillah dengan perkembangannya. dari butiran yang cuma signal dan perkataan tak lengkap kini dia dapat menyusun perkataan menjadi ayat. Tapi dalam diam tak diam dia punya cara sendiri untuk menarik perhatian ku. Umar ingin jadi seperti Ammar. Umar keliru, salah faham atau salah aku yang tidak membuatkan dia berasa penting sejak kehadiran adiknya Ammar. Atau saya rasa dah buat tapi sebenarnya mungkin telah salah faham dengan keperluan Umar.
Ada satu petang semasa suami meriba Ammar dan Ammar melompat-lompat kecil, Umar datang ke riba saya yang sedang buat kerja penyelidikan di rumah kerana tarikh hantar dah terlepas pun, Umar minta saya memegangnya dan dia ingin main lompat-lompat seperti Ammar. Lenguh juga tangan melayannya. Semua perlakuan adik dia tiru. Ammar masukkan jari ke mulut dia juga buat begitu. Kini Umar dan Ammar dua2 hisap jari.
Pernah satu kali, saya menggosok pipi adik untuk membuang tahi mata, Umar pun menyapu-nyapu mukanya. Jadi saya terus membuat perlakuan yang sama kepada Umar.
Adakah ini masalah psikologi kanak-kanak yang merasakan dirinya kurang diberi perhatian dan diambil enteng oleh saya tentang keperluannya. Saya cuba untuk melayan keda-duannya sebanyak yang boleh.
Ya allah berilah daku kekuatan dan ilmu agar diriku mampu memenuhi hak-hak anak-anakku.
10 cara membuatkan anak berasa penting dan istimewa
- Sentiasa beritahu anak yang kita sayang padanya. Bisikkan pada telinga ketika dia tidur untuk meransang minda bawah sedar.
- Sentiasa memeluk dirinya. Pelukkan adalah satu cara memaparkan kasih sayang tanpa kata-kaya. Ketika anak berjaya melakukan sesuatu beri penghargaan dengan pelukkan. Selalunya apa yang dibuat kepada Umar ialah menepuk tangan dan happyly shout padanya "yeay pandai". Lepas ni mungkin saya dan suami kena ringan punggung untuk memeluknya ketika dia berjaya melakukan sesuatu dan memeluknya tanpa had untuk menyatakan kasih sayang.
- Cium anak sebagai tanda sayang. Saya sentiasa mencium anak. Tapi mungkin cara ciuman hendaklah diubah seiring dengan pertambahan usianya. Saya suka mencium anak di mulut. Saya rasa lebih dekat dan seronok, selesa dan menenangkan dengan bau mulutnya. Perlu juga diubah sebab mungkin ada kuman yang boleh mengjangkitinya. Umar juga menciur Ammar di mulut!!..
- Sentiasa mendengar apa yang dicakapnya. Tak kira apa perkara. Seperti adik saya Uddin, perkara yang lakukan medengar setiap celotehnya dan dia mendengar apa jua suruhan saya.begitu juga Umar dan Ammar, walaupun mereka ada bahasa mereka sendiri dan saya tidak faham. saya akan mengannguk dan berkata ya seolah-olah memahaminya.
- Sentiasa senyum padanya. Setiap masa ketika Umar dan Ammar memangdang saya, saya akan senyum. Hingga apabila mereka bangun tidur, sekiranya memandang wajah saya terlebih dahulu mereka akan tersenyum. Senyuman juga penting untuk menunjukkan ibu bapa sedang gembira.
- Sentiasa bercakap padanya.
- Sentiasa ketawa bersama-sama anak. Kadang-kadang umar akan ketawa melihat aksi di tv, ketika suami melawak atau sesuatu yang menggelikan hatinya. Pada masa tu saya juga akan turut ketawa agar dia merasa kebersamaan ketika itu.
- Bacakan buku padanya. Hobi ahmad Umar adalah membaca. Harap Ammar pun sama nanti. Buku-buku Umar kebanyak sudah boleh dihafal kerana Umar asik suruh baca.
- Pergi bersama ke tempat yang dia suka. Susah mencari tempat yang Umar suka di Batu Pahat.
- Sentiasa sampaikan padanya dia penting dalam hidup kita. Ini yang sangat kurang disebut pada Umar dan Ammar.
- Biar dia pilih rancangan yang dia suka ketika menonton bersama keluarga. Belum pernah buat, sebab interest suami lebih tinggi..Hihi..Kalau Umar nanti 24 jam nak tengok hi5 dan Ana Muslim.
- Biarkan anak menolong kita. Umar belom pandai menolong. tapi kadang-kadang dia tolong angkat barang dan perkara kecil saya dan suami akan cheer up supaya dia gembira dan bersemangat untuk menolong lagi.
- Memuji anak kita di depan orang lain. Ini jarang dilakukan.
- Perlu peka terhadap pencapaian anak walaupun sangat kecil.Seperti yang telah disebutkan. Saya akan cheer setiap apa kejayaan dan kebaikkan yang dia lakukan.
- Biarkan anak membaca untuk kita. Umar belom pandai baca. Dia yang bawa buku dan suru ummi dan Ayah membacakan untuknya.
- Adakan masa yang istimewa bersamanya. Jarang dilakukan bersama anak2. Masa istimewa mungkin di Pizza hut atau bersantai di luar rumah meneman Umar bermain.
- Sokong apa yang anak ingin lakukan terhadap pencapaian hidup, perkara positif, minat dan semua perkara yang baik terhadap dirinya. Ada memberi sokongan tapi kadangkala ketika tengah sibuk dan penat, termarah juga bila Umar susah melakuknya. Ini adalah satu kesalahan saya dan suami yang perlu diubah. Walaupun ia berlaku sekali sekala ia mungkin mebantutkan perkembangan anak.
- Adakan satu masa membuat aktiviti mewarna. Ada juga melakukannya. Tetapi masa singkat sebab umar belum panda mewarna.
- Jadikan rumah tempat yang selamat baginya. Entahla Umar dan Ammar berasa selamat atau tidak. Sebab rumah selalu kelamkabut dan tak berkemas dek kesibukkan master dan BF. Harapnya dengan pelukkan dan kasih saya ini menjadi penghargaan bagi Umar dan Ammar dan mereka berasa selamat dengannya.
Mungkin merasakan dirinya kurang penting kerana seringkali Ammar menangis atau perlukan sesuatu saya akan memenuhi kehendak adik dengan segera dan kadang--kadang meninggalkan Umar. Mungkin itu membuatkan dirinya berasa tidak penting. Mungkin selepas ini saya perlu membawanya dan melibatkan dirinya bersama-sama untuk menguruskan Ammar.
Ohh menjadi ibu bapa perlukan ilmu yang sangat tinggi. Ya Allah, mudah-mudahan Allah tambahkan aku ilmu dan tenaga yang banyak demi cinta kepada anak-anakku.
No comments:
Post a Comment