Bila Umar menangis rajuknya susah dipujuk. Jika dibiarkan dia menangis tanpa dipujuk ia boleh berlarutan sehinga 2-3 jam. Ammar jarang menangis kerana dia masih kecil. Masih belum pandai merajuk atau merengek.Tetapi banyak perkara yang perlu dibuat untu uruskan Ammar. Tambah-tambah bila anak lebih selesa dipegang dan tidak mahu ditinggalkan sendirian.
Jarak kelahiran mereka sangat dekat. Ketika Umar berusia 10 bulan, saya disahkan mengandungkan Ammar pula. Memang diibaratkan membesarkan anak kembar. Keperluan dan permintaan mereka berturut-turut. Selepas umar, ammar pula akan mintakan dan perlukan sesuatu. Apa lagi apabila mereka menangis serentak dan paling susah bila saya terpaksa uruskan kedua-duannya sendiri bila suami tiada di rumah.
Pastinya setiap ibu bapa pun akan melalui saat-saat ini kerana tidak faham apa yang anak inginkan. Kadang Umar tiba-tiba saja menangis tetapi saya tidak tahu apa yang dia inginkan kerana belum boleh bercakap sepenuhnya. Kadang-kadang apabila melepaskan tantrum kerana tidak berjaya melakukan sesuatu atau inginkan perhatian susah sungguh untuk memujuk.
Walaupun pujukan BF sangat berjaya namun kadang-kadang akibat terlampau letih dan "mengamuk didalam hati" dengan tangisan anak-anak saya tak akan memberinya.
ketika hilang sabar dek rengekan dan tangisan anak-anak kita mungkin melakukan perkara yang tidak sepatutnya tehadap anak seperti menengking dengan suara kuat, memukul atau memberi denda yang berlebihan.Walaupun dalan sebulan mungkin 2-3 kali saya hilang sabar, namun saya merasakan ia memberi impak yang negatif terhadap anak. Salah satunya kesan yang saya nampak hari ini ialah Umar meniru perlakuan saya. Bila saya buat-buat menangis dia menyangka untuk meredakan tangisan ialah dengan marah atau memukul.
Mmmm, ini semua membuatkan saya betul2 sedih dan saya masih dalam proses untuk mengubahnya. Saya membuat pencarian di internet dan menyimpulkan semuanya di laman ini. Semoga ia memberi faedah kepada saya dan kepa pembaca yang lain.
KENAPA ANAK MARAH?
Bagi anak berumur 1-3 tahun perasaan marah bukanlah sesuatu yang negatif dab terlampau serius tetapi perasaan marah mereka itu perlu diambilkira oleh ibu bapa dengan rasa hormat. Lazimnya anak marah kerana :
- Tidak mendapat apa yang dihajatinya
- Tidak mengizinkan apa yang dihajati
- Merampas apa yang dimiliki
- Tidak dapat melakukan sesuatu
Langkah pertama bila Umar mula menangis, saya akan peluk Umar dan bertanyakan kenapa? Sekiranya wujud komunikasi, saya akan memujuknya. Contohnya bila dia mengadu sakit atau tidak dapat membuat sesuatu, saya akan bantu Umar dan akhirnya dia akan berhenti menangis.
Kadang2 saya akan buat sesuatu yang boleh menarik perhatian Umar. Contohnya apabila rajuknya belum panjang, saya akan bacakan buku kegemarannya atau buka video2 yang dia suka.
Namun begitu, ada juga masa-masa bila rajuknya sukar dipujuk dan akhirnya 'neni' yang menjadi ubatbya.
BAGAIMANA CARA UNTUK HADAPI KEMARAHAN ANAK?
Ada masa-masa saya sendiri hilang sabar kerana tekanan-tekanan lain. Pernah juga tangan ini sampai ke muka umar. Tapi saya amat menyesalinya. Lama-kelamaan saya berfikir dia hanyalah seorang kanak-kanak dan fikirannya belum matang. Apabila kesabaran berkurang saya akan jauhkan diri dari Umar dan berusaha bertenang. Saya akan buat kerja lain dan ignore tangisan Umar. Saya akan mandi dan anak-anak dibiarkan kepada suami. Ketika ini saya elakkan untuk merengus sebab ia boleh membuatkan suami terpengaruh dan hilang sabar.
Sungguh besar cabarannya membesarkan anak kecil serentak. Ia memerlukan kematangan, kesabaran dan ilmu keibubapaan yang sangat tinggi.
Semoga saya sentiasa dapat bersabar dan terus belajar demi kebaikkan diri dan keluarga.
Ahmad Umar dan Muhammad Ammar, Ummi sayang kamu berdua!!!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteterima kasih kerana sanggup berkongsi pengalaman zakiah di sini. Saya mengalami situasi yg sama. abg skrg berusia 2 thn, 3 bulan dan adik pula 12 bulan. Amatlah sukar utk saya tanggani mereka. Abg skrg makin kuat memberontak dan memukul adiknye. Sampaikan malu utk saya pergi ke majlis2 atau undangan dr kwn2. tekanan membuat phd dan jauh dr keluarga membuatkan saya dan suami kurang sabar. Namun sy sgt kasihankan anak2 terutama yg sulung. anak yg asalnye lemah lembut menjadi kasar dan pemarah. sampai tahap saya rasa sy ibu yg gagal..
Waalaikumussalam. Terima kasih sebab sudi singgah dan komen di blog yang sederhana ni.
ReplyDeleteTak sangka anak-anak kita lebih kurang sebaya. Anak saya yang sulung 2 tahun 5 bulan dan yang kedua setahun jugak..
saya akui saya sendiri pun masih banyak kelemahan dan banyak juga yang perlu diperbaiki..Tapi insyaallah jom kita terus berusaha dan berdoa pada Allah insyaallah semuanya boleh jadi baik.
Kadang2 bila bawak ke majlis memang anak-anak ada buat perangai tapi saya buat taktau je..saya tanam lam hati kuat2 anak kecil memang macam tu..:) lama-lama dah tak malu dah. Yang penting kita positif pada anak kita..insyaallah nanti nampak kesannya.
insyaallah, kita teruskan berusaha, mudah mudahan Allah bantu kita. Amin..:)