Wednesday

What make BOSS is a good boss?

Beberapa hari lalu bersembang panjang dengan Hj Abdellah. Banyak perkara yang dibincangkan. Salah satunya tentang hal kepimpinan. 

"Boss is always rigth. It is your fault if your boss dont like your work because you cannot learn your boss. What your boss need and want"- Hj Abdellah.

Hj Abdellah berseloroh. "Salah youla sebab you tak dapat tackle hati boss you. Kalau boss nak cepat yang you wat cantik-cantik kenapa???"

Hj kata lagi. BOSS you mungkin tahu you betul tapi untuk buat satu kerja ada beribu cara, BOSS boleh je cakap you salah dan minta wat semula. 

Sebenarnya, bila Hj Abdellah cakap macam tu, banyak penafian wujud dalam fikiran saya. Sebab sekarang saya berdepan dengan seorang BOSS yang sangat cerewet dan tidak menghormati orang bawahannya. Sebenarnya dia bukan BOSS saya tapi BOSS kepada suami. Namun secara tidak lansung BOSS tersebut tidak menghormati saya apatah lagi pekerja bawahannya. Banyak isu yang timbul yang menyebabkan pekerja bawahannya tidak berkerja dalam motivasi yang tinggi.   Mulanya keadaan biasa saja sebab saya cuma isteri kepada pekerjanya. Saya tidak berhak masuk campur hal-hal pejabat malah saya faham untuk memberi kelepasan dan tidak memberatkan suami dengan hal remah temeh yang boleh menganggu tumpuan suami terhadap kerja. Namun bila terjadi satu isu dan makin bertambah dengan isu-isu lain saya sendiri tertekan kerana suami tidak seronok bekerja seperti mana dulu dan ketidakseronokkan tersebut dibawa balik kerumah. Sekarang tepat pukul 5 suami cabut pulang . Jika ada adhoc  suami sangat mencuka berbanding berkeja dengan BOSS yang lama. Lebih parah lagi BOSS tersebut menilai saya dan menghina saya tanpa beliau mengenal diri saya sendiri.

BOSS Belanja Pizza Hut

Saya akui ini adalah salah saya dan suami. Bermula dari isu ini lah tanggapan BOSS suami terhadap saya dan suami mula berubah. Sebenarnya BOSS ni memang pandai berlakon. Dia sangat ok dan bersahaja di depan kita namun dibelakang, dia marah dengan keadaan yang telah terjadi. Kebanyakkan isu adalah peribadi namun hal tersebut menjadikan suami tidak seronok bekerja. Bukan saja suami tapi semua rakan sekerjanya. Berkerja dalam keadaan tertekan tapi bersabar kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Suami selalu sebut kalau ikut hati, kalau dah tak sabar memang rasa nak cederakan beliau secara fizikal. 

Berbalik pasal hal makan pizza ni. Pada hari kejadian BOSS suami nak belanja pekerja bawahannya di Pizza Hut. Tapi sebab ada 3-4 orang staff tak dapat sertai majlis tu, rakan-rakan lain mengajak suami untuk bawak saya bersama. Mulanya saya sendiri tak mahu. Saya cakap dengan suami " nikan BOSS yang belanja. saya segan. Takpalah biar suami yang pergi. Lagipun ni hari bersama-sama kawan dia. Asik dengan saya je tiap hari". Tapi suami berkeras mengajak saya sebab tolong makan bg orang yang tak datang. Sebenarnya memang salah pun dan tak beradab saya ikut malah suami pun tak maklum nak bawak isteri Saya terpaksa ikut bila suami cakap " Takpalah kalau BOSS halau suami bayar sendiri"

Masa makan tu semuanya ok. Boss pun ajak dengan baik. Tapi rupa-rupanya ajak ayam sajala. Perkara ini meninmbulkan ketidakpuasan hatinya. Kawan baik yang baik juga dengan BOSS ni telifon.Dia pesan lain kali kalau ada acara dengan BOSS ni jangan ikut. Dia pesan Demi kebaikkan saya juga. 
Saya pun sedar yang saya salah jadi saya terima dengan hati terbuka.

Bersalin: Hari ke 5

Ketika hari ke 5 bersalin suami ada kerja yang memerlukan outstation. Semasa bersalin anak kedua seperti mana anak pertama, saya menjaga diri saya sendiri dan anak-anak dengan suami. Menjadi satu masalah ketika itu bagi suami sebab tidak ada orang lain yang dapat menjaga saya. Kebetulan komplikasi episotomi teruk dan sakit di bahagian rahim menyebabkan saya tidak dapat berjalan dengan betul. Emak saya tidak dapat datang kerana belum cuti sekolah. Adik-adik masih di pusat pengajian dan ibu mertua sibuk dan tidak dapat mejaga sebab adik ipar patah kaki. Kebetulan juga kawan baik sudah bekerja di JB. BOSS dah warning suami yang dia WAJIB hadir ke bengkel tersebut. Walaupun saya masih berpantang. Memang berat bagi suami untuk buat keputusan tapi terpaksa pilih untuk tidak pergi kerana saya masih belum sihat dan terpaksa menjaga 2 anak sendirian. . Suami pergi jumpa BOSS untuk meinta Izin supaya beri kelepasan untuknya. Tapi apa yang suami dapat sebelum keizinan untuk tidak ke bengkel tersebut adalah leteran panjang dan penghinaan terhadap saya. BOSS mengunkit hal Makan di Pizza dan menghina saya terlampau manja, tidak percaya suami dan " cemburu laki". BOSS ni sewenangnya mengata saya sedangkan dia sendiri tidak kenal saya dan tidak tahu apa yang saya lalui. Dia menceritakan pengalaman hidupnya yang lebih susah. Bersalin anak pertama di UK dengan suami tidak disampingnya. Dia juga mengungkit hal di Pizza hut. Katanya " wife you tak patut ikut. manala tau I nak bincang hal privasi dengan pekerja I." tapi pada hari tersebut the BOSS bring the whole family together. Memang BOSS yang belanja tapi adakah dia juga menjaga privasi perkerjanya? Then actually she/he said " i dah expected dah you akan datang jumpa I untuk minta hal ni. I dah sediakan staff gantian pun". So what the point all the fussy talking???.

En Adnan Minta Tolong

Semalam En Adnan telifon dan minta tolong bantu beliau sebab pembantu projek cuti bersalin. Namun begitu, hal-hal tuntutan gaji perlu melalui BOSS ini. Saya menjadi sangat serba salah kerana saya tidak pernah menolak permintan En Adnan. Bagi saya sukar untuk mencari BOSS sebagus En Adnan. Encik Adnan pun pernah menegur saya dan marah tentang kesalahan yang dilakukan. Namun bukan makian dan herdikkan yang mematikan motivasi tetapi dengan tunjuk ajar dan teguran yang membuatkan kita sedar kesalahan, menerimanya dengan terbuka dan bersemangat untuk memperbaikinya.
Saya terpaksa menolak permintaan En adnan semata-mata saya ada Isu peribadi dengan BOSS suami. Akhirnya En Adnan membuat keputusan untuk dia keluarkan wangnya supaya saya dapat membantunya. Cukup segan dengan keadaan ini.


Tak Boleh bawa keluarga bila Outstation


Pada hari yang sama En Adnan minta tolong, suami dan seorang rakan kerjanya yang lain dipanggil kerana membawa keluarga ketika outstation. Rakan sekerjanya sering juga bawa anak-anak tetapi sebab anaknya masih menyusu badan. Takkan nak bagi suami dia yang susukan????.BOSS marah dan melarang. Katanya, "lain kali kalau you nak bawak, pakai duit sendiri bayar duit hotel". Mmmm, adakah dia berfikir yang kami pergi bersuka ria dan seolah kami ni golongan bawahan tidak berduit yang berasa seronok bila dapat duduk Hotel. Pada mulanya saya dan suami tak pernah sentuh hal nak bawa isteri atau tak pernah minta  dr PP  untuk beri bilik kosong pada kami jika ada. Namu sebab memang ketika PP menempah hotel untul bengkel dia dah minta bilik free. Jadi kerana suami sudah lama tak bawa keluarga dan budi bicara PP , dia offer kepada suami. So last minute decision saya sendiri tergopoh gapah bersiap untuk ke sana. Saya sendiri makan Mee Segera di bilik dan sarapan pagi nasik lemak sahaja semata-mata risau jika dapat kupon makan dr orang lain atau belegar di hotel, BOSS nampak akan menimbulkan isu besar. BOSS marah dan pesan " you may investigate/caught by SPRM if you bring your family along."Jika ia berkaitan dengan integrity what make the BOSS can bring her/his Family.  At last day, when everybody leave the hotel early as the event finish at the night, jadi saya turun makan tengah hari sebelum pulang. Suprisely, her/his son is there having lunch. So now she/he want to talk about intergrity????

Isu - isu lain

Bukan suami sahaja yang bermasalah. Isu sekarang yes, from some aspect my husband and I may wrong. But actaually in this organization everybody is doing the wrong thing and everybody feels it right because everybody is doing wrong. Such an example bring the family to hotels when you outstation. Apakah seorang prof, walaupun layak  dapat satu bilik boleh bawa family?? Kemudian bercakap tentang integriti dengan pekerja bawahan???

Kadang-kadang kesalahan kecil pekerja dihamun dengan perkataan BODOH????
Dia juga menyalahkan orang lain terhadap sikapnya yang selalu LUPA
Malah mengerahkan pekerja bawahan bagi kerja PTJ yang lain dengan menggunakan nama individu yang lebih superior di dalam organisasi. 
Suprisely the BOSS get angry when his/her PA cuti bersalin. Dia marah dalam opis yang cuti bersalin cuma sehari, lepas tu kan boleh datang kerja.
Kerja salah directly the BOSS thrown away to the dustbin.
The boss always talk negatively about the old BOSS.
sebenarnya banyak lagi isu. Best persons in the office pun get really down when working with this BOSS.

Kesimpulan

Jadi persoalan dan pernafian terhadap apa yang Hj Abdellah cakap " BOSS is always right is valid for GOOD BOSS only.  Pada fikiran saya. For what ever the BOSS is right the staff deserve layanan sebagai seorang MANUSIA yang ada MARUAH. Semua ini adalah perkara asas bg setiap manusia dan dalam islam tak boleh mencederakan muslim yang lain secara fizikal waima hatinya juga.

Memang BOSS adalah pangkat yang tinggi  tapi ia adalah tanggungjawab yang besar untuk ditanggung. Menjadi BOSS bukan untuk menggunakan kuasa untuk marah sewenang-wenangnya, memaki orang dan menghina kerja orang dengan teruk. BOSS perlu pastikan SUPERVISION is a key link to productivity. Mungkin hari ni semua orang berkerja untuk dia tapi dalam keadaan TAKUT bukan HORMAT. When he/she retired nobody will respect him/her.

What make you a boss today is the workers below you. that serve you today You are nothing without people that you call KULI and MACHAI.. Yes we may get wrong but when you advise us, please make sure you are doing what you ve said.

No comments:

Post a Comment