Kadang-kadang apa yang orang buat nampak kedunian tetapi sebenarnya akhirat dan ada juga yang nampak keakhiratan tetapi sebenarnya lebih kepada dunia " DR MUHAYA-IKIM"
Dr Muhaya mengurai lebih lanjut mengenainya dengan contoh, kita nampak seorang menantu solat dhuha, tetapi niat di dalam hatinya adalah untuk mengambil hati mertua. Nampak AKHIRAT tapi sebenarnya DUNIA. Kita nampak si lelaki tu sedang suka hati basuh motosikal untuk ke masjid. Nampak DUNIA tetapi sebenarnya AKHIRAT.
Kata-kata Dr Muhaya, menambahkan semangat saya untuk berpegang pada prinsip diri sendiri dan elakkan mendengar apa yang orang cakap negatif terhadap diri saya. Mungkin dengan mendengar dan takut kepada "Apa Orang Kata" akan membuatkan niat asal kerana Allah bertukar menjadi niat kerana "takut orang kata". Banyak hal yang terjadi dalam ruang lingkup hidup kita porak peranda dan memakan diri kerana "takut dengan kata orang". Kadang-kadang jenuh juga nak meredakan pihak tersebut tanpa menyakiti hatinya. tapi yang penting apa jua yang kita lakukan tidak berdasarkan kepada "takut apa orang kata"
Saya lorekkan cerita melalui pemerhatian dan pengalaman yang telah dilalui untuk iktibar saya dan orang lain juga. Ia adalah perkara yang sering terjadi yang kita sedar dan tidak sedar bahawa apa yang kita lakukan itu adalah untuk dunia semata. Kita tidak pentingkan apa yang kita mahu dan keredhaan allah.
Pernikahan
Ramai orang yang ingin berkahwin dengan mengikut kemampuan diri sendiri. Kebanyakkan dari kita semua mampu untuk menjalani kehidupan rumahtangga dengan pendapatan sedia ada tetapi kurang mampu untuk mengadakan majlis yang "baik" dengan ekonomi sekarang yang makin menekan bagi sesetengan orang. Jika tak mampu mengadakan majlis yang serbai baik atau 'grand' nanti ada dikalangan kita akan berfikiran " takut nanti orang kata kena tangkap basah ", "takut orang kata dah mengandung anak luar nikah" dan macam-macam lagi lah orang kata. Kita terpaksa mengeluarkan budget diluar kemampuan diri disebabkan kerana takut orang kata dan terpaksa menangung hutang selepas kahwin. Sedangkn lebih elok kita berjimat dalam mengadakan majlis malah elakkan perkara yang membazir sebab selepas nikah banyak lagi keperluan yang memerlukan duit.
Saya sendiri pada masa majlis pernikahan saya tidak bermekap dan menempah baju songket. Saya memang berasa malu untuk bersolek dan untuk tidak menggadaikan prinsip saya tidak bersolek. Pada hari tersebut saya cuma memakai bedak, sedikit celak dan lipstik yang nipis. Ada prinsip2 yang tertentu kenapa saya tidak mahu bersolek. Majlis saya juga memang serba ringkas. Takda Karaoke malah perarakkan pun dirancang oleh mertua sedangkan saya tidak mahu sebenarnya.
Memang natijah sangat berat ditanggung. Orang kampung mula bercakap yang perkahwinan ini sebab saya sudah mengandung, Tambah-tambah pula rezeki bunting pelamin. Tapi pedulikan itu semua. Walaupun mertua ada sedikit bising tapi yang penting bukan orang yang berkata-kata itu yang memenuhkan tembolok kami anak beranak dan bukan mereka juga yang menolong ketika susah.
Orang memang suka mengata. Ada kawan saya mengadakan majlis yang serba lengkap pun dikatakan mengandung kerana kahwin awal..Mulut orang susah dijaga.Jadi kenapa perlu ikut cakap orang. kenapa perlu takut apa orang kata sedangka mereka bukan sesiapa dalam hidup kita. Apa yang penting sekiranya ia berniat baik, kerana Allah, dan tidak mencederakan sesiapa teruskan saja dan pedulikan apa orang kata.
Ada saja pasangan pengantin yang kendurinya di masjid saja, ada saja yang persalinan kahwin cuma sepasang baju kurung tapi adakah itu membuktikan dia telah membuat onar. Tentu sekali tidak. Hanya Allah yang tahu apa yang kita mahu dan ingin lakukan.
Ustaz Kazim pernah kata, Orang kita suka buat benda yang tak berfaedah. Apasalah kalau kita hanya mampu nak buat kenduri hanya nasi lemak 50 bungkus. Janji kenduri.
Bukanlah dipersoalkan wang ringgit yang dikeluarkan untuk majlis tetapi niat kita. Apakah kita lakukan semua ini berdasarkan kemampuan diri dan sebab utamanya kerana alah dan bukan kerana takut orang kata????
Pakaian
" Eeee baju kau ni macam orang tua la, pakailah yang cerah dan kaler kaler sikit, tak bergaya lansung. ni ha boh brooch yang besar sikit. nampak tua betul. Pakailah minyak wangi ni biar orang tertarik sikit"
Bila orang berkata begini adakah kita terus menukar prinsip kita berpakaian atau mengekalkan apa yang kita mahu. Adakah berpakain gelap itu TUA??? Apakah niat kita berpakaian sebenarnya. Adakah untuk menutup aurat atau semata-mata ingin orang melihat diri kita dan berasa bangga. Atau adakah untuk menarik pandangan orang supaya rezeki kita terus bertambah???
Mmmm belum lagi dengan fesyen-fesyen tudung yang pelbagai gaya dan warna, mekup yang tebal dan berwarna-warni. Atas nama mengikut fesyen dan menjadi wanita islam yang bergaya, kita kadang-kala melampaui batas dengan garisan yang islam sudah tetapkan. Kebanyakkan kita sendiri sudah tertipu dengan apa yang diwar warkan sebagai fesyen dan gaya.
Sedangkan sebagai orang islam janganlah kita menjumudkan fesyen, tapi kita sendiri perlu tahu batas-batasnya. Apa yang dinamakan tabarujj dan yang tidak boleh dilakukan. Sebagai Muslim yang bijak kita perlu tahu apa yang kita mahu dan yang penting ia adalah kerana Allah dan tidak mendengar apa yang orang kata.
Andaikan fesyen kita terlampau teruk, ada alternatif yang boleh dilakukan namun bukan dengan menggadaikan prisip islam. Andaikata bau ketiak kita busuk, bukanlah dengan minyak wangi yang menangkap dosa zina pada hidung bukan muhrim tetapi banyak jalan penyelesaian yang ada.
Diri sendiri tahu apa yang kita lakukan. Usahlah tertipu dengan "kata orang" yang selalunya tidak membawa manfaat kepada diri kita.
Kesimpulan
Kenapa mesti takut dengan apa yang orang kata. Sedangkan ia boleh menyebabkan niat asal kerana Allah boleh menjadi kerana orang. Bukankan itu menjadi DUNIA sedang hidup kita ini perlu untuk mencari DUNIA dan AKHIRAT. Yang penting dalam apa yang kita buat kita perlu niatkan kerana Allah, Mendapat keredhaan dan tindakkan kita tidak menyakiti dan menyusahkan orang lain. Biarlah kita menjadi manusia yang berprinsip dan tidak hanya mendengar kata-kata orang. Namun dalam hidup perlu kepada mendengar kata-kata yang positif yang mungkin dapat menjana kehidupan yang lebih baik. Namun ingatan sekali lagi abaikan kata-kata negatif kerana mereka tidak tahu masalah dan apa yang kita lalui.
Saya bukan pandai agama tapi saya ingin kongsi dengan pembaca yang lain tentang apa Dr Muhaya sebut. Hidup kerana takut kata-kata orang adalah hidup muslim yang tidak berprinsip. Ia menjadi semangat untuk diri untuk tidak takut dengan apa yang orang lain kata kerana ia amat meyusahkan untuk memenuhi kehendak orang yang inginkan seperti apa yang mereka mahu sedangkan kita terpaksa mengabai apa yang kita mahu dan mampu. HIJRAH....
No comments:
Post a Comment