Thursday

Suamiku Terpengaruh Dengan Drama Dan Filem

Semalam Kak Nurul post topik pasal Trilogi Cinta. Dia minat benar cerita tu. Saya mula-mula teringin nak tengok tapi sebab suami tak suka tengok saya pun tak tengok. Lama-lama pun tak tertengok. Teringat cerita Nur Kasih, masa mula-mula ditayangkan saya hanya dapat tengok ketika episod ke enam. Suami pula dapat menengok dengan jayanya ketika bulan puasa bila siri ulangan semasa waktu bersahur. Cerekarama lagi lah jarang tengok. Tengok yang lucu-lucu je.

Hihi kenapa ye, saya cerita pasal emosi dan pengaruh perasaan suami saya bila menonton tv atau filem. Sepanjang hidupnya jarang sungguh dia nak tengok cerita sedih. Dia akan mengelak untuk menonton.  Dia akan terpengaruh dengan setiap emosi yang wujud dalam tv/filem. Tapi sebenarnya sikap terpengaruh dan emosinya itu adalah perkara paling COMEL dalam membuatkan saya jatuh cinta padanya sekali lagi. Boleh ke ayat ni??? Bolehlah..

Kenapa, bila dia tengok cerita gaduh perempuan ke, mertua menantu ke, fitnah fitnah ke dia akan marah, tapi marahnya kepada cerita di dalam tv/filem ia satu kelucuan. Tapi kalau cerita tu sedih dia akan sedih dan menjadi marah. Nanti dia marah orang yang berlakon dalam cerita tersebut. Suami pernah cakap yang dia tak suka cereita sedih sebab dia tak suka bersedih. Ia boleh menganggu perasaannya untuk beberapa minit atau beberapa jam. Dia tidak menunjukkan emosi, tapi ia bermain di dalam pemikirannya kerana kisah kisah hidupnya yang sendiri.

Bila tengok filem aksi pula dia sendiri akan berdebar-debar. Pernah satu ketika dia menjerit ARGHHH kenapa tak dapat itu ke, ini ke. Kejutan itu satu kelucuan. Dia sendiri akan berkata cerita ni buat abang yang  berasa penat, berdebar debar, dan tercungap-cungap. Bila saya tekap telinga di dadanya memang jantung dia berdegup kencang. :) Bukankah sangat comel...:)?

Bila dia melihat aksi romantik dan manja di TV/Filem. Suami saya akan mengambil bantal atau kain yang dapat dicapai, menutup muka dan membiarkan mata saja yang nampak, itu adalah satu KECOMELAN yang amat.

Saya pun taktahu kenapa suami saya cepat teremosi dan terpengaruh dengan setiap perasaan di TV/Filem. Tapi keunikkan dia, membuatkan dia sangat comel...:)

Kaulah yang PALING COMEL dihatiku...

7 comments:

  1. Pelik sgt pelik.... suami saudari ni.... betul ker macam ni... mungkin jugaklah ader lelaki yg beremosi macam wanita....

    ReplyDelete
  2. mungkin ada sedikit pelik..tapi itulah yang paling comel. :) walaupun dia beremosi tak lah kritikal dan menganggu hidup. cuma banyak suprise ketika menonton tv bersamanya yang membuatkan saya ketawa.:) dan akhirnya dia pun ketawa.

    ReplyDelete
  3. macam wanita ke? tak rasa pula macam tu..

    ReplyDelete
  4. biasanya org pompuan jer yg emosi tgk tv.orng lelaki lebih minat filem2 aksi lasak.tp kalau dah sampai sorok dlm kain, teselit bawah belakang bantal lawak la pulak dah mcm telebih hormon pompuan la pulak.tp kira ok lah tu.. ader gak member wat teman kasi riuh mase tgk tv.... adik aku yg umur 6 thn pon x over acting mase tgk tv....

    ReplyDelete
  5. kelakar plak baca komen anon 10.30pm nih. terima kasih memberi komen. suami saya tidaklah overacting. depan orang kontrollah. lagipun anda tidaklah kenal suami saya. baik saya betulkan disini dia tidaklah over. takdalah sampai menangis dan menganggu hidupnya. tapi takpe anda menilai dari apa yang ditulis. ia tidak mencerminkan keseluruhan. :)

    whatever it is i love him because of this. I fall in love with him again because of this. Im grateful we have something to laugh together and make us fell falling in love and happy..

    i love you abang..:)
    believe me dear. i feel great when you COMEL di hadapan tV. Let be emotional tegether...haha!

    ReplyDelete
  6. by the way my husband love to watch action film. nak pinjam cd2nya? dia tak tengok cerita emosi. dia mengelak. kalau tertengok emosi la seperti yang saya cerita..huh.

    ReplyDelete
  7. Salam. Aku la si suami penulis blog...ahahahaha...gelak gak baca komen korang2 nih...tak kisah laa...

    untuk pengetahuan, dari kecik aku memang macam tu...beremosi dgn "terlebih penghayatan" aku rasa, very thin line in the difference(s)....takde lasampai nak selit2 sgt...just kalau citer romantik tu, aku just peluk bantal, ingat zaman muda2 skit dulu...kalau citer aksi, kaki tangan aku akan ikut gerak sekali...tapi tak le sampai2 tebawa2 sangat....

    tapi takpela, orang yang tak kenal dan tak penagh tengok sendiri, akan kata macam2...

    ReplyDelete