Dalam hidup kita pasti bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Ada yang buruk ada yang baik.
Mungkin hari ini kita jumpa seorang ketua yang telampau memerintah dan cerewet.
Esok kita berjumpa dengan pelayan kaunter yang pemarah.
Lusa pula kita bertemu orang yang kuat fitnah dan mengumpat.
Tulat pula orang cakap begitu begini.
Pastu tah nak panggil hari apa kita sedih sedih pula.
Tatkala kita berjumpa dengan kerenah yang menyebabkan persoalan-persoalan yang kita hadapi akan melukakan hati kita, sebenarnya beruntunglah kita jika kita hadapi semua keadaan dengan sabar dan menganggap ia adalah bicara Allah untuk menguji keimanan. MEMANG kita akan terasa dan marah tapi alhamdulillah bagi kita yang cuba menilai semula diri dan membaiki diri sebaiknya itu adalah jalan-jalan yang akan menemukan kita dengan jalan ketaatan. Kita tidak perlu berdendam. Bagi sesetengah orang kehadiran kita cuma akan mengundang susah dan benci malah kepergian kita tak akan diingati tapi tidak mengapa kerana hidup ini bukan untuk manusia tetapi untuk Allah semata. Saya sendiri tersedar apabila kita terlalu nak jaga hati orang kadang-kadang saya sendiri mengabai keutamaan siapa yang patut didahulukan.
Kemudian mungkin hari ini kita jumpa ketua yang hebat dan tahu untuk mengarah dengan betul.
Esok kita jumpa pelayan kaunter yang sangat berhemah dan manis senyum serta sabar.
Lusa pula kita berjumpa orang yang menjaga mulutnya dan kerahsian yang diketahui
Tulat pula kita bertemu orang yang bercakap tanpa perkataan dan perkara yang sia-sia
Tentulah hidup kita berasa aman dna gembira. Kerana hidup kita terkesan dengan kemanisan akhlak yang dipunyai oleh setiap orang yang kita jumpa. Subhanallah bagi mereka yang baik akhlak dan baik agamanya. Insyaallah Allah sedang berbicara yang dalam hidup ini kerencahannya bukan hanya duka tapi Allah tetap adil menghadiahkan kita kemanisan dan jalinan sesama manusia.
Bersyukurlah pada setiap rencah hidup yang Allah titipkan. Jika kita bertemu yang sukar dan negatif Allah ingin mengajar sabar pada kita. Bagai bertemu dengan sipenipu allah ingin kita belajar jika kita esok kita bertemu lagi bagaimanakah cara kita akan menghadapinya.
Kalau hari ini kita tak jumpa dengan ketua yang bengis kita takkan belajar untuk menetapkan hati dan bertahan untuk berkerja dengan baik demi rezeki yang hanya Allah beri.
Kalau hari ini kita tak jumpa si pemfitnah dan pengumpat kita takkan belajar yang setiap apa terjadi aduan itu tujukan saja pada Allah kerana Allah sajalah penjaga rahsia yang maha tulus.
Kalau hari ini kita tak jumpa dengan pendusta kita takkan belajar untuk berhati-hati dalam menrima khabar..
KALAU HARI INI KITA TAK BUAT SALAH KITA TAKKAN BELAJAR YANG KITA PERLUKAN BETULKAN SETIAP SALAH.
No comments:
Post a Comment