Wednesday

Berapa kali sujud syukur??

Kalau nak di kira nikmat dan Allah bagi kepada saya, kiranya sudah berjuta kali saya perlu SUJUD SYUKUR. Hakikatnya, dengan nikmat Allah yang maha banyak ini saya jarang-jarang membuatnya. Seingat saya dalam hidup ini hanya beberapa kali saja. Dari ceramah Ustaz kazim dia menyebut ada 2 perkara yang kita wajib buat untuk membuktikan rasa terima kasih kepada Allah iaitu 1. Sujud Syukur dan 2. Solat 5 waktu serta terus menambahkan ibadah.

Alhamdulillah elaun dah masuk semalam. Sebenarnya bila dapat khabar elaun dipotong, dalam hati ni betul-betul sesak. Bukanlah tidak ada simpanan, tapi kalau boleh taknak ganggu simpanan dan terlampau leceh nak ke Batu Pahat untuk mengeluarkannya sebab kedua-dua simpanan tidak mempunyai kad ATM. Kedua-duanya perlu dikeluarkan melalui buku. Semalam memang duit gaji hanya tinga 30 saja di dalam tangan. Huh, berfikir-fikir nak ke batu pahat orang kata bercintanya. Susah hati pun ada, sebab bila dah guna duit simpanan agak susah juga nak simpan balik jumlah yang dikeluarkan. Yang ada nanti cuma simpanan setiap bulan sajalah. Tapi hati tergerak untuk menyemak akaun dan alhamdulillah elaun yang dipotong telah dimasukkan semula. Detik tu saya berasa sangat lega dan beterima kasih kepada PPI dan BENDAHARI. Apatah lagi rasa syukur kepada Allah di dalam hati.

Cara untuk Sujud syukur ialah 1. mengambil wudhuk 2. Sujud dan menyatakan rasa kesyukuran dari nikmat yang dapat kepada Allah.

Seringkali dalam hidup Allah tidak pernah memberi kesusahan yang bertimpa-timpa atau kesusahan yang panjang. Antara sabar dan tidak sabar saja menghadapinya. Seperti yang dilalui kali ni, wang yang tinggal betul-betul hampir 0 ringgit. Kalau adapun duit tabung jela. Tapi Allah tak membiarkan saya bersusah dan beri semula elaun. Alhamdulillah. Tapi saya masih tidak membuat sujud syukur semalam malah solat juga belum khusyuk. Ya Allah janganlah kau memesongkan hatiku ini. Tetapkanlah hatiku ini agar sentiasa ingat kepadamu.

No comments:

Post a Comment