Saturday

Statistik Perceraian yang menggerunkan

Wanita Hari Ini 1 3 2011 topik "Kahwin Cerai Badi atau Tiada Jodoh" mengatakan statistik dari jakim mengeluarkan:
 Dari 7 pasangan yang berkahwin 5 daripadanya bercerai

Beberapa hari yang lalu Buletin Utama juga mengatakan statistik dari jakim mengeluarkan

Setiap 15 minit berlaku satu penceraian

Punca utama yang membawa kepada penceraian itu adalah pengabaian solat. Dunia sekarang manusia hidup dalam keadaan menekan dan ditekan. Salah satu sumber ketenangan paling kukuh adalah dengan mengingati Allah dan bersyukur dengan nikmatnya melalui solat. Kita sendiri tahu kualiti kehidupan kita jika kita mengabaikan solat.

Seiring dengan itu, Ustaz kazim dalam ceramahnya juga menyatakan kenapa rumahtangga tak bahagia adalah disebabkan salah sorang daripada suami isteri tidak memainkan peranan. Tengok sajalah keadaan dunia sekarang. Isteri juga terpaksa bekerja dengan tuntutan kewangan yang menekan menyebabkan kita terpaksa membahagi tugas utama sebagai ibu dan isteri yang peranan utamanya adalah dirumah sebagai pengurus rumah tangga. Suami juga wajib memainkan peranan penting apabila isteri terpaksa berkerjadan pulang ke rumah dengan keadaan penat perlu pula melakukan kerja rumah yang tidak berhenti tugasnya.

Gerun juga mendengar statistik yang dibacakan. Sudahlah nak kahwin susah tapi ada yang bercerai tak sampai sehari perkahwinan. Apa nak jadi dengan kita dan masyarakat kita? Nampak teruk sangat masyarakat kita ni dengan statistik yang dikeluarkan.

Apabila ZINA lebih mudah dari NIKAH
Apabila lafaz CERAI lebih mudah dari NIKAH

Semoga Allah menganugerahkan cinta dihati kita dan kita terus bahagia dan membahagiakan. 
Semoga cinta kita mendapat redha dan membuahkan cinta yang medalam kepada yang ESA. 





No comments:

Post a Comment