![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_VPfFg7ru8_31y-lMneUVQ8uAP_mE2eXb8kJM5K5FsUPqscgyHYS6jigZRDFMl3JXg0KmD3NR94O6bnaUPDzoQf5JbcclqV9Cl3vn811LKzQ1KXXm0Y11EjvtRnFfyIMRIY8qiH653RY/s200/healthy_earth.jpg)
SIAPA YANG BERTUAH KERANA EARTH HOUR?
Gelap-gelap ni memang susah nak wat kerja tapi ada orang yang memang suka wat kerja dalam gelap. Tentulah gelap ni perkara paling best bagi penzina, perompak, dan semua kategori pemaksiat yang suka dan senang buat kerja dalam gelap. Betul ke tak? Mustahil atau tak 9 bulan lagi berlambak lah juga anak zina yang tak berdosa terbunuh dalam longkang, digigit anjing atau terjumpa dalam semak. Ada tak orang keluarkan statistik peningkatan jenayah ketika earth hour? Bayangkan juga apabila earth hour dijalankan lampu-lampu di taman ditutup?
JOM SELAMATKAN BUMI
Setiap bulan bil elektrik rumah kami ialah RM35-40 dan bil air kurang RM10. Sebab kami memang mengamalkan apa saja yang boleh untuk berjimat. Benda yang saya dan suami lakukan ialah tidak kira apa perkakasan elektrik, selepas habis guna tutup suisnya. Jangan biarkan suis on walaupun sudah siap guna. Contohnya heater dan cooker. Walaupun sekiranya saya tidak menutup suis, air takkan terdidih kembali tapi arus elektrik tetap mengalir. Sekiranya ada kerja di komputer yang ambil masa lama tapi kita tak duduk depan kompter contoh proses defragmentasi off kan monitor/skrin laptop supaya jimat elektrik. Lampu dan kipas pula buka di tempat yang diduduki sahaja. Basuh baju ketika mesin basuh ketika benar2 penuh. Basuh kereta guna air yang ditadah, bukan air paip yang mencurah-curah. Dan beruntung juga sebab tekanan air di kawasan taman permai sedikit rendah jadi memang bercinta juga nak guna air. Suami saya dapat melakukannya dengan istiqamah. Atas dorongan dan kesungguhan beliau saya juga mengikut untuk sama-sama menjimatkan elektrik.
KAMI RECYCLE
CLOTH DIAPER & CLOTH PAD.
VIVA DAN RUMAH BERWARNA PUTIH
Dulu sembang sembang dengan kawan dia juga cakap jika kita semua mengecat rumah dan memakai kereta yang berwarna putih kita akan menyelamatkan usia bumi untuk beberapa tahun. NASIB BAIK KAMI BELI KERETA KALER PUTIH..kiki kebetulan..tapi OKLA. Pasni second car akan berwarna putih dan cerah..
Oiii, Bad manners you throw away rubbish on the road!!!
Kadang sesetengah orang main baling je non-biodegradable sampah ke luar kereta. Kalau jumpa orang macam ni hon satu kali dan tunjukkan sign thumbs down kat dia. Ia adalah perlakuan yang sangat memalukan.
Satu lagi yang saya tak faham di sekitar tempat tinggal saya iaitu parit raja yang disayangi ini ialah ada orang yang membuang bungkusan sampah rumahnya di jalan yang mana majlis pembandaran tak kutip sampah. Sampah tu dari gemuk hingga larva berjaya bertukar menjadi lalat dan kempis tinggal sisa yang tak mereput. Kalau setahun, setahunlah dok kat situ. Takkan kami nak kutip dan siapa nak kutip. Orang yang buang sampah tula patut tahu kat mana dia patut buang sampah. Saya masih tak faham sebab bukan satu lokasi tapi ada beberapa lokasi yang orang letak je sampah rumah mereka di tepi jalan. Masalahnya di jalan yang takda rumah. Tepi semak dan tepi ladang kelapa sawit..Kenapa ye????
Apapun biarlah kempen Earth Hour ni betul2 berkesan. Jangan pula niat kita untuk menyelamatkan bumi dan memberi kesedaran, tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah perkara yang memusnahkan dan mengundang petaka kepada bumi kerana kemaksiatan yang berlaku. Ia sepatutnya adalah satu usaha berterusan supaya persekitaran kita kekal bersih dan aman.
No comments:
Post a Comment