Saturday

Bukan Susah nak Buang

Hari ni ke Empangan Machap lagi. Seperti biasa bersarapan di situ. Ammar masih tidur dan Umar seperti biasa seronok apabila sampai di sana.

Kalau pandang ke empangan angin dan olakkan air memang menyegarkan. Tapi bila menjeluh ke bibir empangan dan pusing mengadap ke hutan rasa marah timbul. Huh, susah sangat ke nak buang sampah? Kalau dah tau tempat tu takda tong sampah bukan susah juga nak bungkus sampah2 tu semua dibawa balik dan buang ke dalam tong sampah di rumah. Sikap yang kotor dan mengotorkan. Dari cantik dah jadi tak cantik tempat tu. Minggu-minggu sebelum ni datang SPENDA pun ada. APA KORANG BUAT KAT SITU HA???? Wah berasap kepala melihat sampah terlarang itu. Ada juga rungutan pemancing yang datang mengatakan ikan dah susah nak dapat.

Ikan on ikan kenapa kau taknak timbul?
Macam mana aku nak timbul sampah banyak sangat
Sampah oh sampah kenapa kau banyak sangat?
Macam mana aku tak banyak Manusia dah takda adab.
Manusia oh manusia kenapa kau tak da adab?
macam mana aku takde adab aku bodoh sangat

Huh. memang geram. Bila banyak sampah lalat pun banyaklah juga. Bila makan roti canai abang depan UTHM ni datang lalat dok tumpang sama. Takpala rezeki hang lalat. Tapi bila tengok sampah-sampah tu memang geram. Bukan susah nak bungkus sampah-sampah tu untuk di bawa balik. Tak berpeluh pun. Balik nanti humban sajalah ke dalam tong sampah.

Cakap-cakap dengan suami, cadangannya untuk mengajak kaki pancing atau bila anak dah besar kami gotong royong membersihkan kawasan tapi bayangkanlah siapa nak kutip sampah-sampah tu sebab saya sendiri merasakan...

ooo Hampa yang buang sampah kami pulak nak kena kutip
besok hampa datang, hampa buang lagi!!!

Senang la macam tu kan. Sebab nanti ada sekolah ke, organisasi ke, universiti ke wat kerja sukarela datang kutip sampah manusia tak beradab ni. Ohh please!! Just Clean You Own SHITTTTT...Hmmm Memang Marah!

1 comment:

  1. Shit in shit out...so what do you expect? Susah sangat ke nak jaga sampah sendiri? kalau takde town board pun, kalau kita tak buang sampah merata2, tak kotor mana pun...just daun2 n dahan2 sekah jek....ni dgn disposable diapers, kertas akhbar, plastik dan segala macam mak nenek ada.... letih la ini macam....

    ReplyDelete