Monday

Rutin Hidup Yang Baru

Kini sudah hampir 3 bulan saya menjalani hidup dengan rutin yang baru. Alhamdulillah saya gembira dengannya walaupun hidup saya hanya berkisar dengan Suami, Ahmad Umar, Muhammad Ammar dan Thesis. Setiap hari melakukan benda yang sama tetapi ia adalah satu kepuasan terhadap diri. Pada mulanya keputusan untuk menyiapkan thesis di rumah berbaur dengan pelbagai tanggapan dan prasangka terhadap kemampuan diri, perasaan terhadap orang lain, keperluan perkakasan dan pengurusan masa di rumah. Tapi alhamdulillah semuanya lebih teratur berbanding bila di AMMC dulu.
Setiap hari, seperti biasa bangun pagi, membersihkan diri dan terus solat pada jam 6.30pg. Setelah siap solat masukkan Cloth Diaper dan baju2 anak2 ke dalam beg, basuh botol susu dan siapkan bakul susu untuk dibawa ke taska. Kemudian masak oat yang tak sampai 5 minit siap. Bila dan masak, masukkan dalam bekas untuk suami bawa ke pejabat sebagai sarapan. Tengok keadaan kalau ada lauk2 lebih semalam, dijadikan lauk bersama oat, kalau tak masukkan susu saja sebagai penyedap rasa. Jika ada masa, siapkan bubur untuk anak2. Untuk Umar bubur terus masuk ke dalam bekas. Untuk Ammar pula kisar terlebih dulu dan kemudian masukkan ke dalam bekas. Bila abang siap seterika bajunya dia akan kejutkan salah seorang anak untuk tukar Cloth Diaper dan basuh kencing anak. Tengok keadaan kalau anak bangun dulu, siap anak-anak dulu. Kalau belum bangun siapkan yang lain. Bila semua siap, anak-anak terus dimasukkan ke dalam car seat masing-masing. Rutin wajib kepada mereka setiap pagi ialah apabila mereka bangun ucapan Assalamualaikum mesti diucapkan dulu pada Ahmad Umar dan Muhammad Ammar dan sebelum ke taska, mesti mencium dan memesan kepada anak-anak supaya duduk ditaska elok-elok dan dengar cakap ibu, cik ina dan cikmah. Pesanan mesti elak kata-kata negatif seperti jangan nakal, jangan pukul kawan. Tapi tukar dengan kawan baik-baik, dengar cakap ibu, cik ina dan cikmah. 
Bila anak dah ke taska dan suami ke pejabat, perkara rutin setiap pagi ialah sejam diperuntukkan untuk mengemas rumah dan sarapan. Pukul 9 terus melekat di kerusi dan mengadap laptop sehinggap jam 12. Jam 12 mula memasak dan tunggu suami balik untuk makan tengahari bersama-sama pada pukul 1. Selesai makan solat zuhur dan pukul 2.30 akan melekat semula di kerusi menyiapkan kerja sehingga pukul 5. Setiap hari mesti pastikan asar sebelum anak-anak balik ke rumah. Pukul 5 tutup laptop dan tunggu anak-anak dan suami pulang. Bila anak-anak balik kerumah, layan anak-anak seketika dan kemudian memasak untuk makan malam dan waktu malam adalah masa berharga untuk anak-anak dan suami. Alhamdulillah saya lebih suka memasak sendiri kerana saya tidak suka makan diluar kerana beberapa sebab. 1. pelaris yang boleh menutup mata hati 2. kebersihan yang diraguai. 3 Halal dan toyyibah??? 4. Mahalnya nak makan di luar. Sikit saja dan tak kenyang pula. Makan dikedai hanya kedai terpilih. Kalau terpaksa di kedai lain jenuh untuk menelannya. Sebab tu penat macam mana pun mesti masak.  Ia bukan satu masalah pun tapi ia satu kepuasan yang besar bila anak-anak dan suami makan masakan dengan air tangan sendiri. Alhamdulillah. Inilah rutin setiap hari. Jika ada keperluan ke UTHM saya akan ke sana. Tetapi jarang sangat. Cuma saya rasa seronok dan bahagia dengan keadaan sekarang. Saya lebih pandai mengatur masa dan tidak terkocoh2 di waktu pagi menyiapkan lunch dan sarapan. Malah saya boleh menjaga hati dan menggunakannya secara tidak salah. Tidak ke UTHM pun tidak bermakna tiada kawan. Alhamdulillah Allah hadiahkan kawan-kawan yang baru dan allah beri jiran sebelah rumah yang baik. Walaupun rutin ini mungkin kedengaran bosan tapi saya bersyukur kerana ia TIDAKLAH TERUK PUN. Malah banyak perkara-perkara yang membahagiakan hadir. Tiada lain ucapan hanya melainkan Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment