Wednesday

GEN-M! GEN-M! GEN-M!

Apa benda la GEN-M tu. Nila salah satu part dari 3 bahagian skop kajian saya. GEN-M ni satu software yang applikasinya untuk menjana kod/program STEP-NC. Mula-mula susah sangat nak mula dan buat software ni. Minda pula sudah terblok dengan perasaa saya tak punya pengetahuan asas terhadap bidang pengatucaraan komputer. Penatnya masa mula-mula nak buat. Minda saya betul-betul gagal meletakkan dan mempelajari logik pada setiap kod pengatucaraan komputer yang dipelajari. Ke hulur ke hilir pun tak banyak mendapat bantuan. Ada yang menolak, Ada yang cuba membantu walaupun mereka juga blur tentang apa yang saya nak buat sebab saya pun BLURRRRRR..haha!

Tapi saya sangat berterima kasih kepada SUPERVISOR, ENCIK HELMI, PUAN HAFIZAH dan PUAN MARIAM. Mereka sangat berusaha untuk membantu. Walaupun sedikit ia tetap membangkitkan semangat dan menambah pengetahuan.Paling saya berterima kasih tentulah SUAMI saya yang terus memberi semangat dan mengajar coding-coding yang dia ingat. 

Mula-mula saya kebuntuan. Saya gagal menggabungkan logik dalam mempelajari pengatucaraan komputer. Susahnya untuk dikaitkan antara satu sama lain. Saya juga tersilap sebab saya lupa yang saya boleh menghadiri kelas2 walaupun saya pelajar research. Dah last-last sem baru TERSEDAR. APALA!!!!
Jadi saya pun nekad belajar pengatucaraan melalui YOUTUBE. Banyak sungguh guru di YOUTUBE..hihi..

Alhamdulillah makin banyak tengok makin terang pulak hati ni. :) Saya berjaya menyiapkan perkara yang menjadi kebuntuan saya selama ini. Insyaallah telah mendapat idea-idea untuk menyiapkan GEN-M. Tapi yang kelakarnya last minute barulah nak RETI. Huh..Pastu saya ingat progress report kena hantar 31 March. Bila bukak notis edar, Ahlamak 25 march ke...Huhu..Saya kena siapkan semua dan tunjuk pada SV. Harap sangat dia puas hati dengan pogress setakat ini. Huh malu sebab jarang jumpa dia sebab taktau nak tunjuk pe benda progress..

Alhamdulillah dapat juga ilham walaupun di akhir2. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment