Beberapa hari yang lepas suami pergi beli burger kat burger lori depan welward. Kebetulan jumpa kawan di sana. Bila suami balik rumah dia ceritalah kawan dia usik dia beli burger. Sebab belum makan apa2 lagi untuk dinner, suami pun nak bergegas balik. Lagipun dia tak pernah melepak diluar sebab kasihan saya menjaga anak-anak seorang diri di rumah. lagipun kami sendiri berasa janggal bila kemana-mana tidak berdua. Suami mithali di hati saya la kiranya dia ni. Tapi bila nak balik je kawan dia pun mengusik la.
"Takkan dah nak balik, malam jumaat dah lepas la"
kata kawan tadi yang kebetulan hari ni dah malam sabtu
"takpala, aku kena balik, sian bini aku jaga anak kat umah sorang-sorang, lagipun belum makan lagi ni" balas suami pula
Suami balik umah dia ceritalah kat saya. Saya tersenyum tapi cakap juga pada suami "malu ayang tau". Sebab saya tak berapa gemar perkara-perkara lucah dan melucahkan ni.
Masyarakat melayu memang banyak perkara malam jumaat ni. Dari hal jimak, baca yasin, cerita hantu, berubat dan macam-macam hal lagi. Sememangnya hari jumaat adalah hari yang mulia dan penghulu segala hari. Orang-orang lama mengangkat hari ini dengan pelbagai ibadah-ibadah dan aktiviti yang baik. Tapi apabila turun temurun diperlakukan yang menjadi kesalahan kita ialan menetapkan hari jumaat itu "wajib" untuk sesuatu perkara. Yang nilah jadi tak boleh dan berdosa.
Sebenarnya dalam islam masih ada kekhilafan terhadap sunat bersama pada malam jumaat ni. Ehh, takpalah saya takmau ulas pasal ni tapi yang sebetulnya buatla malam apapun, memang dapat pahala. tak payah nak tunggu sunat ke tak sunat. Dah kalau zina berdosa pastinya bila berkahwin hubungan intim tu pahala la. Kalau kita faham bagaimana perkahwinan ini dapat memberi pahala mesti orang dah tak obses malam jumaat ni. Bukan saja bersetubuh suami isteri dapat pahala. Pegang tangan suami dan isteri pun dosa-dosa kecil hilang mengalir melalui celahan jari. Memandang wajah isteri dan suami dengan suka dan berkasih sayang juga mendatangkan pahala. Bergurau senda pun dapat pahala. Bila berkahwin banyak benda yang mendatangkan pahala. Cuma nak tak nak saja untuk kita mengejarnya. Kalau kita tak sedar semua tu pahala sebab tulah ada yang merungut berlebih lebihan.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ".....dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".
Para sahabat bertanya:Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?Nabi menjawab:Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa? Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala.
Hadits Riwayat Muslim.
Para sahabat bertanya:Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?Nabi menjawab:Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa? Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala.
Hadits Riwayat Muslim.
Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".
No comments:
Post a Comment