Showing posts with label Encik Saiful. Show all posts
Showing posts with label Encik Saiful. Show all posts

Saturday

Sabar

"Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya."
"Sabar itu sebahagaian daripada iman"

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

"Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran."
Dan kata-kata yang paling indah, memberi inspirasi dan menyentuh hati yang saya jumpa setakat ini ialah kata-kata arwah nafastari buat isteri yang dinamakan Mawar.

"SABAR ITU INDAH, MAWAR"

SABAR, SABAR, SABAR...bukan sesuatu yang mudah..ia perlukan latihan. Dalam hidup, saya boleh bersabar dengan kerenah anak-anak tapi kadangkala tak sabar dengan kerenah suami (saya cepat merajuk-rajuk). SABAR SABAR SABAR...

Pernah satu malam saya merajuk dengan suami. Inilah kelamahan saya iaitu cepat terasa hati.  Tapi kelebihan suami saya dia akan memujuk. Nanti keluarlah lawak-lawaknya yang tidak disangka-sangka. Tapi kadangkala ego sendiri saya tidak makan dipujuk.

Dan saya bukan orang yang kuat beleter. Saya selalu cakap dengan suami abanglah paling beruntung sebab kalau abang macam ni tentu abang sudah dileter seperti sipolanah terhadap suaminya sipolan. Tapi keburukkan saya ialah merajuk dengan DIAM...Walaupaun tiada kata pedas, diam dan tingkah saya dikala saya tidak sabar itulah memakan hati suami barangkali. 

Cakap pasal beleter saya bukan orangnya. Acapkali saya nak marah anak-anak dan suara mula naik, terasa separuh tenaga hilang. Bila cakap satu statement marah saya akan keluar ayat kemudiannya "Ummi penatlah nak cakap banyak2." dan kemudian berhenti bercakap. Sebab masa marah dan nak beleter tu rasa dah penat sangat" 

Kembali dengan cerita pada suatu malam itu, Saya sudah pun siap mentanak nasik, dan lauk. Kami sekeluarga keluar selepas magrib untuk membeli barang dan balik nanti baru makan. Terus saja balik saya ke dapur untuk goreng telur dadar dan hidang makanan. Suami menjengah saya dan dia cakap "Ingatkan balik boleh terus makan". Dan saya jawab "Sikit je lagi eh"

Kemudian saya cuma diam tapi betullah mak saya kata kalau saya marah, marah saya nampak dimuka. Saya faham maksud suami sebenarnya..Dia cuma cakap saja tapi hati jahat saya berbisik " Abang ni kenapalah cakap macamtu, ayang balik tadi terus masuk dapur" sedangkan saya faham yang abang cuma cakap je..

Kemudia abang perasan muka saya dah lain dengan DIAM..abang pun tanya,

"Abang baru perasan yang abang cakap tadi boleh jadi dua maksud, ayang faham macam mana?"
"Takpa-takpa Ayang faham"
"Tapi ayang macam lain je. ayang faham maksud pertama atau yang kedua"
"Ayang faham yang pertama tapi ayang je yang terasa"
"Jadi ayang faham yang kedualah, Sorrylah"
"Tak-tak ayang faham yang pertama, i know you"
"Alah, tapi ayang terasa tu, ayang faham yang kedualah..atau ada yang ketiga"
"Kalau ada yang ketiga itu adalah SYAITONNNN" seloroh saya kepada suami dan akhirnya saya ketawa dan "TERASA" tu terus reda..


Teringat tulisan Ustaz Hasrizal dalam kemunculannya kali pertama di ANIS tahun ini. Tulisannya Kerana Mereka Adalah Suami Isteri. Kadangkala kita tulis yang baik2 orang anggap kita menunjuk kitalah keluarga yang paling bagus tapi bila nak tulis masalah pula nanti cerita keburukkan pasangan. Itulah, Kerna mereka adalah suami isteri.

Saya dan suami lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Antara sabar dan tidak sabar rumahtangga ini penuh rencah pedas tapi rasa pedas itu buat kita crave for more to be sad, happy and laugh together. Bergaduh, bergaduh juga tapi acapkali memikirkan dia mungkin pergi dulu saya sudah rasa kepatahan sayap diri sendiri. Membaca blog mawar nafastari dan menyelami hatinya, saya selalu ingat saya harus menghargai the beautiful of the imperfection of my husband sebab jika dia hilang tiada masa yang dapat dikembalikan untuk memenuhi apa yang tidak sempat ditunai dan dilakukan..Tapi itulah SABAR SABAR SABAR yang memerlukan LATIHAN....

Sunday

Sambung Mengecat Taski Al Huda : Umar and Paint Brush

Alhamdulillah semalam dan cat bahagian dinding yang dah disembur air untuk hilangkan cat mural yang lama. Insyaallah aktiviti akan bersambung minggu depan pulak.

Umar pun sibuk nak tolong cat jugak. Mula-mula malas nak bagi dia tolong..Ya la nanti abis kotor baju dan tangan. Tapi lepas fikir fikir saya bagi juga dia satu berus cat. Biarlah kotor tapi boleh kembangkan minda dia dengan banyak aktiviti.

Bila anak-anak duduk diam buat aktiviti sendiri seperti membaca, main sendiri, main ngan blocks bolehla saya tolong cat. Alhamdulillah, anak-anak tak meragam. Kadang-kadang ganti dengan abang jaga anak bila penat. Seronok juga buat aktiviti ni bersama keluarga.

Tapi Ahmad Umar bila cat terkena tangan dia, mulalah menangis suh basuh. Dia dah geli..kihkihkih..Last last mana nak larat ulang basuh, main lap kat baju je la..:)

Just nak kongsi gambar Umar dan Ammar masa aktiviti cat mengecat ni..Moga aktiviti ini adalah tarbiah untuk sikecil, umi dan ayah juga...

Monday

Abang Kahwin Lagi!!!!!

 Dalam Mimpila!!!!

Semalam bangun dengan tahi mata penuh kat mata sebab menangis dalam mimpi. WOHHAA!!!!! Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya menangis, tapi hati saya sedih sebab suami saya berkahwin lain. Ini bukan mimpi pertama tapi sudah banyak kali. Saya TAK PERCAYA pada mimpi tapi mimpi saya seringkali terpengaruh dengan hidup seharian. Contoh kalau saya susah hati, bersedih akan datang mimpi dalam bentuk ketakutan seperti hantu atau kepenatan dengan larian yang panjang. Kalau saya akan mendapat kejayaan akan datang mimpi lautan, gunung dan pantai yang cantik. teringat SPM nak keluar resul saya mimpi laut yang cantik tapi pantai ada sampah. Rupanya result SPM saya cuma 4A, 2B, 3C, 1D. Mungkin mimpi malam tadi sebab saya tidur dengan perasaan tidak puas hati kat abang. hihi. Tapi saya dah minta maaf dah kat suami. Saya sendiri pun dah tak ingat kenapa saya tak puas hati. Kenapa eh? Tapi setiap kali tertarik muka 14 kat suami, kalau suami bergurau tidak memaafkan, susah hati saya sebab komfom amal saya Allah tak terima sampailah suami saya redha. 

Mimpi saya tu, saya izin suami saya nikah lain tapi kat penghujung mimpi tetiba hati saya begitu sedih dan saya ingin meninggalkan suami. Saya tertiba merasakan begitu pedih. Suami saya dipaksa untuk berkahwin lain..

Pagi, bila buka mata dan suami juga bangun dan memandang saya, saya terus cakap pada suami "semalam ayang mimpi abang kawen lain". Suami hanya ketawa. Pastu melelapkan mata sekejap mengambil semangat untuk solat. Bila bangun saya masih teringat mimpi semalam. Saya tampar lengan suami, mula2 dia kebingungan tapi kemudian dia ketawa panjang sebab tahu saya masih terpengaruh dengan mimpi dia kahwin lain.

Kelucuan ini berpanjangan seharian. Hingga kan menjadi modal untuk berlawak antara satu sama lain. 
" Ohh abang tu, senyap-senyap je kawen lain eh DALAM MIMPI ayang"

Hakikatnya, saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menghadapi jika Allah datangkan jodoh yang lain padanya. Saya sendiri terkapai-kapai memikirkannya. Ia adalah situasi yang begitu kompleks. Walau hari ini suami cakap bukan mudah nak bina keluarga kedua tapi kuasa Allah siapa tahu. 
Ustaz Kazim kata banyak dosa yang dilakukan wanita adalah bantah hukum Allah. Jika suami mampu dari semua segi Isteri takleh bantah. Kalau bantah, ia bantah hukum Allah. Kecuali isteri boleh bukti ketidakmampuan suami saat itu baru isteri boleh bantah SUAMI KAHWIN LAGI. Tapi jangan bantah hukum. Masa depan hanya Allah yang menentukan. Saat itu jika Allah sampaikan saat-saat sebegini, hanya diharapkan Allah titipkan redha dan kehidupan yang baik. Amin.

Thursday

Suamiku Terpengaruh Dengan Drama Dan Filem

Semalam Kak Nurul post topik pasal Trilogi Cinta. Dia minat benar cerita tu. Saya mula-mula teringin nak tengok tapi sebab suami tak suka tengok saya pun tak tengok. Lama-lama pun tak tertengok. Teringat cerita Nur Kasih, masa mula-mula ditayangkan saya hanya dapat tengok ketika episod ke enam. Suami pula dapat menengok dengan jayanya ketika bulan puasa bila siri ulangan semasa waktu bersahur. Cerekarama lagi lah jarang tengok. Tengok yang lucu-lucu je.

Hihi kenapa ye, saya cerita pasal emosi dan pengaruh perasaan suami saya bila menonton tv atau filem. Sepanjang hidupnya jarang sungguh dia nak tengok cerita sedih. Dia akan mengelak untuk menonton.  Dia akan terpengaruh dengan setiap emosi yang wujud dalam tv/filem. Tapi sebenarnya sikap terpengaruh dan emosinya itu adalah perkara paling COMEL dalam membuatkan saya jatuh cinta padanya sekali lagi. Boleh ke ayat ni??? Bolehlah..

Kenapa, bila dia tengok cerita gaduh perempuan ke, mertua menantu ke, fitnah fitnah ke dia akan marah, tapi marahnya kepada cerita di dalam tv/filem ia satu kelucuan. Tapi kalau cerita tu sedih dia akan sedih dan menjadi marah. Nanti dia marah orang yang berlakon dalam cerita tersebut. Suami pernah cakap yang dia tak suka cereita sedih sebab dia tak suka bersedih. Ia boleh menganggu perasaannya untuk beberapa minit atau beberapa jam. Dia tidak menunjukkan emosi, tapi ia bermain di dalam pemikirannya kerana kisah kisah hidupnya yang sendiri.

Bila tengok filem aksi pula dia sendiri akan berdebar-debar. Pernah satu ketika dia menjerit ARGHHH kenapa tak dapat itu ke, ini ke. Kejutan itu satu kelucuan. Dia sendiri akan berkata cerita ni buat abang yang  berasa penat, berdebar debar, dan tercungap-cungap. Bila saya tekap telinga di dadanya memang jantung dia berdegup kencang. :) Bukankah sangat comel...:)?

Bila dia melihat aksi romantik dan manja di TV/Filem. Suami saya akan mengambil bantal atau kain yang dapat dicapai, menutup muka dan membiarkan mata saja yang nampak, itu adalah satu KECOMELAN yang amat.

Saya pun taktahu kenapa suami saya cepat teremosi dan terpengaruh dengan setiap perasaan di TV/Filem. Tapi keunikkan dia, membuatkan dia sangat comel...:)

Kaulah yang PALING COMEL dihatiku...

Tuesday

Lawak Malam Jumaat Itu?

Beberapa hari yang lepas suami pergi beli burger kat burger lori depan welward. Kebetulan jumpa kawan di sana. Bila suami balik rumah dia ceritalah kawan dia usik dia beli burger. Sebab belum makan apa2 lagi untuk dinner, suami pun nak bergegas balik. Lagipun dia tak pernah melepak diluar sebab kasihan saya menjaga anak-anak seorang diri di rumah. lagipun kami sendiri berasa janggal bila kemana-mana tidak berdua. Suami mithali di hati saya la kiranya dia ni. Tapi bila nak balik je kawan dia pun mengusik la. 

"Takkan dah nak balik, malam jumaat dah lepas la" 
kata kawan tadi yang kebetulan hari ni dah malam sabtu
"takpala, aku kena balik, sian bini aku jaga anak kat umah sorang-sorang, lagipun belum makan lagi ni" balas suami pula

Suami balik umah dia ceritalah kat saya. Saya tersenyum  tapi cakap juga pada suami "malu ayang tau". Sebab saya tak berapa gemar perkara-perkara lucah dan melucahkan ni.

Masyarakat melayu memang banyak perkara malam jumaat ni. Dari hal jimak, baca yasin, cerita hantu, berubat dan macam-macam hal lagi. Sememangnya hari jumaat adalah hari yang mulia dan penghulu segala hari. Orang-orang lama mengangkat hari ini dengan pelbagai ibadah-ibadah dan aktiviti yang baik. Tapi apabila turun temurun diperlakukan yang menjadi kesalahan kita ialan menetapkan hari jumaat itu "wajib" untuk sesuatu perkara. Yang nilah jadi tak boleh dan berdosa.
 
Sebenarnya dalam islam masih ada kekhilafan terhadap sunat bersama pada malam jumaat ni. Ehh, takpalah saya takmau ulas pasal ni tapi yang sebetulnya buatla malam apapun, memang dapat pahala. tak payah nak tunggu sunat ke tak sunat. Dah kalau zina berdosa pastinya bila berkahwin hubungan intim tu pahala la. Kalau kita faham bagaimana perkahwinan ini dapat memberi pahala mesti orang dah tak obses malam jumaat ni. Bukan saja bersetubuh suami isteri dapat pahala. Pegang tangan suami dan isteri pun dosa-dosa kecil hilang mengalir melalui celahan jari. Memandang wajah isteri dan suami dengan suka dan berkasih sayang juga mendatangkan pahala. Bergurau senda pun dapat pahala. Bila berkahwin banyak benda yang mendatangkan pahala. Cuma nak tak nak saja untuk kita mengejarnya. Kalau kita tak sedar semua tu pahala  sebab tulah ada yang merungut berlebih lebihan. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: ".....dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".
Para sahabat bertanya:Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?Nabi menjawab:Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa? Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala.
Hadits Riwayat Muslim.


Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Monday

Kerinduan AKu

Seawal perkenalan aku masih ragu-ragu, malah bersamanya aku masih ragu-ragu dan berjauhan dengannya pun ada keraguan....tapi yang pasti walau dekat atau jauh aku sentiasa merinduinya....

But now i feel so alone..get into my room without anything to do..there a lots of faces that i miss..miss so so much...moms...abang...adik-adik...ayah.....i couldnt stand anymore living by my self alone..i really need them..

after three weeks he go to johor i also couldnt stop this tears...every night before go to bed i will miss every word,kisses, love and all the tenderness he gave me.....this is the third time i have a fever...

my life is so routine rite now...going to work..get to home..and nothing much to do.....

arghhh.....i think i hate my life rite now....

Thursday

Wedding Picture 25-5-2008



Kisah lawak, marah dan geram pada hari kejadian, abang lupa nak bawa baju nikah....hihi...Jangan Marah ye bang..I love U..:)

Abang ni kan special.....

Kalau gurau ngan abang, mesti dia akan kata tula ayang takkan jumpa orang macam abang ni, mana ada orang macam abang....he is so special...selalu memanjakan aku dalam banayak hal..sampai kadang-kadang aku rasa kau selalu degil2 juga....memang bertuah mempunyai suami seperti dia...

walaupun masing masih lagi mencari ruang untuk belajar menangani kelemahan masing2 dia selalu sebut we complete each other dengan kelemahan2 dan kekuatan yang ada tu....

kadang2 terpikir dalam hal MIl, aku ke yang jeles....kadang2 ya jugak...tapi kadang2 pikir aku ke yang tak pandai..kadang2 ye juga...tapi kuncinya memang aku tak dapat ikut cara mil...sebab tu jadi keras hati sekarang....
bila sebut pasal mil, hati selalu memberontak, tapi mulut terpaksa cakap yang baik2 sebab takut sangat abang sedih dan kecewa..huhu...perkara yang paling susah adalah berpura2..tapi dalam masa yang sama aku belajar untuk bertenang supaya aku tak membawa pakej wanita buat abang ke neraka....

nak tahu wanita ni membawa akan buat pakej ke neraka kalau tak kena gaya...
baik ibu, isteri anak dan saudara perempauannya...huhu nila yang takut sangat2...
kesian abang kalau aku juga berkeras, mana nak layan mil mana nak layan aku...

contohnya ibu....

banyak ibu yang jadi tak rasional bila anak dah berumah tangga...berebut kasih dengan menantu..sedangkan sah-sah anak yang baik dan soleh akan selalu sayang pada ibunya..terpulang juga pada cara ibu mendidik..cuma ibu ni kadang2 jadi tak rasional bila anak2 tak mampu buat apa yang dia nak setelah dia berkahwin...bila sembang2 ngan kawan2 diorang selalu cakap alah kau pun akan jadi macam tu jugaklah esok2...tapi tengok orng lain ok saja..leh layan anak menantu sama rata.....kadang2 anak2 keperluan kehidupannya berbeza..mak ayah yang sudah stabil seharusnya berfikir supaya tidak menyusahkan anak2...bila cakap pasal ni semua orang akan melenting cakap bahawa kenapa mak leh jaga 10 orng anak, ni anak, seorang mak pun takleh jaga...

bukan takleh jaga..tapi keperluan anak dah berbeza...macam dulu kenapa semua anak2 mak boleh jaga. sebab semua kena duduk ngan mak, mak yang bagi dwet, mak yang bagi kasih sayang, bak kata semua nya mak..kebergantungan kepada mak sangat tinggi..tapi bila dah dewasa anak2 kena kerja tempat lain, ada suami isteri dan anak2 tapi bila ada keperluan ibu mak selalu takmau rasional dengan keperluan anak...contoh kalau sakit..mak dok johor anak dok kl...anak cakap ngan mak, duduk rumah saya sajalah, saya kerja susah nak jaga mak kalau mak dok kampung..tapi mak yang tak rasional dia kata aku nak kampung, kadang2 tu berkeras sangat2 tak mau ikut...jadi konflik...anak pulak terpaksa ikut keperluan kerja yang sangat ketat sekarang ni sebab nak cari dwet untuk family..last mak pula kecil hati...lantas jadilah satu pakej untuk si anak lelaki ke neraka nanti....


kemudian isteri....
macam dok kata lah, kadang2 isteri tak pandai main peranan supaya anak lelaki lebih dekat ngan ibunya...kadang2 suami dia terlupa ibunya dek kesibukan kerja..kadang2 isteri pula suka lak menghasut2 supaya jangan kenguk ibunya semua ni pun penyebab suami masuk neraka...suami yang busan, atau terlampau sayang kat isteri ikut saja cakap isteri..sedangkan mak pula berkecil hati..ditambahpula kadang2 isteri fikir keperluan di rumah,mak fikir hak dia,dua2 nak lebih,dua2 tak mau mengalah sedikit pun last2 suami yang sewel2 dok fikir macam mana nak amik hati semua....

last sekali mak yang takda suami, isteri, anak dan saudara perempuan dosa -dosa lelaki yang tanggung kalau lelaki tak ajar dan beri bimbingan....

huh berat sungguh..
ni semua pakej free untuk lelaki...

sebab tulah tengah fikir ni macam mana la nak jadi isteri yang sentiasa bertenang saja dengan kerenah mil dan sentiasa berbakti dengan suaminya....

susah jugakan.....

tapi bagi ku yang penting bagai mana kita pegang dengan agama tu..ilmu saja yang akan menjadikan kita ibu, isteri dan anak yang faboulus dan super....banyak peel manusia lam dunia ni..semuanya bergantung dengan ilmu agama yang kita ada...kalau kita punya ilmu yang cukup kita bisa meletakkan sesuatu pada tempatnya...kalau tak..kita akan jadi tak rasional malah akan emosional dalam banyak perkara....

sedih kan kalau kita sebagai ibu bapa menyusahkan anak-anak kita dengan kerenah yang tak patut....kita tetap menang tapi anak pula tersangkut amal dek kerana perasaan kecil hati kita tu.....

kena berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari.....

tapi anak janganla lupa kalau tak dapat jenguk call la selalu...buat baik lah sekadar mampu..kalau mak takleh terima dan nak lebih kita usahakan supaya lebih..tapi kalau tak mampu juga, buatlah sekadar ada.....
tapi mesti tetap buat yang baik2..jangan lupakan terus mereka.....

abang,, kalaulah ayang ni ada kelemahan untuk jadi isteri yang baik...abang ajar lah lagi...ajarlah lagi..ayang tak pernah jemu dan setia pada abang...

ayang juga akan berusaha untuk menangkan diri sendri dan semua orang......

Friday

Sunyi...

Abang ke Jb lagi..bulan ni saja boleh dikatakan tiap minggu abang ada program universiti... Dri HROD, mesyuarat skt pejabat, mesyuarat ketua2 ptj and end of the week of this month mesyuarat skt unniversiti....bak kata minggu ni abang sangat-sangat sibuk...munggu ni tiada satu weekend pun dia ada kat rumah....

selalunya bila abang nak pi outstation ni aku akan cepat2 kebalkan hati supaya tak berasa sedih...tapi bila dah dok umah sorang2 cium baju dia yang lom basuh tu pun dah jatuh air mata berbesen2...rasa sunyi...

Masa mesyuarat skt pej abang bawak prgi sana..sebab office dia bagi bawak family... yang mesyuarat ketua ptj tu petang sabtu baru pergi sebab kak ariah ngan yayah kongsi bilik jadi ada bilik kosong, depa offer la pi dok situ....minggu ni tak dapatlah pergi sebab takleh adjust bilik...lagipun kalau pi selalu nanti apa pula org kata....

tapi dok sorang kat rumah sangat2 la sungyi...kalau ada kerja pun rasa malas sangat nak wat....

hadei....abang masih kat ofis tengah angkut barang masuk storm...tapi aku kat ofis aku dah rasa rindu sangat......


waaaaaa................camana ni...?

Thursday

Rindu Padamu




Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

Monday

My First Pregnancy - Bunting Pelamin

Pernikahan kami berdua pada 25 Mei 2008. Sebenarnya baru sangatlah..belum sempat kawan2 habis ucap tahniah diatas pernikah alih on 26 Jun 2008 aku disahkan pregnan 4 weeks..hahah kawan -kawan usik ko bunting takda pelamin....

Alhamdulillah...Of course yang paling gembira me myself.....Mak dah tak sabar jadi nenek....My husband tak sabar to be ayah......

Early pregnancy ni sangat memeritkan...dengan konflik diri...masalah MIL....dan kesihatan yang terganggu....
Letih dan penat. Nak makan apa pun susah...tmbah pula kutub utara kutub selatan....kena dok johor ni satu apa pun tak kena ngan tekak...yang betul2 leh makan pisang goreng....walaupun tak sesedap goreng pisang kat utara rasanya tulah goreng pisang yang plg sedap kat parit raja ni....huhu..

sekarang my pregnancy is almost 7 weeks...belum pergi klinik lagi...During pregnancy ni kena support diri sendiri..MIL dok dekat pun tak heran....My mom Peduli tapi dok jauh pula...Mmmm rindu mak....

Harap sangat kandungan ni selamat..

Mmmm Actually now im planning to open a tadika next year...tengah cari resource sekarang....hopefully rezeki anak dan pernikahan kami menlancarkan semua rancangan....