Showing posts with label Green-Green Grass of Home. Show all posts
Showing posts with label Green-Green Grass of Home. Show all posts

Tuesday

Selamat Hari Ibu - Hanya untuk MAK

Nak pos Ahad semalam tapi atas kesibukan menguruskan rumah dan anak-anak baru disempatkan hari ni.


Hari ni HARI IBU. Walaupun hari ini dikhaskan untuk semua ibu tapi sebenarnya setiap hari adalah hari yang wajib bagi anak untuk membahagiakan ibunya. Alhamdulillah saya masih mempunyai ibu. Ibu saya saya panggil Mak. Sukar untuk digambarkan jika kehilangan Mak.

Setiap kali balik kampung atau mak datang ke rumah di Parit Raja, bila masing-masing hendak pulang, air mata akan mengalir dan saya menangis seperti anak kecil yang kesedihan. Tambah-tambah ketika Umar dan Ammar belum lahir. Ya Allah, kesedihan dan kesunyian hidup tanpa Mak sukar dibendung. Bila mundar mandir disekitar bilik mak dan adik-adik tidur, saya akan menangis dengan sendiri dan menangis di bahu abang seperti anak kecil hinggakan abang cakap belum pernah melihat saya menangis seperti itu. Malah ketika hendak berkahwin saya juga keliru dan begitu sedih hingga ada hari-hari bagaimana saya hendak menjadi milik mutlak suami sedangkan hati ni begitu erat masih memegang mak dan saya bukan lagi menjadi kemutlakan bagi Puan Mazani Binti Abdullah. Begitu sedih ketika itu.

Baru saja mengucapkan kata-kata cinta dan terima kasih buat mak sempena hari ibu buat mak yang ke 28 yang Allah hadiahkan nikmat kepada saya untuk menjadi anak kepada Puan Mazani Abdullah. Saya memang beruntung. Memang mak juga bukan insan sempurna. Tapi mak tak pernah berpaling dari anak-anak malah mak sentiasa positif terhadap anak-anak. Mak tak pernah cakap bodoh, tuli atau mencarut dihadapan anak-anak. Mak selalu sebut "mak takut kata-kata mak menjadi nyata". Waima, apabila kami anak-anak sendiri menyebut AKU ketika bercakap sesama adik beradik mak akan terus marah dan pukul kami atas kesalahan itu. Lekat dalam ingatan saya bila saya mencarut BABI mak mencili mulut saya dan ketika saya bermain pondok-pondok dan menggunakan bahasa AKU kerana konon ketika itu kami ni kawan, mak terdengar dan terus hantuk kepala kami ke dinding. Nampak cam dera je kan?? Tapi zaman dulu dan zaman sekarang bila pukul natijahnya tak sama. Natijah sebab pukulan tu kami ingat benda tu tak leh dibuat dan kami tak pernah dendam malah tak pernah sakit hati pun bila teringat. Bila cerita semula ngan mak dan adik-adik ia hanya menjadi bahan ketawa sahaja.

Mak yang saya miliki ini memang bukan seorang yang sempurna, tapi mak adalah seorang ibu yang sejati. Untuk beprangsangka dnegan anak-anak dan menantu tidak mungkin sama sekali. Jika saya bertanya tentang kesilapan adik-adik atau ipar yang saya nampak mak hanya membela dan mak takkan lansung mengeluarkan sebarang cerita. Dia hanya berkata "tiada apa", "Mak ok saja" dan semuanya cuba disembunyikan supaya tak muncul rasa yang tidak enak dikalangan ahli keluarga. Bila kami memohon maaf terhadap salah, mak akan sebut "mak maafkan dna memeluk kami dengan erat". Hinggi kini mak takkan pernah meletakkan kami disituasi kami dalam keadaan kami anak derhaka walaupun saya tahu dari kecil hingga kini saya pernah melukakan hati mak. Jika diingat-ingat saya nak padam atau berundur ke masa lampau untuk mengubahnya.

Mak bukan insan yang kamil, tapi sebagai ibu dia sudah cukup mithali. Jika nak tulis bertapa panjang lebarnya yang saya ingin ungkapkan kesejatian Mak sebagai IBU. Mak seorang yang sabar. Dia kan menjadi marah sehinggalah kami adik-beradik betul-betul membuat perkara yang betul2 teruk. Mak tak pernah cerita pasal orang. Tak pernah ngumpat-ngumpat orang walau acapkali dalam hidupnya pernah saja ada yang menganaiya dia tapi dia tidak pernah marah, membalas dan bercakap tentang hal-hal itu. Jika saya marah tentang hal orang yang pernah menganaiya kehidupan kami dia akan berpesan kepada saya "Takpa kak, jika kita manusia tak mampu balas setiap kedukaan itu didunia, Allah tetap ada". Mak yang ku kenali beginilah. Dia ada ego, pemikiran yang tersediri dan konservatif. Bercampur baur dengan pemikiran kecikguan dan kemodenan yang sedikit.

Paling rindu ialah alunan alquran setiap pagi. Apbila balik ke kampung, suara mak membaca alquran adalah penangan dan halwa telinga yang amat dirindu. Aura mak sangat kuat mungkin, bila mak melangkah masuk ke bilik untuk mengejutkan saya dari tidur jarang betul mak perlu menggerak dengan kuat tapi sebaik melangkah masuk ke bilik selalunya saya terus terjaga dan bila buka mata mak ada dalam bilik.

Saya memang tak berapa suka berkawan ramai-ramai. Sebab saya seorang yang hanya akan berkawan dengan seorang atau dua yang hanya benar-benar rapat. Malah akan lebih meluangkan masa dengan mereka saja. Ketika remaja hingga hari ini Kak Long Nurul Hudalah yang paling rapat dengan saya. Tapi seumur hidup ini Mak ibarat kawan. Mungkin budak perempuan lain lebih senag berbincang tentang haid, mengandung, dan pakwe makwe dengan kawan-kawan tapi saya semuanya saya cerita dengan mak. Mak akan dengar dan guide satu persatu. Mak memang konservatif tapi bila mendengar apa yang saya dan adik-adik cerita, mak takkan terus marah atau menyangkal tapi mak nasihat dengan betul dan mengikut pengalaman hidupnya yang pernah dilalui. Beruntung bila mak sudi mendengar semuanya.

Saya tak pernah berjauhan dengan keluarga ketika saya remaja. Hidup saya ketika masih remaja akan jadi caca merba bila berjauhan dengan mak,ayah dan adik2. Ketika tingkatan 1 saya gagal membawa diri bila sekolah di asrama. Saya mendapat tempat tercorot di dalam kelas dan menangis setiap malam sehingga dipanggil cikgu ketika perhimpunan pagi dna perhimpunan asrama. Ada saja kesilapan-kesilapan yang saya lakukan. Tapi bila saya balik ke langkawi. Duduk dengan keluarga. Keputusan saya naik mendadak. Bukan saja dapat top 5/10 dalam kelas malah pernah capai beberapa subjek terbaik dalam tingkatan. Bila dapat ke universiti ayah terpaksa membayar bil telefon maxis sebanyak 400 ringgit sebab saya telefon mak dan ayah setiap hari. Sepanjang masa belajar duit banyak habis untu makan dan telefon mak dan ayah.

Mak engkaulah ratu sanubariku.
Mak aku seringkali melukakan hatimu
Mak aku tahu aku berdosa dengan kata-kataku
Mak aku tahu aku seringkali menyusahkanmu
Mak aku tahu aku masih terumbang ambing untuk mencapai gelaran anak yang benar soleh dalam olang oleng ombak hasutan syaitan dan ketidakmatanganku.

Tapi aku tahu mak sentiasa mendakapku
Mak akan sentiasa menerimaku
Mak yang ku kenal cukup sabar dengan kerenah anak-anaknya yang berbeza setiap satunya.
Malah aku tahu kejayaan-kejayaanku hingga hari ini adalah doa-doamu yang tulus.
mak selalu berpesan "walau jau mana kita berada jika hubungan ini didasarkan kerana Allah pasti tetap berasa manisnya"

Banyak sangat nak cerita tengtang mak. Seperti anak yang lain pun pasti membanggakan ibunya dengan cara yang sendiri. Begitu juga saya, Terima kasih mak kerana saya beruntung dilahirkan sebagai anak kepada PUAN MAZANI BINTI ABDULLAH dan ENCIK ZAMRI TAN ABDULLAH.

Ya Allah kau jauhkanlah Mak dan Ayah dari tersentuh api nerekamu. Kasihani dan maafkanlah kecuaian mereka kerana mereka banyak berjasa kepada kami. Mereka telah menjaga kami dengan baik dan berpesan tentang agamu dengan seadaanya. Apmunilah mereka dan bahagiakan mereka didunia dan akhirat. Amin Amin Amin.

Saturday

TQ Mak


Last day I just had a conversation with Mak.  We had a long talk as my handset cannot be charged and so it can’t be turn on for a week.  Usually, I called my Mak 2 or 3 times a week.  When I failed to do this, it feels like I am missing something.  I told Mak how I feel inside my heart right now.  She asked me what my first intention of writing the entry?  If nothing evil, but only good purpose just do well on my life.  Don’t bother something that might make me confuse and doing wrong.  Just believe on my purpose.  She told me that the only mistake that I’ve done is not be patient enough. I shouldn’t explain anything.  Just ignore any accused and believe what I want to do as long as it is right.  For now, she reminds me, whatever happen just keeps the silaturrahmi in my own way.  Pray for their happiness and help them when needed.  Don’t show my angry emotion when meeting them.  Mak also remind me to improve myself and my own family.  Obey Allah and try to live happily.  At last Mak’s advice is always the best. Thank You, Mak. I know and realize what you’ve said but my unstable feeling make me sad.  Your word is always like a pouring rain that calms my heart.  I LOVE YOU

Wednesday

Asam Jawa - Sentimental Gift from Langkawi

Mengingatkan zaman kecilku bermain di rumah Wacah dan Pakman sangatla menyeronokkkan. Aku inah, ida, ati, kin dan uddin semuanya membesar di depan mata wacah dan pakman.
Wacah dan Pakman lansung tiada talian darah tapi hubungan dengan mereka amatla besar dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

halaman umah wacahla tempat kami bermain. main kejar2, polis entry, jengket2. dan macam2 lagi. kat beranda lak kami main batu seremban. kalau pakman dok atas buaian dia, kami sibukla berebut cari uban pastu dapat upah sorang seringgit. Yeeayyy!!! bayangkan tahun 1997 tu nilai RM 1. Besar woooo.....

wacah ada banyak pokok asam. Pastu ada pokok bacang. Dalam kebun getah Wacah ada pokok setoi. Kat pokok asam tula kami main panjat2. ..

Wacah & Pakman adalah pengasuh kami adik beradik. Dibaratkan seperti ahli keluarga sendiri sebab mereka tidak mempunyai zuriat. Siang Wacah jaga kami, malam pergi mengaji plak. Antara rumah kami dan wacah ada 2 pokok bacang besar dan tinggi. Nak pergi mengaji ok lagi sebab masih cerah2. tapi bila kul 9 dah gelap, kami kalau nak balik rumah lari tak cukup tanah.

Teringat masa nak sambung diploma kat UTHM. Masa tu dah pindah kompleks guru, jadi ayah bawak jumpa wacah dan pakman. Wacah menangis mengenangkan aku terpaksa mengaji jauh2.

Masa ayah ada, tiap 2 minggu ayah akan bawak jumpa wacah dan pakman. Bila kami nak balik Pakman mesti nangis sebab pakman sunyi. Sian Pakman. sampai sekarang pun begitu.

Pas ayah meninggal, lagilah jarang jumpa wacah dan pakman. Lagila wacah dan pakman sunyi.

Tapi bila ada kesempatan ke sana, Wacah dan pakman akan masak gulai, ikan bakar dan bila pokok bacang berbuah mesti wacah buat sambal belacan buah bacang. makan bertambah2 sampai kenyang sangat.

alih2 mak dapat pindah ke perlis. Kadang-kadang dek kesibukkan terlupa nak tanyakan khabar wacah yang kalut suh zuraida tipon tanya kami semua sihat ke tidak.

Walaupun dah berkahwin aku mesti dpat duit raya juga dari pakman..Mmmm, rindunya gulai ayam wacah.

Masa aku nikah wacah buat 2 balang asam jawa dan belimbing untuk aku. Asam jawa tu tak abih guna pun lagi. Masa balik langkawi masa raya, wacah bagi lagi 2 pek kecil, baru guna setengah pek, alih2 masa mak balik langkawi hari tu wacah kirim lagi asam jawa tu. Mmm, bila terpikirkan ada orang yang dekat ngan aku di parit raja ni kalau balik, lansung tak layan pun. payah benar nak rasa air tangannya, apatah lagi buah tangan. lagila duit raya kalau bukan untuk aku tapi umar..huhuhu...

walaupun asam jawa tu lekeh nilainya tapi ia penuh dengan kasih sayang dari wacah dan pakman. Ingatannya untuk kami sangat besar nilainya. Harap2 niat untuk bertemu bulan 6 nanti kesampaian.

jasanya untuk keluarga kami sangat besar. Ayah pernah pesan apa yang kami adik beradik buat jangan buat jahat ngan mak dan jangan lupa pada wacah dan pakman.

Tuesday

Mak Ngah BerTunang

Akhirnya Inah bertunang juga...Dengan orng dekat dekat perlis juga. Alhamdulillah. Mudah-mudahan cepatla jodoh mereka berdua.. Sediakan dirimu dengan ilmu alam rumah tangga. Banyak cubaan dan dugaan akan menjengah tatkala kita hidup sembumbung dengan insan yang kita cinta tapi sebenarnya kita hanya mengenali sebahagian saja dirinya. Hargailah masa-masa dengan orng yang tersayang yang ada di sekelilingnu...

Alhamdulillah dapat juga balik perlis. Taksangkanya majlis inah yang serba ringkas meriah bila rombongan lelaki datang dengan 7 biji kereta..Rumah tok tu kecik saja, Tapi bila ramai ada yang terpaksa duduk diluar. Ingat masa aku tunang dulu, sebuah unser je datang tu pun sebahagian darinya anak saudara tiri abang. Maklumlah jauh.masa tu kami pun budget2.hihi tapi takpalah yang penting dah anak satu ni.....

Dapatlah Ahmad Umar jumpa makngah dia..Bukan main seronok lagi. Sebenarnya aku dan suami pulun juga nak balik sebab inah belum dapat tengok umar lagi..Inah asik sebut saja nak jumpa umar. Lagipun raya nanti mungkin tak dapat balik. Jadi cuti kali ni pulun puas2...hoho...



Selamat hari ibu Mak



Bila menjelang saja hari ibu teringat kisah lucu masa nak sambut hari ibu..hari tu planning dah cukup bagus dah..

Saya dan adik-adik keluar beli barang dapur untk masak yang best2 malam tu. Siap beli kek lagi untuk mak..kemudian beli hadiah untuk mak. Kami plan untuk ciptakan kelainan malam tersebut.Masa ni Ayah dah takda. Pas Ayah takda mak sibuk ja dengan sekolah. Mula2 kami semua tak faham. setiap hari doa, agar mak balik rumah tepat kul 1.25. Lapar dan penat tunggu mak balik pukul 4 untuk lunch sama2..bg kami kalau makan dulu macam betray mak..huhu..mak tak suruh tunggu pun tapi kami rasa tak best kalau makan dulu sebelum mak. Sebab ayah dah didik makan mesti sama2...

Tapi mak tetap balik lambat. Lama2 kami faham..Mak nak hilangkan rasa rindu pada ayah..Tapi mak tak pernah abaikan kami semua. Pas Ayah takda, dialah mak dialah ayah.


Malam hari Ibu tu, kami beli satu bentuk love yang sederhana besar. beli stiker floresen untuk tampal disekeliling love tu dan untuk tampal tulisan mak i love you.

kami bertungkus lumus dari siang hari...kebetulan jugak mak kena pi skolah..jadi kami agak memang suprise.

malam tu plak mak sibuk dok dalam bilik. dok buat kerja skolah.lagila memudahkan kerja kami untuk lekatkan stiker2 tu..sekali dah siap hidang dan tampal stiker kami kluarkan kek dan pasang lilin la...pastu semua orng get ready nak suprise kan mak..

Saya tutup lampu...kira-kira cam blackout la...sekali dah tutup lampu, uddin tetiba ja menjerit2 dan menangis...

" kakak buat apa ni adik takut...adik takut.."

masa tu uddin baru darjah 3 4 la kot..silap tak bagi tau uddin yang aku nak tutup lampu.
bila dengar uddin teriak macam tu apa lagi mak pun keluar la dengan garangnya...dia marah la...dia ingat kami semua buat perangai dan bergaduh..

mak bising lah.....

dah macam tu mana sempat nak tunjuk floresent2 tu semua..mak dah pergi on kan main switch tu....

hihi semua sedih la...syikin dan uddin dan nangis2..saya plak hot la sebab uddin spoil pastu mak lak marah2..semua orang masuk bilik....

sebab dah plan malam tu nak romantik2 ngan mak..saya ngan adik2 semua kluar la..mak lak pujuk ajak makan...

huhu.....

kami pun switch off balik current semata-mata nak tunjuk mak floresent2 tu.."mak i love u"

hihi....mak memang suprise....

Arwah ayah lagi pandai suprise..Ada satu kali hari ibu masa aku form 5, kami cakap ngan ayah,

" Ayah jom belikan kek kat mak"

pastu ayah cakap

"buat apa nat beli kek kat mak..tak yah la beli2" mula2 sedih la gak..

sekali petang ayah bawak balik lauk dia siap belikan kek untuk mak..ayah siap suh sembunyi2 jangan sampai mak nampak."

Adoi yaii mak, kami semua merindui mak.....

rindunya kat mak...dulu kalau hari ibu, saya sempat nak plan dan sambut best2 untuk mak...
rindunya...sekarang jauh, cuma dapat ucap dan doa saja..adiklah dirumah plan hari ibu untuk mak...

Friday

Ratu Hatiku - Puan Mazani Abdullah




Musim berganti mengamit memori
Membuai seuntai kenangan
Ranjau berduri telah kau tempuhi
Tabah hidup sendirian

Sering teringat sewaktu bersama
Senda gurau manis bicara
Usahlah ditangisi insan yang telah pergi

Kaulah pengganti suami
Engkau ratu di sanubari
Menjalar di tiap urat nadi
Nasib begini tak kau kesalkan
Tuhanlah sandaran harapan
Pasrah ketentuan ….

Andainya taufan
kecewa kau biarkan
Warna pelangi tak muncul lagi
Berkat kesabaran serta pengorbanan

Kini hidupmu berseri,
Deraian air mata
Bertemu di pipinya
Melihat anak-anaknya berjaya
Tuhan hanya menduga
Kesusahan yang tiba
Pasti tak akan selama lamanya
Kaulah ratu hatiku……

Wednesday

Kerinduan yang amat- Part 3

bila mengungkit kisah zaman kanak-kanak yang telah satu dekad berlalu rasa sangat lucu....macam2 kisah yang terjadi.....

kisah dengan ida.....

aku taktau kenapa aku jadi marah dengan ida aritu...masa tu umur aku 12 tak silap dan ida 6 tahun rasanya....aku membebel macam mak nenek...dulu-dulu sampai ke zaman diploma kalau adik-adik kurang ajar memang sedas kena sepak atau hangar kat kat badan...... adik-adik memang takut ngan aku..cakap sekali saja terus buat...kadang-kadang mak pun kecik hati..ngan kakak takut kalau mak ni cakap 10 kali pun tak jalan mak kata....aku serba salah jugak tapi memang aku garangggg dulu..:) darah muda gamaknya...

aku memebebel2 kat ida hari tu...sekali dah penat aku pi buat benda lain..tinggal ida terkebil2 kena bebel...sekali nak suh dia makan kot, aku pi la panggil dia lam bilik, sekali ida dah ilang lak...aku carila merata sekeliling rumah..mana tau dia pegi lepak kat bawah pokok cempedak kat depan rumah tu ke...pun takda...

aku tanya arwah ayah...ayah nampak ida tak? ayah kata tak nampak....dia marah aku...tula sapa suh pi marah2 ida...pi cari lekas...!!!!

aku ni cari la merata dari rumah wachah(pengasuh kami)..pergi umah liza kat bukit seberang jalan nun....dimana tempat ida berkenalan ngan kawan imaginasi dia..ntah sapa2 ntah...sampaila ke kedai tokngah yang jauh mana hala tu....sampai tempat kami berkubang kalau kerbau tadak tu..( aku pernah kena tibai ngan mak sebab pi berkubang kat situ..hihi)..kena ngan batang buluh kot...inah pun kena...sian kami...

inah pun sama2 gak cari ida..aku ni tak sangga susah hati..nak teriak(nangis) dah..tapi tahan...sampai umah cari lagik....nak di jadikan cerita ida sebenarnya sembunyi bawah meja bulat tempat letak tipon...masa tu dia kecik saja..lepot ja..badan lembik..jalan macam arnab..dia leh dok bawah tu...siap makan nasik lemak ayah beli lagi...kuang asam punya budak!!..

inah kata dia dah jenguk banyak kali dah..tak nampak pun....rupanya dahla duduk sembunyi bawah tu..dia pegi tutup lagi badan dia ngan selimut...inah ingat bantal la agaknya...pandai sungguh ida wat comoflage....:)

yang tak tahan leh plak keluar dari tempat persembunyian dia pi amik nasi lemak dan makan bawah meja tu....

aku balik aku nangis puas-puas..sebab aku memang ingat ida dah ilanng sebab aku kata dia busuk cam kambing sebab dia malas mandi.....waaaaa.....

Kerinduan yang Amat - Part 2

Bila terjumpa surat Inah tulis 7 tahun dulu, teringat sangat kisah2 masa kecil2 dulu...kadang2 andai dapat diputarkan masa nak sangat kembali ke masa dulu dan merubah kesalahan pilihan diri...

wah rindu sangat kat mak, ayah, inah, ida, ati, syikin dan uddin...

masa kecik2 dulu inah adalah kawan yang paling rapat...masa mak dan ayah berkonflik kami berdua dihantar ke rumah tok...masa tu cabarannya sangat besar,,kami kena menjaga sesama sendiri...

banyak perkara gembira, dan sedih....

aku lahir pada tahun 1983 dan inah lahir setahun lepas tu...jarak umur cumur setahun saja...inah lebih matang dan lebih "kakak" dr aku...

aku yang memang kuat menangis dan inah yang ganas......dia lebih menjaga aku...

tu cerita kena gigit lintah dan pasal rubber dan pembaris yang hilang....
banyak lagi cerita dalam hidupni yang membuatkan aku sangat berat hati untuk berjauhan dengan mereka semua....

salah satu perkara yang paling aku kesal adalah masa adik teh terapik pintu...masa tu dia tuduh inah yang jadi penyebab adik dia kena pintu..teh belasah inah..dia tarik rambut inah...kejadian tu jadi kat rumah sanihah...masa inah kena belasah ngan teh aku tergamam..dengan sifat penakut aku, lansung aku tak dapat tolong inah..kami balik rumah dan ngadu kat mak...

aku cakap ngan mak..

" mak td teh pukul inah, di pukul sebab dia kata inah buat adik dia terapik pintu"

mak tanya aku, aku wat apa lepas tu, aku jawab tak buat apa2 pun"

mak jawab " tengok teh, dia bela adik dia, kakak tak buat apa2"

wah masa tu sedih sangat...sampai hari ni aku menyesal sangat sebab kenapala aku tak bantai teh gak masa tu...

Ingat lagi masa berkelah kat lubuk semilang...masa tu toklang, paklong dan semua keluarga dia datang..biasala kat air terjun mesti ada punya slider semula jadi...inah bukan main syok lagi main..mengelongsor sambil gelak terkekek..aku belum apa-apa dah melalak tak tentu pasal...sekali inah tempik lagi.."woii kakak diamlah!"..hihi aku terus diam..dia suh aku pi masuk gak...last2 rasa seronok plak...kiki..

huhu..banyak nka cerita pasal the sweetest memory of my childhood....tunggu part 3..:)

Friday

Kerinduan yang Amat-Part 1

Tengah kemas2 buku2 dan nota2 masa degree dulu terjumpa balik surat adik bagi.Masa tu nak balik johor. Air mata tak henti2 mngalir bila baca coretan dia. Rasa rindu yang amat. Ada yang tak faham kerinduan ini. Keluarga yang berbeza valuenya menganggap saya seorang yang lembik dan asik teringatkan keluarga. Hingga ke saat ini saya setiap hari merindukan keluarga di kampung. Pantang ingat mesti abihla kedit sepoloh ringgit. Kalau takda kedit hanya air mata dan doa la pengubat rindu...

Ini coretan Inah yang panjang berjela tu. Mengingatkan saya masa-masa kecilvdengannya. Jarak umur yang hanya setahun membuatkan kami berkongsi pelbagai kenangan dan kisah dari gembira sedih, ganas....:)

ni surat dia .Inah jangan marah ye kakak membuat pendedahan yang penuh klasik ni...


Hai Assalamualaikum
Dear my Sister


Tup tap tup tap kakak dah nak balik johor hari ni...adik doakan kakak selamat dalam perjalanan ni...sorryla adik tak dapat jumpa and hantar kakak. Itulah perkara yang paling menyedihkan adik..kot kotlah ada diantara kita nanti yang pergi tak kembali. Tak sempat pulak adik nak peluk cium nak minta ampun nak cakap kat kakak you are special in my life and kakak adalah anak ynah paling berharga dalam hidup mak dan ayah. Adik nak bagitau kakak, adik rasa bangga ada kakak yang 'besar' cantik, masuk u and kesimpulannya adik rasa bangga sebab ada kakak like you...Im proud to be one of younger sister. Adik bangga jadi anak ayah dan mak. sebab ayah dan mak tak macam mak bapak orang lain sebab ayah dan mak tu mak bapak kita.


Adik harap kakak masih ingat kejadian dulu dulu masa kita kecik-kecik dulu..ingat tak...masa tu mak tak ada sebab mak ada kat langkawi..kita ada kat rumah tok.. masa tu banjir sampai paras pinggang..air dah kuning dah waktu tu.. nak dijadikan cerita kakak ngan adik tengah mandi banjir...tiba-tiba ada lintah gila cium kakak punya betis...Hatta arakian tanpa membuang masa kakak nganga mulut luas-luas dan berbunyilah bunyian seakan siren bomba..jadi tanpa membuang masa adik ambil daun kering yang belum gugur di atas pokok dan adik belasahlah lintah gila kat betis kakak tu sampai dia give up and tergolek lalu melarikan diri entah ke mana..dan siren bomba pun berhenti sebab adik suruh kakak diam..bila adik ingat balik peristiwa tu baru adik sedar sebenarnya adik sayang kat kakak..sebab tu adik belasah lintah tu cukup-cukup..sebab adik tak mau tengok kakak nangis dan takut....


lagi...


kakak ingat tak...alam sekolah rendah yang penuh dengan cabaran..malam tu ayah nak check kita punya alat tulis..masa tu adik dah gelabah giler sebab pemadam adik hilang..lantas adik pun bagitau kat kakak...tanpa buang masa kakak bahagi dua pemadam kakak...pastu bagi kat adik satu bahagian...peristiwa tu membuatkan adik tahu kakak sayang kat adik...sebab kakak tak kisah apa hukuman yang kakak akan terima dari ayah.. asalkan adik ada pemadam dan hilang rasa takut..sebab tak da pemadam walaupun pemadam tu kecil..tapi kesannya mendalam...


kakak....
perkataan yang paling adik teringin nak ucapkan pada kakak ialah 'terima kasih'
Terima kasih di atas segala pertolongan dan kasih sayang yang bakal kakak berikan di masa akan datang ...
adik rindu kat kakak..rindu yang amat sangat waktu tu adik akan selalu ingat masa kita kecil-kecil dulu..suara kakak menyanyi akan terngiang-ngiang di telinga adik...adik akan ingat kenangan kita kecil-kecil dulu...masa mak tinggalkan kita di perlis masa ayah tengah marah-marah semua ni buat adik tambah rindu pada kakak....adik rasa sedih bila kakak dok jauh-jauh...


adik dah tak mampu nak tulis apa-apa..cuma melalui surat ni adik nak kakak tau yang adik, ayah, mak, zahida, izzati, asyikin dan amir sangat-sangat sayang dan rindu pada kakak...kami sentiasa tunggu kakak balik...sebab kita semua tak pernah berjauhan macam ni kan...Tpi kita semua sentiasa ada dekat dengan kakak dalam apa jua keadaan..sebab kami tau kakak boleh lakukannya...sebab tu jugaklah kakak kena sentiasa bersemangat sebab kami sentiasa ada di sisi kakak walaupun hakikatnya kakak jauh dari kami..kakak kena kuat, tabah, sabar..


banyak lagi yang adik nak coretkan untuk kakak..tapi tunggulah...lain kali adik tulis surat lagi adik nak tulis surat kat kakak spaya kakak tak bosan..


lastly, doakan adik berjaya dengan cemerlang dalam SPM, supaya keluarga kita sentiasa tenang, aman dan bahagia dan supaya kita semua dipanjangkan umur dan dapat bersama.. jangan lupa belajar rajin-rajin..tabah hadapi kehidupan di sana walaupun apapun yang terjadi..kakak mesti ingat kakak adik ada adik, ayah, mak, zahida, izzati, asyikin dan amir...selamat maju jaya..kuatkan semangat!!! and jumpa lagi di cuti yang akan datang...


sekian, wassalam


Cop kakak....


keyakinan adalah kekuatan hidup
ingat adik selalu
adik selalu ingat kakak
kami semua selalu ingat kakak....


adik yang ikhlas
Nor Zakinah...

Thursday

Rindu Padamu




Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

Wednesday

Catatan Aidilfitri..Tahun 2008 yang memberi Seribu Erti...

Tahun ni hari raya yang paling bahagia sekali. Start saja minggu akhir puasa hati ni dah tak sabar nak balik kampung. Balik jumpa mak, adik-adik ngan tok.

27 September 2008
Mulanya nak balik umah pt kasih lepas kerja. Tapi sebab rumah tak settle lagi, kami berdua balik pagi 27 saja...Kemas-kemas apa yang patut.Masak bihun ngan agar-agar( Tak berapa jadi sangat)Malamnya kami balik semula Taman Manis. Abang Nim, Kak zimah ngan anak-anak dia sampai malam tu..kami dah siap2 dah nak balik dah...Lepas duduk2 sembang sat kami terus balik la...

28 September 2008
Pagi2 bangun hati ni dah tak sabar nak bertolak.....Lepas sahur terus kemas2 baju.Lepas dah siap2 semua kami berdua pi lawat mak kat pt kasih...Tahun ni tak raya rumah Pt kasih.. Balik kampung aku di Utara sana... Hati dah ada kat sana...buat apa pun nampak kampung saja...Huihui.... Lepas salam2 ngan MIL, terus la bertolak... Singgah isi minyak, pastu singgah Pasaraya Iman sat beli alfafa ngan air zam-zam... nak buat ubat batuk abang...Dah masuk 3 minggu batuk...3 jenis ubat minum tapi lansung tak lega lagi.... Pastu kami terus ke ke melaka.. Cadang nak masuk highway ikut simpang ampat melaka je..saja nak tengok view, nak jalan2. Sepanjang jalan nampak org jual kupang segar... nak beli tapi takut sampai perlis busuk pulak...:)
Sampai shah alam kul 3 lebih. Ida tunggu kat pintu depan Uitm. Amik ida. terus pi rumah dia...Rehat sat, dekat-dekat enam lebih baru bertolak balik ke utara... gilir-gilir drive ngan abang.... Kami berhenti buka posa kat behrang agaknya..tak ingat dah...Beli nasik kandar 3 bungkus... makan lam keta ja...Hihi tengok bertapa laparnya abang...ida sempat posing2 lagi....alhamdulillah dapatlah berbuka juga dalam musafir ni... rehat sekejap pastu terus gerak. pastu dah tak ingat singgah hentian mana kami singgah utuk rehat....abang drive sampai keluar tol alor setar utara..sian kat dia penat... Aku drive sampaila umah tok...Alhamdulillah kami sampai kul 2 lebih.....Tengok abang buat muka tension (hihi)


29 September 2008
Sampai kul 3 pagi tu mak lom tidor lagi...mak sakit perut... tok pun lom tidor juga...masa tu dah tak larat nak angkat2 barang...abang dah penat drive tapi dia gak yang angkat semua barang...Ida punya la excited, sembang ngan mak sampai nak sahur....Hihi..aku ngan abang tidor sekejap..penat sangat... Alhamdulillah sempat jugak sahur dengan mak tok dan adik2.....

3o September 2008


Hari ni memang sebuk buat ketupat ngan kek.. biskut yang len tu main tunjuk je.. inah buat brownis ngan kek ising....adik-adik semua sibuk tolong buat sampul ketupat palas.. Lecek daging burger ngan kentang nak buat bergedil...Nak buat soto esoknya....nyam..nyam....

Aku tak tolong sangat..nak tolong tapi badan tak larat... tolong kemas rumah je...basuh lansir, tukar sarung kusyen..jemus karpet...paling penat inah la...pulun at kuih dan sediakan bahan nak wat soto esoknya...ntah pukul berapa dia tido agaknya.....Abang dah siap-siap gosok baju raya kami...tak sangka lak..dalam tak rancang apapun leh jadi tema lak kale ungu tahun ni..mak, tok ngan iti kale2 pink gitu..hihi..ok la tu...

1 oktober 2008
Allahuakbar..masuk saja syaal petang tu, hanya takbir diucapkan....
tengok gambar-gambar raya kami...huhu gembira sangat..

Pasti nya tahun ini adalah aidilfitri yang paling bahagia....

Monday

Puan Mazani Binti Abdullah (Emak yang Tersayang)


Alhamdulillah sehingga saat ini mak masih sihat ..Usianya sudah pun masuk yang ke 51 tahun... apalah yang sedang lakukan sekarang..agaknya berada di dalam kelas dan mengajar...Sesiapun pun akan mengatakan ibunya yang palin baik..begitulah aku...Tiada yang sebaik ibuku...

ya allah aku berterima kasih kerana diberi seorang ibu sebaik dan setulus mak...
walaupun marah, mak tak pernah mengucap sesuatu yang buruk...tersayat hatiku bila aku melihat ibu2 sekarang cepat saja mulutnya untuk bercakap tuli, bodoh dan pekak..

aku amat berharap agar dapat berjumpa dengan nya selalu..memeluknya kejap selalu..ya allah jarak pemisahan ni buat aku terasa rindu...rindu yang amat...

Friday

Mak yang Paling Disayang

Mak..rindunya dekat mak...
ya allah hati ni meronta-ronta untuk menatap wajah mak...peluk cium untuk mak...
ya alllah aku terlepuk lemah merindui mak....
aku masih tidak boleh berpisah dengan mak...
hati ni dekat sangat..rindu sangat..m
ak yang paling ku cintai...
kasih dan cinta mak tak terbanding dengan org lain meskipun seorang suami.....

rindunya padamu mak.....

:(

Tuesday

DREAM

Last night i have a bad gream again..touch and hurt me so so much...
huwaaaaa... iwant to go home...
i want to go home....!

mimpi my youngest brother has been crash by a car....
wake up with tears running down....feel really bad and sad.....

ussually i have a dreamless sleep..or i cant remember anything about ny dream..but when im not doing good, susah hati, sedih, i will catch by a "nightmare"...selalunya mimpi pasal hantu dan something bad happen to my family.....


urghhh..its killing me!!!!!