Tuesday

Selamat Hari Ibu - Hanya untuk MAK

Nak pos Ahad semalam tapi atas kesibukan menguruskan rumah dan anak-anak baru disempatkan hari ni.


Hari ni HARI IBU. Walaupun hari ini dikhaskan untuk semua ibu tapi sebenarnya setiap hari adalah hari yang wajib bagi anak untuk membahagiakan ibunya. Alhamdulillah saya masih mempunyai ibu. Ibu saya saya panggil Mak. Sukar untuk digambarkan jika kehilangan Mak.

Setiap kali balik kampung atau mak datang ke rumah di Parit Raja, bila masing-masing hendak pulang, air mata akan mengalir dan saya menangis seperti anak kecil yang kesedihan. Tambah-tambah ketika Umar dan Ammar belum lahir. Ya Allah, kesedihan dan kesunyian hidup tanpa Mak sukar dibendung. Bila mundar mandir disekitar bilik mak dan adik-adik tidur, saya akan menangis dengan sendiri dan menangis di bahu abang seperti anak kecil hinggakan abang cakap belum pernah melihat saya menangis seperti itu. Malah ketika hendak berkahwin saya juga keliru dan begitu sedih hingga ada hari-hari bagaimana saya hendak menjadi milik mutlak suami sedangkan hati ni begitu erat masih memegang mak dan saya bukan lagi menjadi kemutlakan bagi Puan Mazani Binti Abdullah. Begitu sedih ketika itu.

Baru saja mengucapkan kata-kata cinta dan terima kasih buat mak sempena hari ibu buat mak yang ke 28 yang Allah hadiahkan nikmat kepada saya untuk menjadi anak kepada Puan Mazani Abdullah. Saya memang beruntung. Memang mak juga bukan insan sempurna. Tapi mak tak pernah berpaling dari anak-anak malah mak sentiasa positif terhadap anak-anak. Mak tak pernah cakap bodoh, tuli atau mencarut dihadapan anak-anak. Mak selalu sebut "mak takut kata-kata mak menjadi nyata". Waima, apabila kami anak-anak sendiri menyebut AKU ketika bercakap sesama adik beradik mak akan terus marah dan pukul kami atas kesalahan itu. Lekat dalam ingatan saya bila saya mencarut BABI mak mencili mulut saya dan ketika saya bermain pondok-pondok dan menggunakan bahasa AKU kerana konon ketika itu kami ni kawan, mak terdengar dan terus hantuk kepala kami ke dinding. Nampak cam dera je kan?? Tapi zaman dulu dan zaman sekarang bila pukul natijahnya tak sama. Natijah sebab pukulan tu kami ingat benda tu tak leh dibuat dan kami tak pernah dendam malah tak pernah sakit hati pun bila teringat. Bila cerita semula ngan mak dan adik-adik ia hanya menjadi bahan ketawa sahaja.

Mak yang saya miliki ini memang bukan seorang yang sempurna, tapi mak adalah seorang ibu yang sejati. Untuk beprangsangka dnegan anak-anak dan menantu tidak mungkin sama sekali. Jika saya bertanya tentang kesilapan adik-adik atau ipar yang saya nampak mak hanya membela dan mak takkan lansung mengeluarkan sebarang cerita. Dia hanya berkata "tiada apa", "Mak ok saja" dan semuanya cuba disembunyikan supaya tak muncul rasa yang tidak enak dikalangan ahli keluarga. Bila kami memohon maaf terhadap salah, mak akan sebut "mak maafkan dna memeluk kami dengan erat". Hinggi kini mak takkan pernah meletakkan kami disituasi kami dalam keadaan kami anak derhaka walaupun saya tahu dari kecil hingga kini saya pernah melukakan hati mak. Jika diingat-ingat saya nak padam atau berundur ke masa lampau untuk mengubahnya.

Mak bukan insan yang kamil, tapi sebagai ibu dia sudah cukup mithali. Jika nak tulis bertapa panjang lebarnya yang saya ingin ungkapkan kesejatian Mak sebagai IBU. Mak seorang yang sabar. Dia kan menjadi marah sehinggalah kami adik-beradik betul-betul membuat perkara yang betul2 teruk. Mak tak pernah cerita pasal orang. Tak pernah ngumpat-ngumpat orang walau acapkali dalam hidupnya pernah saja ada yang menganaiya dia tapi dia tidak pernah marah, membalas dan bercakap tentang hal-hal itu. Jika saya marah tentang hal orang yang pernah menganaiya kehidupan kami dia akan berpesan kepada saya "Takpa kak, jika kita manusia tak mampu balas setiap kedukaan itu didunia, Allah tetap ada". Mak yang ku kenali beginilah. Dia ada ego, pemikiran yang tersediri dan konservatif. Bercampur baur dengan pemikiran kecikguan dan kemodenan yang sedikit.

Paling rindu ialah alunan alquran setiap pagi. Apbila balik ke kampung, suara mak membaca alquran adalah penangan dan halwa telinga yang amat dirindu. Aura mak sangat kuat mungkin, bila mak melangkah masuk ke bilik untuk mengejutkan saya dari tidur jarang betul mak perlu menggerak dengan kuat tapi sebaik melangkah masuk ke bilik selalunya saya terus terjaga dan bila buka mata mak ada dalam bilik.

Saya memang tak berapa suka berkawan ramai-ramai. Sebab saya seorang yang hanya akan berkawan dengan seorang atau dua yang hanya benar-benar rapat. Malah akan lebih meluangkan masa dengan mereka saja. Ketika remaja hingga hari ini Kak Long Nurul Hudalah yang paling rapat dengan saya. Tapi seumur hidup ini Mak ibarat kawan. Mungkin budak perempuan lain lebih senag berbincang tentang haid, mengandung, dan pakwe makwe dengan kawan-kawan tapi saya semuanya saya cerita dengan mak. Mak akan dengar dan guide satu persatu. Mak memang konservatif tapi bila mendengar apa yang saya dan adik-adik cerita, mak takkan terus marah atau menyangkal tapi mak nasihat dengan betul dan mengikut pengalaman hidupnya yang pernah dilalui. Beruntung bila mak sudi mendengar semuanya.

Saya tak pernah berjauhan dengan keluarga ketika saya remaja. Hidup saya ketika masih remaja akan jadi caca merba bila berjauhan dengan mak,ayah dan adik2. Ketika tingkatan 1 saya gagal membawa diri bila sekolah di asrama. Saya mendapat tempat tercorot di dalam kelas dan menangis setiap malam sehingga dipanggil cikgu ketika perhimpunan pagi dna perhimpunan asrama. Ada saja kesilapan-kesilapan yang saya lakukan. Tapi bila saya balik ke langkawi. Duduk dengan keluarga. Keputusan saya naik mendadak. Bukan saja dapat top 5/10 dalam kelas malah pernah capai beberapa subjek terbaik dalam tingkatan. Bila dapat ke universiti ayah terpaksa membayar bil telefon maxis sebanyak 400 ringgit sebab saya telefon mak dan ayah setiap hari. Sepanjang masa belajar duit banyak habis untu makan dan telefon mak dan ayah.

Mak engkaulah ratu sanubariku.
Mak aku seringkali melukakan hatimu
Mak aku tahu aku berdosa dengan kata-kataku
Mak aku tahu aku seringkali menyusahkanmu
Mak aku tahu aku masih terumbang ambing untuk mencapai gelaran anak yang benar soleh dalam olang oleng ombak hasutan syaitan dan ketidakmatanganku.

Tapi aku tahu mak sentiasa mendakapku
Mak akan sentiasa menerimaku
Mak yang ku kenal cukup sabar dengan kerenah anak-anaknya yang berbeza setiap satunya.
Malah aku tahu kejayaan-kejayaanku hingga hari ini adalah doa-doamu yang tulus.
mak selalu berpesan "walau jau mana kita berada jika hubungan ini didasarkan kerana Allah pasti tetap berasa manisnya"

Banyak sangat nak cerita tengtang mak. Seperti anak yang lain pun pasti membanggakan ibunya dengan cara yang sendiri. Begitu juga saya, Terima kasih mak kerana saya beruntung dilahirkan sebagai anak kepada PUAN MAZANI BINTI ABDULLAH dan ENCIK ZAMRI TAN ABDULLAH.

Ya Allah kau jauhkanlah Mak dan Ayah dari tersentuh api nerekamu. Kasihani dan maafkanlah kecuaian mereka kerana mereka banyak berjasa kepada kami. Mereka telah menjaga kami dengan baik dan berpesan tentang agamu dengan seadaanya. Apmunilah mereka dan bahagiakan mereka didunia dan akhirat. Amin Amin Amin.

No comments:

Post a Comment