Memang senang untuk menuding kesalahan membina bangunan di lereng bukit yang curam dan mengakibat kematian. Ya, ada salahnya dan ia adalah pengajaran besar bagi kita yang masih tinggal. Namun bagi saya banyak perkara perlu di semak dan diperbaiki, baik dari manusia biasa hinggalah kepada pemimpin di atas.
Saya masih merasakan sejak dari dulu lagi pergerakan agama dan kebajikan lazimnya lambat dan gagal mendapat bantuan daripada pihak yang berwajib kerana kebanyakkannya berfikiran mereka golongan ekstrim, pengajian agama ialah 'low clas" dan mungkin mereka ini penyokong parti hijau. Sejak dulu lagi berkawan dan bertemu kawan yang mengaji di pondok, sekolah agama rakyat dan persendirian semuanya terpaksa bertungkus lumus dan bergerak sendiri untuk mencari dana.
GAMBAR yang dikatakan dirakamkan beberapa detik sebelum kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. (21 Mei 2011) sumber Hamzah Osman |
Mungkin ada yang mengambil kesempatan, ia tidak dapat dinafikan namun kebanyakkan dari mereka bukanlah bernasib baik dapat mengumpul dana untuk menampung hal hal kebajikan di sekolah dan asrama. Nak bayar bil elektrik terpaksa jual CD dakwah untuk tampung kewangan. Bukan semua sekolah agama persendirian dapat bergerak dengan jayanya seperti Ustaz Kazim. Saya percaya untuk sampai ke tahap ini dia juga terpaksa berusaha dengan sangat keras. Memang menggunakan anak murid itu salah. Tapi bukan semua Ustaz sekolah agama persendirian dapat mencari dana dan menerima bantuan seperti Ustaz Kazim. Alhamdulillah bagi setiap usaha Kazim berbuah hasil. Saya dan suami bercita-cita menghnatar anak-anak ke sana jika ada peluang. Insyaallah. malah cita-cita saya saya ingin anak-anak bergerak di jalan agama. Namun bila tiba masa pilihan adalah ditangan mereka.
Apahal pulak dengan bangunan di Ulu Langat?? Apa kaitan dengan kewangan. Mmm..saya cuma menulis jua..takut kenapa bangunan dibina disitu adalah kerana tiada lagi lokasi untuk membuat tempat untuk anak yatim dan pelajar yang ingin belajar agama. 10 tahun dulu ia dibina. Mungkin keadaannya tidak sama. Apapun saya ingin ketengahkan janganlah pergerakan agama dipandang sepi, kurang dipantau, tidak mendapat nasihat yang lain, tidak mendpat maklumat dan dipandang ekstrim bagi mereka yang tidak faham dan berfikiran sekular.
Ya memang mudah menuding jari atau menyiarkan berita di TV dengan unsur-unsur kontroversi, tapi ia adalah janji Allah yang tak boleh diubah dengan asbab yang allah menulisnya dengan pengetahuan yang kukuh disisi Allah. Jika di hati mereka semua berniat untuk menuntut ilmu di jalan Allah, pastinya syahidlah mereka dan beroleh syurga. Namun yang pasti mereka yang masih kecil dan belum akil baligh pasti akan berada dalam syurga Allah yang penuh dengan nikmat-nikmat yang telah dijanjikan dengan kalam Allah.Apapun semoga setiap ahli keluarga, rakan taulan mendapat kesabaran mengharungi detik detik sedih ini dan mereka yang telah dijemput Allah adalah bersama dengan orang-orang yang berbahagia.
Usahlah menuding jari. Hakikatnya ia adalah pengajaran bagi semua. Selepas ini banyak aspek perlu di kaji, dipertimbang dan yang penting bantulah mereka yang bergerak demi agama islam. Islam bukan untuk PAS atau melayu. Tapi ia tanggunjawab bagi setiap mereka yang telah berjanji Allah itu Esa dan Muhammad itu pesuruh Allah. Bantulah dengan apa jua KAPASITI yang ada di tangan kita. Jika kita mampu hulur seringgit, silakan. Jika mampu hulur 1 juta silakan. Sumber zakat setiap tahun berBILION RM. Masihkah tidak cukup????
Zakiah, good info, akak rasa zakiah ada point2 yang baik dalam entry ni..hakikatnya apa yang berlaku, memang kita sedih sangat..Segalanya adalah kuasa Tuhan, hanya Tuhan yang MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.
ReplyDelete