Wednesday

Dah lama Sangat tak Pergi Shopping Kompleks!!

Dah lama sangat tak ke BP Mall, Carrefour dan Parkson. MCD, KFC, PIZZA, KENNY ROGERS dll memang sudah lama tak makan. Hampir sudah 8 bulan. Tak banyak keperluan sangat nak ke sana. Saya dan suami juga hampir 10 bulan tidak membeli baju baru dll. Hihi. Tapi semalam, kami ke BP MALL. Nak beli baju anak-anak. Berbanding kedai biasa, pasaraya besar lebih banyak pilihan dan murah harganya. Tapi sian Ahmad. Dulu dialah yang paling ligat berjalan dalam BPMALL tu, tapi semalam dia macam takut takut je nak jalan sendiri. Kalau dulu dia paling seronok dilepas bebas. Semalam nak didukung saja. Pasni bila pulak la nak ke sana lagi. Huhu. Takpalah Umar kalau jakun masuk shopping kompleks..Hihi. Tak rugi pun..:).

6 comments:

  1. Akak selalu pergi dan tak beli apa-apa..dan akak sendiri dah lamaaaa sangat tak beli baju baru..sedih!

    ReplyDelete
  2. hihi..zakiah kalau pi takut terguna dwet belanja sebab budget zakiah ketat..jadi baik jangan pi. hihi. Tapi semalam sedih gak tengok umar cam takut-takut nak jalan sendiri..

    ReplyDelete
  3. Sama le kita.dah jarang g shopping mall. Aku tak gi bukan apa, malas nak dedahkan anak2 dengan persekitaran yang kadang2 tak berapa elok utk diorg. prefer bawa Hani n Wardah g tempat rekreasi je, tu pun pilih tempat gak le. shopping baju depa pun online jer, lagi senang..

    ReplyDelete
  4. haah aku pun sama kak long. lebih suka pi tempat rekreasi atau sight seing je dengan memandu. Kalau online mesti baju mahal lagi..aku cari baju yang 10 hinggit je..sebab aku kalau murah 10 hinggit la murah..beli kasut beg semua pun nak 10 ringgit..hahah..saiful kata aku tak munasabah..:)

    ReplyDelete
  5. Online kena pandai cari website. Ada yang murah jugak, kalo ang dapat cari website borong buleh dapat murah, cantik n berkualiti...Jgn le semua nak murah wei, kekadang kita ni kena bagi reward kat diri kita jugak..macam aku ni kadang nak beli handbeg baru pun 2,3 tahun sekali. Semua tu kalo beli, nak beli yg mahal n branded sikit sebab aku akan beli semula selepas 2,3 tahun. Kiranya pakai dengan sepenuhnya dan bersungguh2 la,,hahaha, baru berbaloi ngan harga.Tapi kalo baju tu aku beli yg biasa jer sebab nak tukar selalu...

    ReplyDelete
  6. sila JANGAN ke kenny rogers..mi tolong kaka master buat research...dia dalam accounting...kenny rogers under syarikat TOTO..sila lah jangan ke sana ye..sebar2kannn

    ReplyDelete