Sebenarnya semalam sebelum tidur ucapan selamat hari ulantahun ke 3 sudahpun diucapkan. Pagi ini pun diucapkan lagi kepada masing masing yang empunya perkahwinan ini. Sekejap rasanya. Macam baru semalam kita mengucapkan cinta kali kedua, tapi hari ini perkahwinan kita sudah berusia 3 tahun. Mudah mudahan ia akan menginjak ke usia 9 tahun, 27 tahun, 81 tahun dan hinggalah kita masing masing menjadi suami isteri di dalam syurga insyaallah.
Alhamdulillah dengan kurnian lo' lo' hati yang hanya dalam 3 tahun kita sudah punya 2 orang. Lo' lo' hati kita yang bernama Ahmad Umar dan Muhammad Ammar. Lo' Lo' yang kita harapkan sekuat dan segagah Saidina Umar dalam mempertahankan Islam hingga syaitan juga menjadi gerun dengan hanya mendengar nama Umar, dan menjadi seperti Ammar bin yasir yang cintanya pada Islam pasti tidak boleh diragui dan dia antara yang paling Rasulullah sayang.
Anehnya, bila dikenang perit jerih kita untuk melangkah ke alam perkahwinan, susah payah kita menyesuaikan diri di awal perkahwinan, Kelam kabut kita menguruskan anak-anak yang selang setahun kelahiranya ia tidaklah mengundang kesedihan tetapi semuanya membuahkan rasa manis apabila dikenang saat saat melaluinya bersamamu.
Biarlah ada orang kata kamu lelaki yang tidak pandai menjaga isteri, tetapi di hati ini paling bersyukur punya suami yang sepertimu.
Wahai suamiku penjaga maruahku,
Wahai suamiku yang menyuruh aku melabuhkan tudung menutup dadaku,
Wahai suamiku yang menegur bila terselak auratku,
Wahai suamiku yang menyuruh aku solat diawal waktu,
Wahai suamiku yang tidak pernah komplen rupa paras dan kekurangan penampilanku,
Wahai suamiku yang memahami keletihanku,
Wahai suamiku yang seringkali tidak pernah menolak untuk membuat susu Umar apabila dikejut,
Wahai suamiku yang tak pernah tak buat apa kerja yang diriku minta pertolongan,
Wahai suami ku yang aku bangga denganmu walau apa jua keadaanmu..
Alhamdulillah dengan kurnian ini. Terima kasih Allah menghadirkan lelaki yang bernama Saiful Zaree sebagai suami kepada diri ini.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan rumahtangga. Bila dikenang kelucuan pula bila engkau memujuk rajuk ini hingga aku sendiri ketawa menahan rasa rajuk yang dibuat-buat untuk minta dipujuk. :)
Wahai suamiku yang engkau indah dimataku. Terima kasih kerana kita berjaya menginjakkan usia perkahwinan ini ke angka 3. Meskipun kita masih setahun jagung diri ini amat mendambakan ia terus menginjak dan mengijak hingga kita menghembus nafas bersama-sama. BEGITU HEBATLAH CINTA. Semoga CINTA kita membawa kita kepada cintaNya. Cinta Allah yang maha abadi. InsyaAllah.
So Sweet...tak sabar nak tunggu ulang tahun perkahwinan aku plak, ualng tahun ke 5 tuhhh..dah lima tahun aku kawin noh..hehe..cam tak caya.
ReplyDeleteselamat hari ulangtahun zakiah..
ReplyDeletesemoga panjang umur dan kekal jodoh kalian berdua dunia akhirat..
terima kasih kak long dan dinah..tula sekejap ja masa berlalu..semoga kak long dan keluarga pun kekal bahagia. Dinah, kami doakan hangpa ketemu jodoh yang baik2. insyaallah amin.
ReplyDeletetahniah, moga berbahagia hingga ke syurga :-)
ReplyDeleteterima kasih WBH. Semoga WBH juga berbahagia bersama suami tercinta hingga ke syurga. Amin
ReplyDelete