Sebenarnya secara jujur saya tidak mengikuti sangat tentang perkembang Usamah sejak 9/11 terjadi. Latar belakangnya dan hidupnya saya tidak begitu kenali. Tetapi bila dia dikatakan dibom, komen seorang pemimpin besar tehadap kematiannya membuatkan saya betul-betul kecewa dan sedih atas apa AS, ISRAEL dan sekongkolnya lakukan terhadap dunia Islam. Kita harus buka mata dan cuba bangkit untuk menerajui Islam ini. Jika tidak kita siapalah lagi agaknya. Memang mereka menganggap kita terorist sebab hanya kita ISLAM. Tapi jangan lupa mereka terlebih dulu terorist dinegara yang mereka tidak diundang dan memasukinya secara fitnah dan zalim. Sejarah takkan pernah menipu tapi mulut manusia takkan gagal memutar belit. Hanya mata hati yang dapat dapat menilai.
Saya sharekan satu persatu komen dari orang-orang besar dan para ulama tentang kematian Usamah. Sumber SINAR HARIAN.
Reaksi Pemimpin Barat
"Keadilan berjaya ditegakkan selepas PENGGANAS NO 1 Terkorban"
Presiden AS Barack Obama
"Kematian OSAMA adalah kejayaan paling penting dalam usaha memerangi pengganas"
Bekas Presiden AS, George w. Bush
"Ini adalah berita gembira untuk keluarga mangsa 9/11 dan masa untuk membina keamanan kebebasan untuk generasi akan datang"
Bekas Presiden AS, Bill Clinton
Reaksi Pemimpin Arab
"Pembunuhan pejuang Arab ini adalah contoh dasar AS yang menindas dan menumpahkan darah orang islam"
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh
"Tentera AS perlu keluar dari negara negara Islam yang masih dijajah oleh mereka selepas kematian OSAMA"
Jurucakap Ikhwanul Muslimin (Parti pembangkang Mesir), Essam Al-Erian.
"Kami tidak mahu lagi tanah air kami menjadi kubu pengganas."
Perdana Menteri Pakistan. Yousuf Raza Gilani
Perdana Menteri Pakistan. Yousuf Raza Gilani
Reaksi Perdana Menteri Malaysia
"Dunia akan lebih selamat dan Aman berikutan kematian pemimpin kumpulan Al Qaeda,OSAMA Bin LADEN"
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Reaksi Pertubuhan Islam
"Umat Islam jangan mudah terpedaya dengan paparan media barat, watak Osama Bin LAden diwujudkan Amerika Syarikat. Jika kematiannya dapat menghentikan kekejaman tidak apa, cuma kita bimbang AS akan mewujudkan watak baru pengganti OSAMA yang dianggap lebih ganas"
Bekas Mufti Perli, Dr Mohd Asri Zainul Abidin
"Pejuang Islam tidak takut dengan mati dan jika ketika itu dia sedang memperjuangkan islam maka dia mati syahid. Semua pejuang islam mahu gelaran mati syahid dan kita yang masih hidup perlu terus memperjuangkan Islam"
Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir.
AS bertindak kejam kerana menghukum orang tanpa membicarakan mereka. OSAMA dituduh sebagai pengganas dan melakukan serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia namun tiada bukti yang dikemukan Oleh Amerika"
Setiausaha Agung Persatuan PPIM, Dato Dr Ma'amor Osman.
Hingga hari ini semua pengganas yang paling dikehendaki oleh FBI adalah dari kalangan islam. Takkan tak menimbulkan tanda tanya kenapa semuanya ISLAM?? Jahat benar kan ISLAM nih? Jika mereka bangkit dengan kemarahan jangan lupa Amerika dan sekutunya dulu yang memulakan angkara. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, di akhir zaman ketika nabi ISA turun memerintah BUMI baginda akan mematahkan salib dan membunuh segala babi....(ada lagi smabungannya). Tapi saya nak highlight kenapa dia mematahkan salib dan babi ialah kerana kedua-dua perkara itu adalah punca kejahatan di dunia. Baginda mematahkan salib kerana agama itulah yang mendakwa dia anak tuhan sedangkan Allah itu Esa. Cuba kita sendiri lihat kat mana saja negara bergolak agama itulah juga yang berada di tengah-tengahnya mengambil kesempatan dengan segala cara yang boleh. Apapun apa pendirian kita terhadap kematian Usamah ini?? Kita percaya dengan tuduhan 9/11 yang lansung tidak dikemukakan bukti? Kita digelarkan terorist tapi saya nak sangat pesan KFR AS dan sekutunya ISRAEL dll adalah terlebih dulu terrorist dengan kepercayaan mereka yang lebih ekstrim.
Memang keganasan terhadap kafir yang tidak menzalimi adalah haram. Tapi jika kita dikecam dan diganasi jangan lupa pertahan agama, diri, keluarga dan harta yang ada. Biar kita syahid demi agama. Jangan hanya menunduk kerana sekarang mereka lebih berkuasa. Takpa didunia mereka menang. Tetapi kita sendiri kena bangkit dan terus berusaha. Jangan lupa doa sebagai senjata. Kita perlu berusaha melaksanakan islam yang sebenar. Buangkan segala yang jahat dalam diri. Biar Islam kembali tegak berdiri. Perubahan bermula dari diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment