Tuesday

Dia sanggup bela 50 anak..Dia sanggup bela anak sakit..Dia Ikhlas dan Tabah

Buat kerja di rumah saya berkesempatan menonton tv sambil meyiapkan kerja-kerja research yang semakin hampir dengan dateline. Banyak input yang bermakna yang saya perolehi dengan menonton siaran ulangan Semanis Kurma, Adik dan Alquran, Halaqah Sentuhan Qalbu yang selalunya saya lansung tak berkesempatan tengok diwaktu anak-anak ada bersama sebab masa bersama mereka adalah lebih penting. Namun pada hari ini, menonton siaran ulangan Semanis Kurma "Kasihnya Ibu" tidak mampu menahan air mata saya dari terus mengalir. Cakap saja pasal ibu akan terus teringat mak yang sudah banyak berkorban segenap emosi, harta dan jiwa kepada kami 6 beradik. Namun mendengar kata-kata dan pengalaman panel jemputan Puan Norlina (Pernim) dan Puan Siti Fairus hati saya semakin meruntun dan betapa saya rindukan emak saya di kala ini.

Saya teruja mendengar kisah-kisah Puan Norlina yang betapa cekal dan penuh iltizam pada dirinya untuk membesarkan 50 orang anak tanpa orang gaji. Bukan sahaja 7 anak sendiri tetapi dikalangan 43 orang anak yang lain yang ada menghidap HIV. Subhanallah bertapa agungnya kuasa Allah memberi dia kekuatan dan semangat untuk menjaga anak-anak yang 50 orang ramainya. Ya Allah, saya pun tak tahu bagaimana saya nak gambarkan perasaan saya di saat ini. Menulis setiap perkataan di sini pun air mata turut mengalir. Astagfirullah.
Sebahagian Anak Puan Norlina

MasyaAllah, bertapa teguhnya hati hati Puan Norlina yang menghadapi kematian anak-anaknya. Yang insyaAllah saya percaya walaupun mereka adalah anak angkat pastinya Allah akan balas kebaikkan dan ketulusan hati Puan Norlina dengan penantian anak-anaknya yang akan memimpin tangannya ke syurga.

Ya Allah berat saya rasakan dengan kelemahan diri saya sendiri menjaga dua anak saya sendiri kelam kabut. Ada juga saya bercakap "Ummi penat la sayang" tatkala anak minta untuk disusukan dan saya membuat susu tepung sahaja untuk mereka. Ya Allah, Puan Norlina sanggup untuk mengandung lagi sekali semata-mata untuk memberi susunya sendiri kepada anak angkatnya. Apalah aku ini benar benar BERNILAI sebagai IBU MITHALI. Ya Allah kuatkan dan kekalkan iltizam ini.

Apabila Puan Norlina menunjukkan gambar-gambar anak-anaknya yang telah meninggal, betapa saya teringat dan amat rindu pada anak-anak saya yang berada si taska saat ini. Ya Allah, jika saya sendiri diberikan peluang sekalipun adakah saya mampu menjadi KLON Puan Norlina????? Saya doakan Puan Norlina, puan Siti Fairus dan semua ibu yang sedang bertungkus lumus dengan setiap dugaan di hatinya untuk tabah dan sabar demi syurga anak anak kita. SUBHANALLAH SUBHANALLAH SUBHANALLAH

Usahlah disebut pengorbanan kerana ia lebih kepada perkongsian rasa cinta dan kasih kepada anak-anak yang kehilangan belaian, dakapan serta perhatian ibu bapa seperti hilangnya insan-insan itu yang selama ini menjadi tempat bergantung di alam fana ini," spontan tutur lembut itu terpacul dari mulut Norlina Alawi.


2 comments:

  1. subhanallah, sy pn terharu kak..mohon izin share ya!

    ReplyDelete
  2. sila-sila.moga mendapat manfaat

    ReplyDelete