Sunday

Bila Anak Meniru

Nak didik anak, cakap pasal anak, fikir pasal masa depan anak dan seumpamanya, hati boleh jadi sebak. Sebab, saya sendiri mencari-cari kekurangan diri dan ingin betulkan semua agar saya boleh menjadikan anak saya soleh dan taat pada Allah. Tapi bila pandang balik diri sendiri masih ada yang lopong disana sini. Tambah-tambah perkara-perkara yang melibatkan kekreatifan seorang ibu bekerja, luangan masa untuk anak-anak, menguatkan tenaga untuk anak-anak, istiqamah dalam menyeru dan berdoa untuk anak-anak, istiqamah dalam mentaati Allah dan suami dan semuanya..

Banyak cabaran dalam mendidik anak. Kita bukan saja nak anak kita bijak dan pandai didunia tapi yang paling penting anak kita juga bijak dan pandai untuk akhirat. Bila pandang wajah anak-anak, saya sendiri takut memikirkan jika tangan saya ini menghitamkan kain putih yang telah Allah amanahkan ini. Jika disemak-semak saya sedar ada kelemahan-kelemahan dan kesilapan kesilapan yang harus dibaiki. Anak takkan gagal belajar dari apa yang dia pandang. Alhamdulillah Ahmad Umar dan pandai beberapa perkara asas dalam pendidikan islam. Contohnya dia dah boleh baca al fatihah, doa penerang hati, doa makan, doa tambah ilmu, menyebut laillahaillah, mummaddurasulullah, subahanallah, alhamdulillah, allahuakbar, astagfirullahal'azim, memberi salam dan beberapa perkara lagi. Ada bab yang Umar boleh baca sendiri ada bab yang masih perlu ikut saya membacanya.

Tapi ada satu perkara yang merisaukan ialah dia seorang copy cat!!! Malah kadangkala dia tidak mahu mengikut apa yang saya cakap.

Kalau kemana-mana, Umar akan melakukan perbuatan berdasarkan perbuatan orang lain. Secara jujur kalau dirumah Umar behave tapi bila berjumpa budak lain yang buat aksi Umar akan terus mngikut. Contoh pernah satu masa ada budak bermain baring dilantai klinik, Umar terus mengikut. Bila ada budak menjilat cermin dia juga akan mengikut. Kalau saya menegah, saya perlu tarik perhatiannya kepada perkara yang dia suka iaitu buku bukunya. Apatah lagi dia meniru pelakuan-pelakuan kanak-kanak lain di taska. Contohnya dirumah saya dan suami tak pernah guna perkataan yang kasar atau kurang sopan tapi sesekali umar selalu cakap "sebok je" atau bila ditanya apa aktiviti dia hari ni di taska dia menjawab 'Makan Tido".

Dalam kesibukkan masa saya, saya ada masa yang sangat terhad kepada anak-anak. Ini sangat menyedihkan diri sendiri. Saya akan terus menegur perbuatannya salah tapi kadang-kadang tak makan saman. Satu satu masa dia mendengar dan satu-satu masa dia akan memberontak. Adakah Umar Stress?? Saya jarang pukul dan tengking anak. Saya percaya kepada pendekatan bercakap dengan lemah lembut. Adakah menegur dengan cara memukul ditapak tangan, piat telinga, cubitan boleh membawa kesan kepada emosi anak?

Tenggelam dengan persoalan-persoalan ini, seringkali saya rasa gagal dalam mendidik anak-anak. Adakah perlakuan kanak-kanak seperti ini normal? dan beransur hilang ketika dia mummayyiz?

1. Copycat?
2. Adakala ingin buat hal sendiri. Takmahu dengar cakap ummi
3. Melepaskan tantrum bila Ummi tak faham apa yang dia kehendaki.

Saya harus lebih komited dan istiqamah dalam berdoa. Ya Allah bantulah diri ini untuk menjadi Ummi yang Gagah. Ingat pesan, ustazah siapa buat dia dapat.

Kawan-kawan, sudi sudikanlah berkongsi ilmu keibubapaan dan pengalaman.

No comments:

Post a Comment