There is no more lovely, friendly and charming relationship, communion or company than a good marriage.
~Martin Luther~
Pagi tadi melihat penikahan di rancangan Cari Menantu di TV 9. Saya begitu tersentuh mendengar terjemahan yang dibacakan oleh Syarifah Nur tehadap ayat 32 surah An Nur. Ia mengimbau kembali saat kami suami isteri ingin berkahwin dengan halangan dan kekangan kewangan dan kewajiban nikah yang begitu mendesak ketika itu. Alhamdulillah dengan kurniaan rezekimu ya Allah. Mudahan-mudahan kita menetapkan niat kita semula yang sebenarnya kita berkahwin demi cinta kita untuk Allah, Demi menjadi Ibu bapa kelas pertama dalam piawaian agama islam, demi menjaga kesucian diri, demi menjadi umat nabi yang diberi syafaat kerana berkahwin dan demi kebaikkan kebaikkan yang Allah nukilkan melalui kalamnya setelah kita berkahwin. Yang masih berusaha untuk berkahwin teruskan usahamu, teruskan doamu, tambahkan ilmu ilmumu..semoga kita beroleh restu ibu dan bapa, semoga kalian berjaya mengharungi cabaran dan bernikah dengan nilai majlis walaupun 0 atau sejuta ringgit asalkan niat demi Allah...Insyaallah..
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
No comments:
Post a Comment