Saturday

Ada apa dengan Master dan PhD??


Terlebih dahulu terima kasih kat kak Hashima Hamid. Alhamdulillah perbincangan pada jumaat yang lepas, banyak input yang diperolehi daripada beliau. Bila berbual dengan orang yang lebih matang dan berpengalaman dari kita, banyak perbualan yang membuka minda. Alhamdulillah form survey saya juga dapat dibaiki agar rekabentuknya lebih baik, memudahkan analisis dan dapatan survey adalah mencukupi untuk kehendak kajian.

Ada apa dengan Master (research) dan PhD kita?
Setiap yang mengambil pengajian lanjutan ni pasti sangat berusaha keras dengan apa yang kita hendak capai. Tapi apa yang sebenarnya kita nak capai dengan sijil Master dan PhD ini?Adakah PANGKAT? KERJA? NAMA? atau apa sajalah. Ya MEMANG tak dinafikan kesemua yang ada dalam hati kita tu betul. Tetap tak bersalahan sebab dari usaha kuat kita, kita pasti ingin satu reward yang baik. Tapi bukanlah sebagai ultimate target dan sesuatu yang terlampau dikejar.

Tapi apa yang paling penting dan beharga dari usaha kuat dan perjalanan menghadapi pengajian Master dan PhD ini? Untuk menyiapkan research bagi keduanya kadangkala tidak mudah, ada kesilapan berulang kali, dan tak kurang juga masalah kehidupan dan belajar yang bercampur baur. Adakala untuk menyelesaikan satu task dalam research mungkin mengambil masa yang lama, susah nak cerna ilmu-ilmunya, kadang-kadang terpesong fahaman, kena review semula, sukar jumpa yang expert, dan bla bla bla bla seperti yang semua pelajar research pernah lalui. Tak kurang kita kadang-kadang menyampah dan berputus asa.

Tapi pengajaran dan pelajaran paling besar ialah PERJALANAN RESEARCH ini mengajar dan mendidik diri kita untuk menjadi orang yang lebih tabah, tekun, yakin, pakar terhadap ilmu dan ia semestinya akan membantu menjadikan kita seorang akademik yang bagus. Tapi ia VALID untuk mereka yang betul-betul BELAJAR SESUATU dari perjalanan researchnya.

2 comments:

  1. yup..sape kata senang untuk melanjutkan pengajian di peringkat yg lebih tinggi seperti master dan phd..saya yang buat master by coursework pun rasa perit tersendiri..kalau tak, tak layak utk kita grad master..bukan saja kita kena bersedia utk mlanjutkan pelajaran malah kita kena turut matang dr semua sudut..pengurusan diri, family, kawan2 dan yg paling penting hubungan kita dengan tuhan yang satu...kesediaan utk terima seadanya turut memain peranan..kerana mutiara yg kita nak kecapi bukan la mudah untuk digapai dengan tangan..semesti ujian dan rintangan akan dtg kepada kita..

    selepas aku rebah tatkala mula2 menjejak kaki phase master ni, terucap "baru tau ni gaya org smbg master"..

    semoga bila kita berkawan, berdamping dengan rakan2 yg matang dan berpengalaman dapat memotivasikan kita malah menjadi inspirasi kepada kita..sesungguhnya kejayaan mereka hr ni bukan lah semudah dan seindah yg dipandang..

    -put

    ReplyDelete
  2. terima kasih put, atas perkongsian. Sebenarnya akak cernakan kembali apa yang disembangkan dengan kak hashima dan akak berkaitan pengalaman menghadapi master by research dan PHD. Tak dinafikan juga master by course juga tetap ada kesukarannya. Apapun PERJALANAN menuntut ilmu dan kesukaran di dalamnya menjadikan kita sebagai apa?

    Tapi teringat kata-kata SV akak tak kurang juga yang mungkin belajar: "Hari ni aku dah jatuh lubang ni, aku nak duduk diam diam tepi lubang ni nak tengok siapa pula nak jatuh ke dalamnya:

    ReplyDelete