Situasi Pertama
Seorang penyelidik meminta bantuan dari bekas pembantu penyelidik yang kini sambung belajar di peringkat sarjana untuk bantu pelajar PSM belajar alat, penulisan thesis dan pengetahuan asas kajian. Adakah pembantu penyelidik akan terus menolong atau mengelak atau lebih terk tolong tapi belakang mengeluh dan mengata-ngata?
Situasi Kedua
Anda adalah professor dan lecturer menerima Email survey dari seorang pelajar. Sekali lalu melihat tajuk email adakah anda terus menjawabnya atau buang saja ke dalam TRASH kerana menganggap ia adalah JUNK MAIL atau bukannya ada KEPENTINGAN untuk reseach anda??
Situasi Ketiga
Anda Mahir menggunakan perisian yang memudahkan penulisan thesis. Adakah anda menolong rakan anda mempelajari atau anda mengelak2 berjumpa rakan kerana rakan asik tanya banyak soalan.
Situasi Keempat
Anda seorang penyelidik (prof, lecturer, pelajar) dan anda selalu mengambil jalan mudah dengan kaedah bertanya hingga soalan mudah pun nak tanya. Tak da lansung inisiatif untuk mencari dan berusaha untuk mempelajarinya. Atau anda seorang yang bersemangat dan sentiasa ingin mempelajarinya secara susah kerana anda akan ingat berbanding tau tanya saja tapi esok tanya lagi benda yang sama.
BAGAIMANA PENYELIDIK MEMBANTU SESAMA MEREKA??????
Sebenarnya lebih kepada situasi saya. Terkilan kerana yang bekerjasama hanya beberapa orang dan tidak dinafikan mereka semua ialah pensyarah yang benar-benar dedikasi terhadap kerja dan mereka bukanlah penyelidk yang HEBAT berbanding mereka yang lebih berpangkat dalam akademik. Apa salahnya kita sesama kita dari yang berpangkat tinggi, kepada pensyarah, pembantu penyelidik mahupun pelajar sama-sama membantu untuk meningkat taraf penyelidikkan di Universiti. Ya la mungkin orang kata sekarang kalau tak dapat habuan orang taknak buat. Mmm, kalau camtu baik buang saja title yang tinggi tinggi dalam bidang akademik tu.
Teringat kata-kata Cik Nan. Yup memang penat tolong orang tapi kena ingat kita tolong jangan minta balasan hari ni. Tapi mungkin esok Allah yang akan balas dengan orang lain pula yang akan tolong kita. Isu nya bukanlah terkilan sebab orang tak nak tolong tapi adakah ini suasana yang baik untuk meningkatkan kualiti research di universiti? Janganlah nak demand sebab pangkat tapi kena sedar jugaklah pangkat yang dibawa adalah untuk memberi ILMU mengikut kepakaran dalam apa jua situasi. Tak kiralah jika pertanyaan/permintaan itu datang dalam bentuk apapun samada secara berdepan, secara email, telifon ataupun surat. Namun sayugia diingatkan permintaan yang datang juga perlulah dengan tatacara dan adab yang betul bersesuaian dengan kita yang ingin meminta pertolongan.
Memang penat buat researh tapi ia adalah satu kepuasan yang tinggi bila kita berjaya mengatasi sesuatu persoalan. Hinggakan sya menydari Research adalah satu kesilapan yang anda jumpa berulang kali pada benda yang sama dan mengambil masa untuk menemui jawapan yang tepat. Hari ini kita dapat result. Besok kita sedar salah. Kemudian buat lagi dan kesilapan itu mungkin berulangkali. Nasib baiklah dan beruntung bagi mereka yang sekali buat terus dapat. Fuhhh bukan mudah untu melaksanakan falsafah ketelitian iaitu SEKALI BETUL selama-lamanya BETUL.
But even so semua dari kita perlu memainkan peranan. Tak kiralah dari bidang apapun. Banyak benda yang kita boleh kongsi dan bukan diperap. Malah bagi pendapat saya setiap dari kita harus dengan ikhlasnya membantu penyelidik yang lain untuk meningkatkan kualiti reasearch. Bukankan core bussiness kita adalah melakukan penyelidikkan? Budaya research juga harus diperbaiki. Dari segi penglibatan ketua penyelidik, pembantu penyelidik, kumpulan penyelidik semua harus difikirkan semula.
Tapi alhamdulillah sepanjang pengalaman saya ramai yang membantu. Cuma pada sesetengah method saja yang mungkin masih belum biasa. Nama seperti Supervisor saya dr yus, Encik ghazali kadis, encik zahrul, encik helmi, puan mariam semuanyalah sangat memberi bantuan dan tunjuk ajar.
Sesekali luntur juga semangat dalam menjalankan pengajian sarjana ini. Namun bila semangat kembali ia adalah satu kepuasan yang tinggi. Semoga semua dari kalangan kita ini berjaya menghadapi. Meletakkan ia di tahap yang paling tinggi.
No comments:
Post a Comment