Friday

Merasmikan Oven.Syukur dapat Rasa Makanan Yang Sedap


Dah rasmi dah oven yang baru dibeli tu..Alhamdulillah dapatle buat pizza april style ni... Dalam rumah ni, makanan yang sebegini sudah dikira mewah..Bila hendak makan takkan tak terlintas tubuh tanpa isi daging sebab kebuluran dan kemarau di Somalia
Aduhai..Kadang-kadang serba salah nak makan sedap..
Tapi itulah nikmat Allah
Terima kasih Allah sebab beri kami sekeluarga merasa makan yang sedap..


 


 Ini pula garlic bread..guna roti perancis jenama daily. Bila dibakar dan disapu dengan adunan marjerin,bawang putih dan daun sup..sedap abang kata..Sebenarnya banyak yang dah dimakan. Gambar diambil masa dan separuh jalan berbuka..Abang kata kalau beli dikedai sebanyak yang kita buat malam ni tentu lebih mahal...

Selalu pesan dengan anak-anak...jangan lupa syukur pada allah..Umar dan Ammar tau tak, bahawa ada orang di dunia ni tak pernah merasa pun apa yang kita makan..mereka nak tapi tak dapat pun..jangan membazir2



Ini sup berkrim...Memang selalu buat sebelum ni..

Asasnya saya guna marjerin, tepung gandung, susu sejat, ayam dan kentang..semalam tambah kentang dan daun saderi..Hirup panas-panas melegakan mulut yang berasa besi, tekak yang masam dan loya serta  perut yang sentiasa ada angin dan sebu ni...

Alhamdulillah...

Bila berbuka jangan lupa doakan umat islam di rohingya, syria, palestin, di somalia dan merata-merata dimana umat islam ditindas..
Kita mohon agar allah beri keampunan, hidayah dan jalan keluar dari ujian2..
insyaallah amin...


6 comments:

  1. Alhamdulillah, mewah rezeki kita.

    Dan semoga saudara kita di sana terbela nasib mereka...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah atas kurnia rezeki dariNya.....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, janji digunakan semaksima, tak rugi! Sedap sup omputih!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..terima kasih allah...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, wah nampak sedap dan mestinya sedap..nanti kena minta resepi lagi ngan ang ni..kalo kita dok dekat2 kan seronok, bleh bertukar2 masakan....

    ReplyDelete
  6. garlic bread rulza nampak marveles....

    syukur kita sentiasa di limpahi makanan kan, moga ianya tak menjadikan kita lupa dengan mereka yang kurang bernasib baik.

    ReplyDelete