Thursday

Terima Kasih Abang..Yeay dapat Oven ngan Mixer!!

Alhamdulillah tahun ini rezeki wang tak pernah kesempitan walaupun biasalah dihujung-hujung bulan tu duit tinggal sikit-sikit. Kadang-kadang sampai satu sen pun takda ditangan walaupun seminggu lagi baru nak gaji. Tapi alhamdulillah Allah pasti beri selepas duit habis  dengan rezeki yang tak disangka-sangka.

Dulu masa awal-awal berdepan dengan situasi takda duit  ada gak risau dalam hati tapi tak sampai menggelabah. Bila kita melalui dan belajar dari apa yang berlaku, Alhamdulillah sekarang bila habis duit kami yakin allah pasti beri rezeki lagi. Insyaallah sebab allah itu adalah apa yang kamu bayangkan.(tak ingat sapa cakap ni)...

Tahun ni dapat pulak bonus raya kan. Alhamdulillah rezeki allah. Kerajaan menunjukkan kemampuannya dan nyata mereka prihatin dengan kesusahan rakyat. Ya lakan kalau macam saya yang tak stabil lagi pekerjaannya ni memangla harap2 juga..dah 2 3 tahun tak beli baju raya. Tapi tahun ni pun tak beli jugak kot sebab nak jimat..huhu..pakai apa yang ada..kalau nak beli pun kat suami lah kot sebab dia asik pakai baju raya  2 3 tahun lepas..saya ada gak mertua siapkan baju dr kain kain lama saya yang dah lama tak bersentuh..

Alhamdulillah juga tahun ni abang dapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Dapatlah duit lagik. Masa SKT dulu memang ketua jabatan dia rekemenkan untuk AKC tu. Alhamdulillah memang ia adalah rezeki yang tak disangka-sangka. Ada satu kisah yang saya rasa adakalanya sikap suami tu betul. Bukan apa, saya ni memang jenis kuat melawan kot..Yala kalau orang tu salah atau menyalahkan saya, saya memang menjawab. Tak kiralah bos ke apa..Menjawab jugalah untuk backing diri. Tapi baru-baru ni Big boss abg panggil..bukan ketua jabatan tapi ni yang head office tu. Kebetulan ada silap apa ntah abang mengaku gak kesalahan orang yang dipanggil sebelum ni sebab tak mahu panjangkan keadaan sebab orang tu dah kena panggil dan dah kena sebelum ni. Tapi bila dijawab begitu big boss ni cakap.."saya bagi awak AKC pun sebab tanda minta maaf sebab TUDUH awak MENCURI dulu"..Suami cakap dia diamkan saja sebab dia tahu ketua jabatan yang shorkan dan dia lebih banyak/mostly bekerja dibawah ketua jabatan. Abang diamkan saja dan malas menjawab sebab semua dah kenal benar sikap boss.

Kadang-kadang bila berdepan dengan orang yang begitu, diam dan ya kan saja lebih baik..Biarkan dia menang untuk menang..Prof muhaya pesan jangan pentingkan penilaian orang tapi selalu fikir apa perkara baik dan berfaedah yang kita boleh beri hari ni..

Alhamdulillah, mulanya saya minta oven kecik je..yang reganya cuma 69 je..sekali oven tu last stock kemudian rosak pulak..ish ish..jadi abang kata takpalah ambil yang besar sikitlah sebab yang harga bawah 100 semua habis..mulanya macam taknak beli sebab lebih 100..Suami selalu cakap saya ni tak munasabah..nak barang yang murah-murah..contohnya kalau cari baju, ada tak yang 5 ringgit..kalau cari baju anak anak ada tak yang 2 ringgit. Abang kata takde dah orang nak jual semurah tu..Nak murah tapi tak munasabah abang kata..

Abang kata belilah oven yang 149 tu..takpalah..di belikan juga dan tambah mixer supaya saya tak susah lagi untuk buat mayonis dan kek..Hihi best..Terima kasih abang..Dah lama tak beli apa-apa perkakasan lektrik kat rumah..TV pun belum berganti..Terima kasih sangat-sangat abang sebab belanja ayang..pasni boleh la buat roti, piza, kek..seronoknya buat sendiri..puas beri anak dan suami makan. Sebab bila buat sendiri kita boleh pilih dan yakin apa barang yang kita guna..seronok kan..



12 comments:

  1. hehe, seronok kan..yelah zakiah kadang akak pun mau yang murah2 tapi kita nak barang bagus, untuk barang elektrik biar mahal sikit sebab kita guna for long term. Akak suka beli mahal biar lama pakainya. Kalau beli murah cepat rosak, akak tak suka. Nanti bila dah buat pizza dan roti hantar kat akak yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..zakiah ni nak murah2 je sebab kan budget kena control..kalau duit ada lebihan..beli gak kot..:)

      insyaallah kalau sedap dan jadi zakiah hantarkan..:)

      Delete
  2. Alhamdulillah. Rezeki itu Allah, yang lain2 hanya pengantara sahaja.

    Suami kakcik suka ambil sikap berdiam diri bila dimarah oleh ketuanya, tapi rezekinya Allah dah tentukan bagaimana. Alhamdulillah. :)


    p/s : tahun ini pun kakcik tak ada baju raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak cik..allah memang nak beri..

      selalunya bila kita meningkat umur rasa dah tak sama cam kecik2 dulu bila pakai baju baru..:)

      kita sama geng tahun ni..:)

      takda baju raya takpa janji buleh balik jumpa mak di kampung..hihi

      Delete
  3. alhamdulillah, dapat oven ya. Boleh buat kuih raya sendiri banyak2 tahun ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kakyus..pas abang beli, saya pun cakap ngan dia tahun ni memang kena buat kuit sendiri sebab dah beli oven lebih RM100..hihi..:)

      Delete
  4. aritu aku baca entry ang pasal oven tu, aku bagitau husband nak belikan satu oven kat hang bila dapat tunggakan gaji utk tahun ni. Ingat nak bagi masa jumpa ang time raya nanti.Tapi ang dah dapat dah, so nampaknya kena bagi benda lain la sebab dah niat nak hadiahkan something kat ang. Ang bagitau la apa yang ang nak sebagai ganti oven tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, ang ni kak long susahkan ang je..tapi terima kasih sebab ingat kat aku..

      takpe2..simpalah dwet tu, untuk baby nanti..:)
      ataupun buat jenjalan mai batu pahat ni...:)

      Delete
  5. yeayyyyy...... tumpang gembira gak....hehe... mesti rulza ni seorang yang suka memasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..suka memasak tu biasa-biasa saj..tapi suka masak untuk keluarga walaupun sinple2 saja..yang penting saya yang masak..:)

      Delete
  6. kt mne yer beli oven yg murah tu? berminat la
    0176643034

    ReplyDelete
    Replies
    1. oven tu saiz biasa2 je..berkadaran la kot ngan rega dia..saya beli kat care4 batu pahat....

      Delete