Monday

Solehnya!!!

Assalamualaikum semua sahabat yang disayangi kerana allah..:)

Selamat berpuasa semua. Semoga tahun ni, kita dapat jadikan ramadhan ini, ramdahan untuk buat transformasi diri untuk jadi ibu, wanita dan anak yang solehah. Kita buat semuanya dengan betul..Tutup aurat dengan betul. ibadah dengan betul, bak kata biarlah menjadi serba serbi betul..

Mudah-mudahan kita semua dapat berpuasa dengan seronok-seronok, sihat dan paling penting kita keluar dari ramdahan ini dengan mendapat keampuanan dari allah. Disitulah hari raya akan bermakna, bukan bermakna dengan salinan pakaian baru, langsir, cat rumah dan keduniaan semata-mata..

Dr muhaya kata hari raya ni jika kita beli 8 pasang baju tak seronok sebenarnya..tapi cuba kita pakai 2 pasang saja dan 6 lagi beri pada orang, ituah keseronokkan sebenar..ada nikmat disitu

Ooo, raya lambat lagi...Jomlah kita tambah2 ibadah dulu..

Alhamdulillah tahun ni puasa dia awal trimester pertama takda apa yang bermasalah. Alhamdulillah juga saya kalau mengandung tidak ada masalah yang berat dan memberatkan..loya-loya tu biasalah..tapi saya akan lawan..kalau tak jenuhlah tak dapat masak..selalunya mula-mula saja bila nak masak tu loya..cam tak lalu nak makan dan bau..tapi bila dah masuk mulut ok saja..Alhamdulillah.

Sempena ini juga saya mohon maaf pada sahabat-sahabat semua pada apa-apa perbuatan yang melukakan hati. Mudah-mudahan kita masuk ke dalam ramdahan dengan dosa dengan orang kita dah minta maaf...Tak seronoklah tunggu raya kan..sebab bulan ramdahan ni kan bulan ibadah..tak best kalau kita masih banyak dosa dengan manusia....

Seperti tahun-tahun sebelumnya juadah berbuka, saya pasti akan masak sendiri. Jarang yang amat nak beli di kedai atau bazar..Adapun mungkin air kotak atau air tebu..Dalam sebulan mungkin 1-2 kali saja kami membeli makanan...

Selalunya saya akan masak ala kadar saja..takda yang istimewa sangat. Hari pertama tahun ni bersahur dan berbuka di rumah mertua. Hari kedua baru berbuka dirumah. Semalam saya masak mee kuah dengan ketayap. Air buat bandung soda. Kemudian goreng donut yang dibekalkan oleh mertua untuk anak-anak...
Alhamdulillah bila anak-anak makan dan suami makan dan puji sedap, kira spesellah tu..:)

Semalam agak kepenatan sebab mengemas rumah dan dapur. Kami berbuka jam 7.20++ disini. Alhamdulillah siap makan dalam pukul 7 45 tu saya dan suami duduk-duduk sekejap nak bagi makanan turun, tapi sebab badan penat sangat saya tersengguk-sengguk dan terlelap.

Kemudian tak lama lepas tu saya rasa kaki saya diurut-urut..Memang kaki saya lenguh sebab time mengandung selalunya memang macam tu..Saya ingatkan apa bendalah yang dok urut kaki saya tu, sekali bukan mata saya lihat Umar sedang sapu minyak dakam di betis saya..

Ohh terharunya..Masa tu suami saya pun terlelap juga...hihi..masing-masing macam penat sangat semalam. Saya terus peluk Umar dan cakap dengan dia "Terima kasih, terharu sangat Ummi, solehnya Umar ni"....Kemudian Umar sapu minyak di kaki dia pula. Saya cakap dengan Umar "Meh sini Ummi sapukan"

Kemudian saya baring kejap dalam bilik. konon nak baring kejap tapi terlelap lagi. Masa tu Umarlah yang manjaga adik. Dia betul-betul jaga Ammar. Bila ammar buat danger action dia terus  cakap "adik ni"..bila Ummi bangun nak lihat Umar cakap "takpe-takpe ummi, biang abang tengok.."

Allahuakbar, saya terharu lagi..saya cakap lagi benda yang sama pada Umar. Kemudian saya terus bangun untuk magrib. Saya cerita kat suami dan dia terus peluk Umar. Dia cakap "Adakah sebab bisikannya ketika Umar sedang tidut petang tadi.."

Masa saya wuduk Umar nak mandi. Selesai wuduk saya biarkan Umar mandi dulu. Suprisingly, saya lihat Umar ambil berus lantai dan tonyoh lantai bilik air..Kemudian selesai solat saya masuk ke bilik air. Umar pun dah selesai mandi. Saya lihat berus lantai tu Umar snagkut balik ke tempatnya...

Malam tadi banyak sangat perkara yang Umar buat...Seronok dan terharu..Ummi harap Umar dapat jadi contoh yang baik untuk adik-adik semua..Sayang Umar..Biarlah solehnya Umar berkekalan sampai ke akhir hayatmu...Amin

2 comments:

  1. bagusnya Umar....terharu sama baca. Alhamdulillah, moga terus membesar jadi anak kebanggaan ya Umar.

    p/s: baru dapat komen lagi di blog Rulza ni, hari tu tak boleh...huhu

    ReplyDelete
  2. SALAM RAMADHAN
    terharunya dengan Umar. Semalam baru bermimpi dapat jumpa Ammar dan Umar. Harap dapat jumpa la raya ni..Alhamdulillah ang tak de alahan kan...aku ni jer yang teruk sangat. Mujur dapat teruskan puasa, cuma nak habiskan satu hari memang seksa. muntah sepanjang hari. lemah rasa badan..Jaga diri baik2 ye.

    ReplyDelete