Monday

Selamat Hari Lahir Anakanda Muhammad Ammar yang tersayang

Hari ni genaplah Umur Muhammad Ammar 2 tahun. sekejap saja masa berlalu. Banyaknya perkembangan Ammar dan risau memikirkan ada yang Ummi terlepas pandang.

Muhammad Ammar sayang, Jika kamu ingin tahu siapakan didunia ini paling menyayangimu. Jawapannya tetap Ummi mu. Begitu juga Umar.

Dulu Ummi sering tak percaya cakap bonda bila bonda sebut pada Ummi  "mak tak pernah pilih kasih". Kini barulah ummi tahu hakikat itu. BENAR....hati ibu yang baik takkan pernah memilih kasih. Ummi sayang Umar dan Ammar. Sayang biar sampai kamu berdua masuk syurga.

Alhamdulillah Ammar, tahun depan Ammar pula jadi abang. Ammar dah besar. Ammar dah semakin pandai.

Biarlah akhlakmu sama seperti namamu iaitu "memakmurkan" ..membesarlah dan hidup untuk makmurkan dunia, islam, dan keluarga kita. Biarlah kamu berakhlak hingga menjadi ikhwan seperti nabi cintakan Ammar bin yasir.

Tinggi harapan Ummi melihat kamu membesar hingga mencapai soleh dan taat. Namun bukan hanya dengan sebutan. Ia adalah satu galasan pada diri ummi untuk memenuhi impian itu..

Muhammad Ammar, Selamat hari lahir sayang..Ummi sentiasa mencintaimu dan mendoakan kesejahteraan hidupmu didunia dan akhirat..

Semoga Allah memberkati Ammar wahai kesayanganku...

Ammar atas riba Maklang Ida...

6 comments:

  1. Zakiah pregnant lagi ke? Happy Birthday Ammar..jap je dah besar..moga jadi anak yang soleh yea..

    ReplyDelete
  2. hihi..ingatkan akak yang nak peknen dulu..sekalai zakiah jugak yang dulu..insyaallah tahun depan tambah lagi satu..

    insyaallah amin..mudah mudahan jadi yang soleh...

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir ammar :)

    tahniah ye dah nak tambah sorang lagi ahli keluarga. doakan saya dimurahkan rezeki tambah seorang lagi ye :)

    ReplyDelete
  4. Alamak, dah terlambat nak wish Ammar..Selamat Hari lahir Ammar. Semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa...

    ReplyDelete
  5. wlu agak terlambat...'selamat hari lahir Ammar' .. semuga menjadi hamba Allah yg soleh & bertaqwa. Amin.

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir ammar. Oh! Ni yang sebaya Arif tu kan! Dah nak dapat adik ya? Ibu Arif ni berkira2 nak kasi Arif adik ke tak? Penat rasa, baru 4 orang, mcm mana orang dulu2 boleh bersalin 8-10 orang kan?

    ReplyDelete