Friday

Merasmikan Oven.Syukur dapat Rasa Makanan Yang Sedap


Dah rasmi dah oven yang baru dibeli tu..Alhamdulillah dapatle buat pizza april style ni... Dalam rumah ni, makanan yang sebegini sudah dikira mewah..Bila hendak makan takkan tak terlintas tubuh tanpa isi daging sebab kebuluran dan kemarau di Somalia
Aduhai..Kadang-kadang serba salah nak makan sedap..
Tapi itulah nikmat Allah
Terima kasih Allah sebab beri kami sekeluarga merasa makan yang sedap..


 


 Ini pula garlic bread..guna roti perancis jenama daily. Bila dibakar dan disapu dengan adunan marjerin,bawang putih dan daun sup..sedap abang kata..Sebenarnya banyak yang dah dimakan. Gambar diambil masa dan separuh jalan berbuka..Abang kata kalau beli dikedai sebanyak yang kita buat malam ni tentu lebih mahal...

Selalu pesan dengan anak-anak...jangan lupa syukur pada allah..Umar dan Ammar tau tak, bahawa ada orang di dunia ni tak pernah merasa pun apa yang kita makan..mereka nak tapi tak dapat pun..jangan membazir2



Ini sup berkrim...Memang selalu buat sebelum ni..

Asasnya saya guna marjerin, tepung gandung, susu sejat, ayam dan kentang..semalam tambah kentang dan daun saderi..Hirup panas-panas melegakan mulut yang berasa besi, tekak yang masam dan loya serta  perut yang sentiasa ada angin dan sebu ni...

Alhamdulillah...

Bila berbuka jangan lupa doakan umat islam di rohingya, syria, palestin, di somalia dan merata-merata dimana umat islam ditindas..
Kita mohon agar allah beri keampunan, hidayah dan jalan keluar dari ujian2..
insyaallah amin...


Thursday

Terima Kasih Abang..Yeay dapat Oven ngan Mixer!!

Alhamdulillah tahun ini rezeki wang tak pernah kesempitan walaupun biasalah dihujung-hujung bulan tu duit tinggal sikit-sikit. Kadang-kadang sampai satu sen pun takda ditangan walaupun seminggu lagi baru nak gaji. Tapi alhamdulillah Allah pasti beri selepas duit habis  dengan rezeki yang tak disangka-sangka.

Dulu masa awal-awal berdepan dengan situasi takda duit  ada gak risau dalam hati tapi tak sampai menggelabah. Bila kita melalui dan belajar dari apa yang berlaku, Alhamdulillah sekarang bila habis duit kami yakin allah pasti beri rezeki lagi. Insyaallah sebab allah itu adalah apa yang kamu bayangkan.(tak ingat sapa cakap ni)...

Tahun ni dapat pulak bonus raya kan. Alhamdulillah rezeki allah. Kerajaan menunjukkan kemampuannya dan nyata mereka prihatin dengan kesusahan rakyat. Ya lakan kalau macam saya yang tak stabil lagi pekerjaannya ni memangla harap2 juga..dah 2 3 tahun tak beli baju raya. Tapi tahun ni pun tak beli jugak kot sebab nak jimat..huhu..pakai apa yang ada..kalau nak beli pun kat suami lah kot sebab dia asik pakai baju raya  2 3 tahun lepas..saya ada gak mertua siapkan baju dr kain kain lama saya yang dah lama tak bersentuh..

Alhamdulillah juga tahun ni abang dapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Dapatlah duit lagik. Masa SKT dulu memang ketua jabatan dia rekemenkan untuk AKC tu. Alhamdulillah memang ia adalah rezeki yang tak disangka-sangka. Ada satu kisah yang saya rasa adakalanya sikap suami tu betul. Bukan apa, saya ni memang jenis kuat melawan kot..Yala kalau orang tu salah atau menyalahkan saya, saya memang menjawab. Tak kiralah bos ke apa..Menjawab jugalah untuk backing diri. Tapi baru-baru ni Big boss abg panggil..bukan ketua jabatan tapi ni yang head office tu. Kebetulan ada silap apa ntah abang mengaku gak kesalahan orang yang dipanggil sebelum ni sebab tak mahu panjangkan keadaan sebab orang tu dah kena panggil dan dah kena sebelum ni. Tapi bila dijawab begitu big boss ni cakap.."saya bagi awak AKC pun sebab tanda minta maaf sebab TUDUH awak MENCURI dulu"..Suami cakap dia diamkan saja sebab dia tahu ketua jabatan yang shorkan dan dia lebih banyak/mostly bekerja dibawah ketua jabatan. Abang diamkan saja dan malas menjawab sebab semua dah kenal benar sikap boss.

Kadang-kadang bila berdepan dengan orang yang begitu, diam dan ya kan saja lebih baik..Biarkan dia menang untuk menang..Prof muhaya pesan jangan pentingkan penilaian orang tapi selalu fikir apa perkara baik dan berfaedah yang kita boleh beri hari ni..

Alhamdulillah, mulanya saya minta oven kecik je..yang reganya cuma 69 je..sekali oven tu last stock kemudian rosak pulak..ish ish..jadi abang kata takpalah ambil yang besar sikitlah sebab yang harga bawah 100 semua habis..mulanya macam taknak beli sebab lebih 100..Suami selalu cakap saya ni tak munasabah..nak barang yang murah-murah..contohnya kalau cari baju, ada tak yang 5 ringgit..kalau cari baju anak anak ada tak yang 2 ringgit. Abang kata takde dah orang nak jual semurah tu..Nak murah tapi tak munasabah abang kata..

Abang kata belilah oven yang 149 tu..takpalah..di belikan juga dan tambah mixer supaya saya tak susah lagi untuk buat mayonis dan kek..Hihi best..Terima kasih abang..Dah lama tak beli apa-apa perkakasan lektrik kat rumah..TV pun belum berganti..Terima kasih sangat-sangat abang sebab belanja ayang..pasni boleh la buat roti, piza, kek..seronoknya buat sendiri..puas beri anak dan suami makan. Sebab bila buat sendiri kita boleh pilih dan yakin apa barang yang kita guna..seronok kan..



Monday

Solehnya!!!

Assalamualaikum semua sahabat yang disayangi kerana allah..:)

Selamat berpuasa semua. Semoga tahun ni, kita dapat jadikan ramadhan ini, ramdahan untuk buat transformasi diri untuk jadi ibu, wanita dan anak yang solehah. Kita buat semuanya dengan betul..Tutup aurat dengan betul. ibadah dengan betul, bak kata biarlah menjadi serba serbi betul..

Mudah-mudahan kita semua dapat berpuasa dengan seronok-seronok, sihat dan paling penting kita keluar dari ramdahan ini dengan mendapat keampuanan dari allah. Disitulah hari raya akan bermakna, bukan bermakna dengan salinan pakaian baru, langsir, cat rumah dan keduniaan semata-mata..

Dr muhaya kata hari raya ni jika kita beli 8 pasang baju tak seronok sebenarnya..tapi cuba kita pakai 2 pasang saja dan 6 lagi beri pada orang, ituah keseronokkan sebenar..ada nikmat disitu

Ooo, raya lambat lagi...Jomlah kita tambah2 ibadah dulu..

Alhamdulillah tahun ni puasa dia awal trimester pertama takda apa yang bermasalah. Alhamdulillah juga saya kalau mengandung tidak ada masalah yang berat dan memberatkan..loya-loya tu biasalah..tapi saya akan lawan..kalau tak jenuhlah tak dapat masak..selalunya mula-mula saja bila nak masak tu loya..cam tak lalu nak makan dan bau..tapi bila dah masuk mulut ok saja..Alhamdulillah.

Sempena ini juga saya mohon maaf pada sahabat-sahabat semua pada apa-apa perbuatan yang melukakan hati. Mudah-mudahan kita masuk ke dalam ramdahan dengan dosa dengan orang kita dah minta maaf...Tak seronoklah tunggu raya kan..sebab bulan ramdahan ni kan bulan ibadah..tak best kalau kita masih banyak dosa dengan manusia....

Seperti tahun-tahun sebelumnya juadah berbuka, saya pasti akan masak sendiri. Jarang yang amat nak beli di kedai atau bazar..Adapun mungkin air kotak atau air tebu..Dalam sebulan mungkin 1-2 kali saja kami membeli makanan...

Selalunya saya akan masak ala kadar saja..takda yang istimewa sangat. Hari pertama tahun ni bersahur dan berbuka di rumah mertua. Hari kedua baru berbuka dirumah. Semalam saya masak mee kuah dengan ketayap. Air buat bandung soda. Kemudian goreng donut yang dibekalkan oleh mertua untuk anak-anak...
Alhamdulillah bila anak-anak makan dan suami makan dan puji sedap, kira spesellah tu..:)

Semalam agak kepenatan sebab mengemas rumah dan dapur. Kami berbuka jam 7.20++ disini. Alhamdulillah siap makan dalam pukul 7 45 tu saya dan suami duduk-duduk sekejap nak bagi makanan turun, tapi sebab badan penat sangat saya tersengguk-sengguk dan terlelap.

Kemudian tak lama lepas tu saya rasa kaki saya diurut-urut..Memang kaki saya lenguh sebab time mengandung selalunya memang macam tu..Saya ingatkan apa bendalah yang dok urut kaki saya tu, sekali bukan mata saya lihat Umar sedang sapu minyak dakam di betis saya..

Ohh terharunya..Masa tu suami saya pun terlelap juga...hihi..masing-masing macam penat sangat semalam. Saya terus peluk Umar dan cakap dengan dia "Terima kasih, terharu sangat Ummi, solehnya Umar ni"....Kemudian Umar sapu minyak di kaki dia pula. Saya cakap dengan Umar "Meh sini Ummi sapukan"

Kemudian saya baring kejap dalam bilik. konon nak baring kejap tapi terlelap lagi. Masa tu Umarlah yang manjaga adik. Dia betul-betul jaga Ammar. Bila ammar buat danger action dia terus  cakap "adik ni"..bila Ummi bangun nak lihat Umar cakap "takpe-takpe ummi, biang abang tengok.."

Allahuakbar, saya terharu lagi..saya cakap lagi benda yang sama pada Umar. Kemudian saya terus bangun untuk magrib. Saya cerita kat suami dan dia terus peluk Umar. Dia cakap "Adakah sebab bisikannya ketika Umar sedang tidut petang tadi.."

Masa saya wuduk Umar nak mandi. Selesai wuduk saya biarkan Umar mandi dulu. Suprisingly, saya lihat Umar ambil berus lantai dan tonyoh lantai bilik air..Kemudian selesai solat saya masuk ke bilik air. Umar pun dah selesai mandi. Saya lihat berus lantai tu Umar snagkut balik ke tempatnya...

Malam tadi banyak sangat perkara yang Umar buat...Seronok dan terharu..Ummi harap Umar dapat jadi contoh yang baik untuk adik-adik semua..Sayang Umar..Biarlah solehnya Umar berkekalan sampai ke akhir hayatmu...Amin

Tuesday

Adik marilah mengaji

Semalam lepas ajar Umar Iqra, Umar tak puas hati sebab Ammar tak kena mengaji sama..
Huhu Ammar memang la susah nak duduk diam-diam mengaji sebab dia tak faham sangat..

Umar terus panggil Ammar.."Adik mailah mengaji"
Tapi taulah adik tu mana mau ikut...
Pastu Ummi pun pujukla Ammar supaya duduk mengaji dengan Umar.

Tapi Umar cakap dengan Ummi, "Takpe-takpe biar Umar yang suruh"..

Dalam hati Ummi kata "Cewwah Umar ni..memang nampak "keabangan"nya.

Umar pujuk lagi Ammar marilah adik baca iqra..tapi Ammar tak layan pun..

Last2 tak baca pun iqra..:

Malam sikit..tak semena adik jatuh kerusi lagi..ntah macam mana boleh jatuh...
Memang berdentum kepala..
Menangis panjang betol...
Nak kluar bunyi tangis tu dekat 2 3 minit jugaklah baru bunyi...
Memang merahlah kepala adik
Ayah ambil botol ais yang memang dah selalu standby dalam freezer...

Umar kalau adik sakit dialah yang paling sibuk nak rawat adik..
Umar cakap dengan Ummi " Takpe-takpe biar abang yang sejukkan adik"

Umar pujuk-pujuk adik...Umar cakap "Sakit ye adik, takpe-takpe..."

Ummi terharu sangat..Ummi peluk Umar dan pesan pada Umar, "Abang pandai sangat, kalau Umi mati, abanglah jaga adik elok-elok ya"

Ntah faham idak Umar tu dia diam je..

Umar dan adik kalau gaduh, gaduh juga..kalau membela antara satu sama lain ya juga..masing-masing pun ada waktu men"care" antara satu sama lain...
Waktu paling akrab adalah waktu menonton..hampir 100 % action mereka serentak dan sama semasa menonton upin dan ipin atau boboiboy...
kadang abang peluk adik dan adik peluk abang...
mmmm..anak-anak jadilah saudara yang paling akrab..takmau gaduh-gaduh sebab...


 
btw bila nak ada magika 2...hihi


Biar adakalanya
Dia buat kau kecewa
Biar adakalanya
Dia buat kau gundah

Tetapi tak mengapa
Kerna dialah juga
Yang mengambil hati mu
Bila keadaan reda

Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga

Oh kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tidak akan putus

Kila kau dalam susah
Semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa
Yang sudi menghulur
 
Jika tak adik beradik
Yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri
Selalu yang tak berlima

Oh kita bersaudara
Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga

Oh kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tidak akan akan akan putus


Monday

Selamat Hari Lahir Anakanda Muhammad Ammar yang tersayang

Hari ni genaplah Umur Muhammad Ammar 2 tahun. sekejap saja masa berlalu. Banyaknya perkembangan Ammar dan risau memikirkan ada yang Ummi terlepas pandang.

Muhammad Ammar sayang, Jika kamu ingin tahu siapakan didunia ini paling menyayangimu. Jawapannya tetap Ummi mu. Begitu juga Umar.

Dulu Ummi sering tak percaya cakap bonda bila bonda sebut pada Ummi  "mak tak pernah pilih kasih". Kini barulah ummi tahu hakikat itu. BENAR....hati ibu yang baik takkan pernah memilih kasih. Ummi sayang Umar dan Ammar. Sayang biar sampai kamu berdua masuk syurga.

Alhamdulillah Ammar, tahun depan Ammar pula jadi abang. Ammar dah besar. Ammar dah semakin pandai.

Biarlah akhlakmu sama seperti namamu iaitu "memakmurkan" ..membesarlah dan hidup untuk makmurkan dunia, islam, dan keluarga kita. Biarlah kamu berakhlak hingga menjadi ikhwan seperti nabi cintakan Ammar bin yasir.

Tinggi harapan Ummi melihat kamu membesar hingga mencapai soleh dan taat. Namun bukan hanya dengan sebutan. Ia adalah satu galasan pada diri ummi untuk memenuhi impian itu..

Muhammad Ammar, Selamat hari lahir sayang..Ummi sentiasa mencintaimu dan mendoakan kesejahteraan hidupmu didunia dan akhirat..

Semoga Allah memberkati Ammar wahai kesayanganku...

Ammar atas riba Maklang Ida...

Kanak-kanak pastinya suka bermain...

Kalau di rumah yang ada kanak-kanak pasti susun atur dan tata hiasnya adalah yang paling minimal. Hendak meletakkan pasu kaca pun akan berfikir berpuluh kali samada nak letak atau tidak.

Entry ni berbaur ketidakpuasan hati sebenarnya. Hanyalah luahan bodoh saya yang mungkin saya sahaja berpendapat begitu. Mungkin orang lain-lain anak-anaknya bijak dan tahu apa yang sepatutnya boleh dimain atau tidak.

Saya memang seorang yang tak cepat melenting dengan anak-anak. Kalau nak kata barang dirosakkan anak, saya memang orang yang bersikap bersahaja dan takkan marah sebab saya dengan adik-adik juga begitu. Dalam hati saya selalu ada perasaan apalah nilai barang dengan perasaan terguris itu sebab kadang mereka bukan sengaja. Bila rosak benda dah jadi dan takkan dapat di ubah kepada bentuk asal. Saya sayang barang tapi sayang saya mengatasi sayang kepada anak-anak, adik-adik dan mereka yang menyayangi saya...Hset saya tu dah banyak kali terjatuh, tersompek dll. Tapi ht ni tak mampu marah sebab mereka bukan sengaja. kalau mereka betul betul baling memang saya marahla sebab perangai tu unacceptable. Tapi jarang sangatlah mereka begitu.

Bila ke rumah orang, saya selalunya positif pada semua anak-anak..tak kira anak saya atau anak orang lain. atau kalau ada orang yang bawak anak-anak mereka ke rumah saya, saya tidak kisah kalau anak-anak mereka macam mana pun..Dan saya seronok kalau orang lain berfikiran yang sama. Anak-anak ni yang penting cara kita handle mereka.

Titik mula kejadian di kota tinggi tulah permulaan saya cepat makan hati bila Umar dan Ammar asik ditegur-tegur bila menyentuh dan bermain barang dirumah mereka.

Saya memang terasa sebab saya adalah orang yang tidak kisah dengan kanak-kanak. Biarlah mereka nak melompat atau nak makan apa yang terhidang sebab mereka adalah kanak-kanak. Saya takkan halang atau sembunyi-sembunyi makanan.

Cerita hari tu begini;
Masa hari kejadian, semua makanan dah dihidangkan ke depan. Kebetulan ada saudara yang bawa muffin coklat dan puding roti. Mereka hidangkan dalam pinggan dan letak dulu dilantai sebelum nak dibawakan ke depan sebab semua orang tengah baca yasin. Saya pun turut baca yasin masa tu, tapi di bahagian dapur. Umar biasalah..dia ada dekat2 saya sambil main permainan. Bila dah nampak muffin coklat tu Umar terus amik, saya pula biarkan saja sebab saya fikir inikan kenduri takpa kot Umar ambil satu. Tapi sedih terus bila ada satu orang yang rapat dengan saya cakap

 " Eh, tengok tu, dah ambil-ambil dah tu, ni orang nak bawak ke depan ni" dia cakap kat satu orang lain supaya cepat-cepat larang Umar. Lebih kurang ayatnya begitu tapi dia buat dengan nada cemas seolah-olah tindakan Umar tu salah.

Saya terus panggil Umar dan pukul tangannya depan orang yang rapat dengan saya tu. Memang sangat kuat pukulan tu. Dalam hati masa tu marah..bukan marahkan Umar tapi marahkan sipolanah tu sebab kata-katanya..Tuan rumah plak terus cakap "eh takpalah ambil saja, itu memang nak buat makan"

Saya marah Umar..saya cubit Umar suruh dia diam dan Umar macam biasa dia akan terus behave yang amat sangat sebab Umar jarang kena marah atau pukul dengan saya. Saya lihat "Dia" bangun ke tempat lain. Saya tahu dia menangis sebab saya kenal dia. Hati dia memang cepat tersntuh dan selalu cakap sayang Umar..Saya tahu..Tapi tindakan kadang-kadang membuatkan saya terasa dan menyakinkan saya jika saya mati hanyalah adik-adik saya dan mak saya di perlis yang mampu menjaga anak-anak saya seperti saya menyayangi mereka. Sebab mereka tak pernah berkira dengan saya..especially ida yang Umar dan Ammar ni dia yang jaga semasa saya dalam pantang..apatah lagi ida memang kerap datang ke taman permai.

Saya tahu syaitan itu selalunya dekat dengan kita. Dia takkan putus asa menghasut hati kita yang sedang marah dan terasa.
Tapi  sebab saya memang fikiran saya lain dari mereka saya terus akan cepat terasa bila mereka berkira2 dan asik tegur2 bila anak-anak main barang di rumah mereka. 

Contohnya di rumah mereka ada satu tempat yang satu orang tu letak barangan dan perkakasan baiki motor di depan rumah. Budak kecil kalau dah nampak benda pelik depan mata dia mulalah nak main. Umar dan Ammar pulak asik ulang main benda-benda kat situ. Dan mereka asiklah bercakap nanti si polan marah, nanti itu ini..Saya faham mereka tidak kenal anak-anak saya, dan mereka takut benda tu mungkin mencederakan anak-anak. Tapi cara mereka...:(

saya pula, saya tahu benda cam spanar tu tak mudah rosak dan kenal anak saya takkan abuse benda tu sewenangnya, jadi saya cuma tenggokkan saja mereka bermain dan pantau kalau2 mungkin ada adegan gaduh2 je..

Hari tu saya dah bengang sangat sebab Umar dan Amar asik kena tegur. Ammar plak main jam yang diletakkan di tepi TV..Malam tu memang saya "meroyan"..Tak pernah-pernah saya marah anak2 sampai macam tu sekali. Umar dan Ammar kena tengking dan dicubit..Suara memang naik..(penat gila naikkan suara)..kalau dalam sebulan belemu tentu saya bebel dan marah anak-anak dengan teruk. Saya tahu tindakkan saya, dia terasa tapi saya dah simpan terasa tu lama sangat jadi saya dah marah sangat..Dalam hati saya yang tengah jahat tu terus berbisik " nak terasa apa, ni la yang ko nak kan..kalau tak kenapa asik tegur Umar dan Ammar 24 jam"

saya marah anak-anak yang kononnya mereka itu terlampau tak pernah jumpa barang...semua benda nak main sedangkan saya marah kenapa orang lain tak boleh faham yang mereka hanyalah kanak-kanak.. dan mereka selalu salah anggap anak-anak saya. Anak saya tak nakal, tak cakap benda kotor tak jahat..anak-anak saya tak seteruk itu seperti mereka tegurkan selalu.

Saya kenal anak-anak saya. Mereka tak nakal dan bukan jenis baling2 barang. Kadang sedih dengar nada cemas mereka melarang Umar dan Ammar memegang cawan atau pinggan..sedangkan dirumah Umar dan Ammarlah yang tolong angkat pinggan ke sinki dan hidang walaupun umur mereka masing cuma 2 dan 3 tahun...Saya kenal anak-anak saya..mereka bukan orang yang baling2 barang.

Haritu suami gagal layan kerenah anak. Dia tak faham apa yang Ammar nak. Dia terus cakap. Jangan marah anak. kena redha dapat anak macam ni. Saya cuba buang fikiran jahat tapi saya termakan lagi hasutan syaitan..Benci sebab fikiran saya dipengaruh kata-katanya yang selalu cakap Umar selalu dengki adik. Adik tu macam terejal sikit....Cuba kalau saya cakap anak-anaknya bodoh tentu dia juga melenting..
biasalah kadang-kadang anak buat perangai sebab kita ni orang tua gagal memahami kehendak mereka. Dan saya pantang kalaupun saya lihat Umar ada buat adik atau adik ada buat Umar saya takkan terdetik yang anak saya dengki demdam atau apa saja yang jahat. Apatah lagi nak keluarkan perkataan tu dengan verbal. Nak cakap anak degil pun saya tak boleh cakap. paling tidak saya cakap..
"tengok tu Umar/Ammar tak dengar cakap Ummi ni"..Masakan saya tak cepat terasa bila orang yang tak kenal pun anak kita boleh judge anak kita yang kita dok perati setiap masa..

Saya rindu pengasuh saya. Wachah namanya. Dialah insan yang paling cool dan paling berlapang dada. Bila kami ke rumahnya dia tak kisah nak masak dan biarkan anak-anak bermain. Dia selalu kata kalau dah pecah biaqpila..dah nak pecah..nanti beli lain..Sungguh dia tak buat-buat...BUkanlah maksud nanti kita biarkan anak-anak pecahkan barang sebab kita sebagai ibu bapa tahu had dan perangai anak..tentu saja kita akan ambil tindakan yang patut.

Saya masih menyesal tindakan saya menegking Umar dan Ammar. Saya yang tak patut buat begitu tapi saya dah tak tahan sebab Umar dan Ammar asik kena tegur-tegur.

adoi mungkin meleret-leret luahan yang ntah apa-apa ni..tapi hati saya masih sakit..sakit sebab saya buat tidakkan yang tak sepatutnya pada Umar dan Ammar..

Hati anak-anak tu suci..Masa di kota tinggi tu, lepas kena pukul tangan dan cubit Umar duduk diriba saya. Apabila doa dibaca dan diaminkan dia juga aminkan doa dengan kuat tanpa disuruh..

Biarpun buas macam mana anak-anak..hati mereka tetap suci. Mereka tidak akan menjadi jahat dengan tiba-tiba kecuali kita sebagai orang tua yang mengajarnya dengan kata-kata, hati dan perlakuan kita..

cuba baca link ni..ia satu ilmu yang berguna insyaallah : http://drmuna.wordpress.com/2012/07/02/tip-of-the-iceberg-cara-pandang-dan-nilai-anak-anak

Thursday

Laughter - Humor As Therapy

Hari ni ada sikit berbalah ngan suami..Biasalah cara pandang orang tak sama. Saya setuju dengan kata-katanya tapi nak adapt dengan diri saya atau perasaan orang sekeliling takut ada yang tak boleh terima..

Situasinya berkenaan KETAWA bila ada orang jatuh.

Saya selalu kecik hati bila anak-anak jatuh, husband atau mertua ketawakan mereka..Saya selalu marah suami dan tanya dia kenapa ketawa??

saya ingat dia anggap benda tu funny tapi sebenarnya sangkaan saya meleset..

Kami berdua bercakap dari hati ke hati dan suami cakap bila anak-anak jatuh dia tak menganggap perkara tu lawak. Dia gelak untuk encourage anak supaya tak malu..

Fuh..saya plak bila orang gelak-gelak kalau anak-nak terjatuh saya memang kecil hati sikit...

Sebab saya tak begitu. Jatuh adalah sesuatu yang sakit, yang malu..jadi untuk apa ketawa..Risau bila ketawa sebab nak encourage supaya tak malu jadi perangsang orang lain turut ketawa..

Bila anak-anak jatuh cara saya pula kalau dia tak nangis, saya diamkan saja..tapi kalau agak teruk jatuh walau tak menangis atau menangis dan luka saya akan cepat tanya dan tengok keadaan mereka..

Susah gak nak cerna cara pandang orang yang unik ni...bukan apa norma masyarakat tak begitu..Risau bila ketawa, orang yang jatuh ingat dia diketawakan..

Adeke orang lain macam suami saya?
Insan unik yang buat saya marah dan kemudian jatuh hati...;p

Tapi kesian le dia sebab saya selalu nak menang je..
Berbalah dulu sebelum Jatuh hati semula..:p