Friday

Dosa dengan Umar

 
Jangan Pukul Anak -Ustaz Ismail Khamis

Pagi-pagi lagi Ummi dan buat dosa dengan Umar.  Lately dah makin kurang bersabar dengan anak-anak. Bukan sebab mereka buat perkara jahat tapi kepenatan emosi dan fizikal menyebabkan ummi kurang sabar dengan permintaan anak-anak untuk diberi perhatian.

Pagi-pagi selalunya memang kalut. Dan selalunya Umar tak bangun seawal pagi ni. Ummi seperti biasa, pagila baru nak buat breakfast, masak untuk lunch, kemas baju anak, nak mandi, nak salin pampers anak..arghh pagi-pagi memang a little bit chaos and hectic. Dah tu tak terbangun awal plak sebab malam tidur pkl 11-12 dan Ammar bangun 3 4 kali untuk menyusu. Lately badan pulak kalau dah dibaringkan terus rasa lelah dan tertidur sampai susah nak sedar. I do not know what goes wrong with my body. Sampaikan tahrim dan azan subuh pun sudah tak boleh dengar????? Seolah-olah ditutup dengan ear plug sampai tak dengar apa2. Kadang-kadang waktu malam suami kejutkan sebab Ammar menangis dan tersilap orang iaitu ayahnya untuk menyusu..

Umar bangun pagi dah buka komputer nak tengok video. Selalunya pagi-pagi saya atau suami terlebih dulu yang buka komputer dan pasang ayat alquraan sebagai terapi pagi hari dirumah kami. Pagi-pagi lagi dah geram ngan umar sebab saya tak faham dia nak tengok video apa. Dia ada cakap nak tengok ba ba ba tu...saya ingatkan boboiboy tapi dia kata bukan bila saya buka. Kemudian dia cakap..

"Umi ni penatla Abang cakap"

Haih, yang tu saya faham plak. dia cakap tanpa pelat..huhu

kemudian oklah saya bukak juga video wonderpet kat dia walaupun dia tak nak awalnya. Lama sikit akhirnya dia tengok jugak. Kemudian Umar request Ummi buatkan susu. Dia tutup komputer dan minum susu.

Ntah kenapa pagi ni boleh decide, ayah jangan pergi slide lagi. Jam dah pukul 7 30. Selalunya memang kena keluar slide dulu sebab jalan di parit raja sekarang memang super jammed. Sebab pembinaan dan jalan di pintu kedua UTHM ditutup. Taktaula apa plan depa ni?? dah tutup pintu kedua terus sesak gila. kemudia tambah plak pembinaan jalan dah start di situ. GILA sebab takda tindakan untuk overcome masalah tu. 

Jadi bila dah decide jangan slide dulu kami target 7.45 boleh keluar rumah. Jadi Umi pun kenalah speed up buat apa yang masih belum selesai. Dalam kalut2, Ayah pakaikan baju Umar. Tapi Umar macam selalu nak ummi juga yang buat. Buat susu pun macam tu, kalau ayah nak buat Umar nak Umi jugak. Kadang-kadang Ayah terpaksa buat susu senyap-senyap kemudian bagi umi untuk bagi kat Umar. Sian.. Lembu punya susu sapi dapat nama. huhu..Adakala Umar boleh cakap "Ayah tak boleh Ummi PULAK"..Aik macamla selama ni Umi tak pernah buat.. Umar oh Umar...

Ayah pakaikan jugak walaupun dia taknak..Apalagi Umar menangis la. Dia taknak. Umi ni kalut nak isi air dalam bekas. Dah nak pergi sangat dah ni. Jam dah 7.45. Umar pergi buang seluar dan UMI TAMPAR UMAR....

Sian Umar. Umi berdosa dengan Umar. Selalunya sabar dengan anak. Taknak marah anak tapi hari ni dah TAMPAR Umar. Umar cuma nak ambil perhatian Ummi. Ummi tau. Saat itu buruknya perlakuan Ummi.

Pergi kerja dengan mood merudum. Hati sedih. Jiwa kacau teringat Umar. Masa dalam kereta Ummi minta maaf dengan Umar. Umar dah calm dah. Dia duduk baik-baik. Dia behave sebab dah kena marah tadi. Umar dan Ammar selalu mcam tu, bila Ummi cakap lembut selalu taknak dengar bila sekali sekala Ummi naikkan suara atau pukul baru nak behave. Kadang-kadang konfius juga mana satu pendekatan didik anak nak guna.

At last sampai taska Ummi minta Umar cium Ummi dan Ummi cium Umar. Then lepas cium, Umar cakap  "THANK YOU Ummi"

Aduh remuk hati dengan rasa bersalah sebab Tampar Umar tadi....

Baru je telifon Ibu Yamah. Hati ni risau, Pengsan ke, Berdarah ke, Pening ke Umar sebab tidakkan pagi tu macam luar kawal dan terlebih. Ibu Yamah kata Umar ok saja. 

Ummi minta maaf Umar. Minta maaf sangat. Ya Allah ampunkan dosa ku yang tersilap pukul ini...Berikan aku sabar kerana aku mahu menjadi Ummi yang dilihat cantik oleh anak-anaknya kerana sabar..

Kerana Sabar itu Cantik (Mafar Nafastari)

:(


6 comments:

  1. Zakiah, kadang-kadang kita memang terlepas, kita cuma manusia biasa dan tindakan tu adakalanya di luar kawalan, akak pun pernah gak macam tu, marah, tengking, tertampar dan tercubit. Sekarang akak cuba mengawal emosi, kadang memang rasa berdosa tapi kita ni perempuan, ibu dan isteri, macam-macam tanggungjawab kita kena buat. Sabar tu adakalanya dah over limit dah. Perangai anak-anak sekarang bukan macam zaman kita zakiah, sekarang budak2 dah advance terlalu bijak, bijak menjawab setiap patah soalan kita. Bijak segala-galanya. Kadang-kadang akak sendiri pun confuse didikan bagaimana yang perlu untuk anak-anak, pokok pangkalnya agama adalah segalanya. Harap kita semua diberi lebih lagi kesabaran untuk mendidik anak-anak kita yea..

    ReplyDelete
  2. aduhhhh, mcm manalah sy kelak???
    mmmmmmm

    saya kena byk belajar lg ni drpd korang

    ReplyDelete
  3. tula kak nurul..harap allah beri kesabaran yang banyak untuk kita..sedih juga sebab dah terbuat...harap tak berulang lagi..sian anak2..

    ReplyDelete
  4. insyaallah kak wbh mesti boleh buat yang terbaik..kita sama-sama doa supaya kita semua jadi ummi yang baik..

    ReplyDelete
  5. takut pulak fikir mcm mana keadaan sy nnti....time bujang skrg pun dh kelam kabut,mcm2 nk kejar..

    ReplyDelete
  6. i have no knowledge bout anak2...

    tp..tersentuh bila umar cakap 'thank u ummi'....so sweet...

    btul lah anak2 kecil ni mmg tak da dosa..suci...

    takut jugak saya akan datang tak tahu lg...
    harap kita sama2 dapat bersabar

    ReplyDelete