Tuesday

Umar hendak menjadi Ammar


Kebelakangan agak sibuk dengan kerja-kerja penyelidikan. Kadang-kadang agak tertekan tapi bagus juga bila ada pemangkin yang memaksa diri agar bekerja lebih fokus dan produktif. Tapi dalam penyelidikkan tidak boleh begitu. Selalunya kita perlu pandai untuk berkerja sendiri dan mempuanyai keghairahan yang tinggi untuk melalukan penyelidikan dengan penuh minat.

Dalam kesibukkan, kadang ada terabai keperluan dan perminta anak. Kadang-kadang sengaja memberi tugas-tugas sepenuhnya kepada suami. 

Umar semakin pandai berkata-kata. Alhamdulillah dengan perkembangannya. dari butiran yang cuma signal dan perkataan tak lengkap kini dia dapat menyusun perkataan menjadi ayat. Tapi dalam diam tak diam dia punya cara sendiri untuk menarik perhatian ku. Umar ingin jadi seperti Ammar. Umar keliru, salah faham atau salah aku yang tidak membuatkan dia berasa penting sejak kehadiran adiknya Ammar. Atau saya rasa dah buat tapi sebenarnya mungkin telah salah faham dengan keperluan Umar.

Ada satu petang semasa suami meriba Ammar dan Ammar melompat-lompat kecil, Umar datang ke riba saya yang sedang buat kerja penyelidikan di rumah kerana tarikh hantar dah terlepas pun, Umar minta saya memegangnya dan dia ingin main lompat-lompat seperti Ammar. Lenguh juga tangan melayannya. Semua perlakuan adik dia tiru. Ammar masukkan jari ke mulut dia juga buat begitu. Kini Umar dan Ammar dua2 hisap jari.

Pernah satu kali, saya menggosok pipi adik untuk membuang tahi mata, Umar pun menyapu-nyapu mukanya. Jadi saya terus membuat perlakuan yang sama kepada Umar.

Adakah ini masalah psikologi kanak-kanak yang merasakan dirinya kurang diberi perhatian dan diambil enteng oleh saya tentang keperluannya. Saya cuba untuk melayan keda-duannya sebanyak yang boleh.
Ya allah berilah daku kekuatan dan ilmu agar diriku mampu memenuhi hak-hak anak-anakku.


10 cara membuatkan anak berasa penting dan istimewa
  1. Sentiasa beritahu anak yang kita sayang padanya. Bisikkan pada telinga ketika dia tidur untuk meransang minda bawah sedar.
  2. Sentiasa memeluk dirinya. Pelukkan adalah satu cara memaparkan kasih sayang tanpa kata-kaya. Ketika anak berjaya melakukan sesuatu beri penghargaan dengan pelukkan. Selalunya apa yang dibuat kepada Umar ialah menepuk tangan dan happyly shout padanya "yeay pandai". Lepas ni mungkin saya dan suami kena ringan punggung untuk memeluknya ketika dia berjaya melakukan sesuatu dan memeluknya tanpa had untuk menyatakan kasih sayang.
  3. Cium anak sebagai tanda sayang. Saya sentiasa mencium anak. Tapi mungkin cara ciuman hendaklah diubah seiring dengan pertambahan usianya. Saya suka mencium anak di mulut. Saya rasa lebih dekat dan seronok, selesa dan menenangkan dengan bau mulutnya. Perlu juga diubah sebab mungkin ada kuman yang boleh mengjangkitinya. Umar juga menciur Ammar di mulut!!..
  4. Sentiasa mendengar apa yang dicakapnya. Tak kira apa perkara. Seperti adik saya Uddin, perkara yang lakukan medengar setiap celotehnya dan dia mendengar apa jua suruhan saya.begitu juga Umar dan Ammar, walaupun mereka ada bahasa mereka sendiri dan saya tidak faham. saya akan mengannguk dan berkata ya seolah-olah memahaminya. 
  5. Sentiasa senyum padanya. Setiap masa ketika Umar dan Ammar memangdang saya, saya akan senyum. Hingga apabila mereka bangun tidur, sekiranya memandang wajah saya terlebih dahulu mereka akan tersenyum. Senyuman juga penting untuk menunjukkan ibu bapa sedang gembira.
  6. Sentiasa bercakap padanya.  
  7. Sentiasa ketawa bersama-sama anak. Kadang-kadang umar akan ketawa melihat aksi di tv, ketika suami melawak atau sesuatu yang menggelikan hatinya. Pada masa tu saya juga akan turut ketawa agar dia merasa kebersamaan ketika itu.
  8. Bacakan buku padanya. Hobi ahmad Umar adalah membaca. Harap Ammar pun sama nanti. Buku-buku Umar kebanyak sudah boleh dihafal kerana Umar asik suruh baca. 
  9. Pergi bersama ke tempat yang dia suka. Susah mencari tempat yang Umar suka di Batu Pahat.
  10. Sentiasa sampaikan padanya dia penting dalam hidup kita. Ini yang sangat kurang disebut pada Umar dan Ammar.
  11. Biar dia pilih rancangan yang dia suka ketika menonton bersama keluarga. Belum pernah buat, sebab interest suami lebih tinggi..Hihi..Kalau Umar nanti 24 jam nak tengok hi5 dan Ana Muslim.
  12. Biarkan anak menolong kita. Umar belom pandai menolong. tapi kadang-kadang dia tolong angkat barang dan perkara kecil saya dan suami akan cheer up supaya dia gembira dan bersemangat untuk menolong lagi.
  13. Memuji anak kita di depan orang lain. Ini jarang dilakukan.
  14. Perlu peka terhadap pencapaian anak walaupun sangat kecil.Seperti yang telah disebutkan. Saya akan cheer setiap apa kejayaan dan kebaikkan yang dia lakukan.
  15. Biarkan anak membaca untuk kita. Umar belom pandai baca. Dia yang bawa buku dan suru ummi dan Ayah membacakan untuknya.
  16. Adakan masa yang istimewa bersamanya. Jarang dilakukan bersama anak2. Masa istimewa mungkin di Pizza hut atau bersantai di luar rumah meneman Umar bermain.
  17. Sokong apa yang anak ingin lakukan terhadap pencapaian hidup, perkara positif, minat dan semua perkara yang baik terhadap dirinya. Ada memberi sokongan tapi kadangkala ketika tengah sibuk dan penat, termarah juga bila Umar susah melakuknya. Ini adalah satu kesalahan saya dan suami yang perlu diubah. Walaupun ia berlaku sekali sekala ia mungkin mebantutkan perkembangan anak.
  18. Adakan satu masa membuat aktiviti mewarna. Ada juga melakukannya. Tetapi masa singkat sebab umar belum panda mewarna.
  19. Jadikan rumah tempat yang selamat baginya. Entahla Umar dan Ammar berasa selamat atau tidak. Sebab rumah selalu kelamkabut dan tak berkemas dek kesibukkan master dan BF. Harapnya dengan pelukkan dan kasih saya ini menjadi penghargaan bagi Umar dan Ammar dan mereka berasa selamat dengannya.
Overall banyak yang telah dilakukan. Tapi perkara yang paling penting iaitu menyebut kata " sayang" dan "penting" belom dibuat. Perlakuan verbal sangat penting untuk menyatakan kasih sayang pada..

Mungkin merasakan dirinya kurang penting kerana seringkali Ammar menangis atau perlukan sesuatu saya akan memenuhi kehendak adik dengan segera dan kadang--kadang meninggalkan Umar. Mungkin itu membuatkan dirinya berasa tidak penting. Mungkin selepas ini saya perlu membawanya dan melibatkan dirinya bersama-sama untuk menguruskan Ammar.

Ohh menjadi ibu bapa perlukan ilmu yang sangat tinggi. Ya Allah, mudah-mudahan Allah tambahkan aku ilmu dan tenaga yang banyak demi cinta kepada anak-anakku.

Thursday

How to Manage Me..???

To be full time student with two kids, husband and home to be manage is quite stressful and challenging for me. Sometimes, i haven't talk to husband in a day. Get sleep with tiredness and don't ever say "I love You" or "good nite". The tired feeling become routine and i cant take it anymore. But who am I to really do the "I cant take it anymore" However it is, i have to face it because this is the decision that i have made. I tried so much to manage the time but my body sometime rejected when i fell so tired until i cant do nothing. What a such chaos in my life rite now.



Having work and master degree rite now is not the same. Working is not 24 hours burden but master degree is 24 hours of  problem to think in the head. But it is so frustrated when i don't meet the solution for all the problem. Time after time, i now is in the final year but i have 1 part of the research that cannot be done..the progress of the part is almost NOTHING..

I love to be with my kids and husband. I know tandem nursing is very footworn. Sometime i felt like "BF machine"..Huhu :). and the tired feeling is crawling all over my body. With fulfilling the kids need alternately and non stopping, i really dont have time to myself and husband. Sometime i have to bath quickly(mandi kerbau), eat quickly(sampai nak tercekik) and almost of the time i felt i am 24 hours is running in my house.

I have drawn a schedule for husband and i to follow. But sometime its get messy when my energy is running low because of tandem BF, the dizziness of master and the crying of the kids. I wish i have more time and the most important i have enough energy to run my self.

Oh Allah the Almighty..please give me the strength to finish my master and good health fo me to be good mother and wife.

i remember what aishah have said : after finishing the VIVA VOCE the first thing to do is CRYING to let go all the burden..Wohaaa!!!!!

Wednesday

Bila Ummi Mengamuk : Saya Budak Baru Belajar

Perkara yang paling tak dapat di kawal ialah apabila anak-anak menangis. Apabila anak menangis saya akan abaikan dan cuba buat kerja lain. Kalau mendengarnya saya akan marah pada anak-anak. Apabila anak-anak menangis suamila yang ambil alih mereka. Kepenatan menguruskan mereka, rumah dan pengajian master kadangkala membuatkan saya hilang sabar dengan tangisan dan rengekan anak-anak.

Bila Umar menangis rajuknya susah dipujuk. Jika dibiarkan dia menangis tanpa dipujuk ia boleh berlarutan sehinga 2-3 jam. Ammar jarang menangis kerana dia masih kecil. Masih belum pandai merajuk atau merengek.Tetapi banyak perkara yang perlu dibuat untu uruskan Ammar. Tambah-tambah bila anak lebih selesa dipegang dan tidak mahu ditinggalkan sendirian.

Jarak kelahiran mereka sangat dekat. Ketika Umar berusia 10 bulan, saya disahkan mengandungkan Ammar pula. Memang diibaratkan membesarkan anak kembar. Keperluan dan permintaan mereka berturut-turut. Selepas umar, ammar pula akan mintakan dan perlukan sesuatu. Apa lagi apabila mereka menangis serentak dan paling susah bila saya terpaksa uruskan kedua-duannya sendiri bila suami tiada di rumah.

Pastinya setiap ibu bapa pun akan melalui saat-saat ini kerana tidak faham apa yang anak inginkan. Kadang Umar tiba-tiba saja menangis tetapi saya tidak tahu apa yang dia inginkan kerana belum boleh bercakap sepenuhnya. Kadang-kadang apabila melepaskan tantrum kerana tidak berjaya melakukan sesuatu atau inginkan perhatian susah sungguh untuk memujuk.

Walaupun pujukan BF sangat berjaya namun kadang-kadang akibat terlampau letih dan "mengamuk didalam hati" dengan tangisan anak-anak saya tak akan memberinya.

ketika hilang sabar dek rengekan dan tangisan anak-anak kita mungkin melakukan perkara yang tidak sepatutnya tehadap anak seperti menengking dengan suara kuat, memukul atau memberi denda yang berlebihan.Walaupun dalan sebulan mungkin 2-3 kali saya hilang sabar, namun saya merasakan ia memberi impak yang negatif terhadap anak. Salah satunya kesan yang saya nampak hari ini ialah Umar meniru perlakuan saya. Bila saya buat-buat menangis dia menyangka untuk meredakan tangisan ialah dengan marah atau memukul.

Mmmm, ini semua membuatkan saya betul2 sedih dan saya masih dalam proses untuk mengubahnya. Saya membuat pencarian di internet dan menyimpulkan semuanya di laman ini. Semoga ia memberi faedah kepada saya dan kepa pembaca yang lain.


KENAPA ANAK MARAH?
Bagi anak berumur 1-3 tahun perasaan marah bukanlah sesuatu yang negatif dab terlampau serius tetapi perasaan marah mereka itu perlu diambilkira oleh ibu bapa dengan rasa hormat. Lazimnya anak marah kerana :
  1. Tidak mendapat apa yang dihajatinya
  2. Tidak mengizinkan apa yang dihajati
  3. Merampas apa yang dimiliki
  4. Tidak dapat melakukan sesuatu
Terdapat beberapa cara anak melemparkan rasa marah. Anak marah dengan memukul mukul diri sendiri, melemparkan barang, menjerit dan memukul orang lain. Kadang apabila marah, anak-anak senang dipujuk namun yang paling memeningkan pujukan lansung tidak berkesan dan berlarutan sehingga beberapa jam.

Langkah pertama bila Umar mula menangis, saya akan peluk Umar dan bertanyakan kenapa? Sekiranya wujud komunikasi, saya akan memujuknya. Contohnya bila dia mengadu sakit atau tidak dapat membuat sesuatu, saya akan bantu Umar dan akhirnya dia akan berhenti menangis.

Kadang2 saya akan buat sesuatu yang boleh menarik perhatian Umar. Contohnya apabila rajuknya belum panjang, saya akan bacakan buku kegemarannya atau buka video2 yang dia suka.

Namun begitu, ada juga masa-masa bila rajuknya sukar dipujuk dan akhirnya 'neni' yang menjadi ubatbya.

    BAGAIMANA CARA UNTUK HADAPI KEMARAHAN ANAK?
    Ada masa-masa saya sendiri hilang sabar kerana tekanan-tekanan lain. Pernah juga tangan ini sampai ke muka umar. Tapi saya amat menyesalinya. Lama-kelamaan saya berfikir dia hanyalah seorang kanak-kanak dan fikirannya belum matang. Apabila kesabaran berkurang saya akan jauhkan diri dari Umar dan berusaha bertenang. Saya akan buat kerja lain dan ignore tangisan Umar. Saya akan mandi dan anak-anak dibiarkan kepada suami. Ketika ini saya elakkan untuk merengus sebab ia boleh membuatkan suami terpengaruh dan hilang sabar.

    Sungguh besar cabarannya membesarkan anak kecil serentak. Ia memerlukan kematangan, kesabaran dan ilmu keibubapaan yang sangat tinggi.
    Semoga saya sentiasa dapat bersabar dan terus belajar demi kebaikkan diri dan keluarga.

    Ahmad Umar dan Muhammad Ammar, Ummi sayang kamu berdua!!!