Friday
Pernikahan Inah
Alhamdulillah akhirnya nor zakinah selamat di satukan dengan pilihan hatinya tanggal 11 june 2010. Dalam debaran adikku menantikan saat berbahagianya aku juga resah melihat adakah suaminya pilihan yang paling tepat untuk membimbing dan menjaga sepanjang hayatnya.
Agaknya debaran ini jugalah yang dirasakan oleh mak baik pada pernikahan aku dan inah..
Seumpama seorang ayah yang berdebar-debar melepaskan anak gadisnya ke tangan pemuda yang baru dikenali berbanding dirinya sebagai bapa yang telah menatang, menjaga dan mendidik anak gadisnya sejak dari dilahirkan sehingga saat dia bergelar isteri.
kenduri kali kedua ni mak lah yang paling penat. inah juga begitu. sampaikan inai dipakai sejam sebelum majlis. Namun alhamdulillah dengan pertolongan suami,tok Pakcik sham, makcik ani, maklang, pak lang dan semua adik-adik2 baik adik kandng dan adik-adik sepupu semuanya berjalan lancar. Terima kasih sangat atas pertolongan semua orang.
mudah-mudahan inah berbahagia dengan suaminya.Sama-sama menyahut cinta allah dengan tautan cinta kalian. Rahmatnya terbuka luas. Namun dalam gembira, siapkanlah diri untuk melayari pancaroba alam rumah tangga. Ia perlukan semangat kedua pasangan. Dalam rumah tangga suami isteri harus main peranan yang besar. Zaman mencabar dimana isteri terpaksa berkongsi beban mencari nafkah, isteri perlu mencari ruang agar suami tidak mengambil kesempatan atau terlalu manja kerana fitrah isteri aku adalah hak suamiku dan isteri selalu mengalah...
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. insyaallah kalian akan berkekalan. harapnya pandailah manage hidup bersama mak, dan adik2 di bawah satu bumbung dengan suamimu tercinta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment