Sebelum tu didedikasikan buat Encik Saiful Zaree although he do not know much but He has learn a lot to manage our marriage, kid and home. Thank You so much for being such a good husband and helping me a doing the housechore..You are my VERY BEST BUDDY!!!!
Kali ni, saya rasa macam nak tulis tentang didikan anak lelaki dan anak perempuan yang berbeza dan berat sebelah dalam masyarakat melayu. Mungkin ramai yang tak menyedarinya tapi berat sebelah tersebut membuatkan wanita dan lelaki punya watak yang sangat berbeza dari segi rasa tanggungjawab dan kebolehan untuk menguruskan rumahtangga. Sedangkan hal urusan rumahtangga hendaklah dilakukan secara bersama. Tetapi, dapat dilihat dengan jelas hal rumah tangga banyak diuruskan oleh wanita dan lelaki hanya menyediakan wang dan mengikut apa yang telah dirancang oleh suami.
Ni saya Quote dr FB member..Bila menjadi Ibu dan Isteri :
" I Am A Mother, Wife,Graduate Research Assistant, Chef, Cleaner, Laundry Maid, Babysitter Cum Nanny, Teacher/Ustazah, Lawyer, Nurse, Driver, Personal PA, Home Designer, Nutritionist, Motivational Speaker, Fashion Stylist, Storyteller, Banker, And Manager! I Don't Get Holiday Pay, Sick Pay, Or Days Off. I Am On Call 24 Hrs ..."
Alhamdulillah sekiranya pasangan yang dapat menggembeling tenaga untuk menguruskan rumahtangga. Seronok sangat jika suami dan isteri dapat menguruskan rumah tangga bersama-sama. Banyak yang dapat diringankan dan dimudahkan.
Berbalik kepada cara orang melayu mengajar anak lelaki dan perempuan tentang urusan rumahtangga, sebenarnya kita sendiri boleh sebut yang selalunya anak perempuan, kita akan ajar anak mengemas rumah, menjaga adik, menolong emak memasak malah kebanyakan kerja rumah, anak perempuan pasti menolong. Oleh itu, anak perempuan lazimnya terdidik dengan rasa tanggungjawab, prihatin dan peka dalam menguruskan rumah tangga.
Tapi anak lelaki kita jarang sangat nak suruh dia jaga adik, tolong mak masak, tolong kemas rumah sebab sentimen dalam masyarakat melayu anak lelaki tak perlu buat kerja rumah tapi anak perempuan..
sebab tu ada suami2 yang boleh cakap kat isteri kerja rumah ni orang perempuan punya kerja...sebab dia pun tak tau nak buat apa lam rumatangga tersebut.
Saya rasa ini sangat salah sebab rumah tangga terbina dengan kerjasama dan peranan kedua2 suami dan isteri. IA akan lebih bahagia dan romantik sekiranya suami isteri share housechores. Penat memang penat kalau isteri buat kerja tanpa bantuan suami tapi isteri pun dah tak larat nak cakap dan minta tolong. Suami masih takde kesedaran..Kena ketuk baru jalan..
Kalau boleh cakap kat suami takpala, ni ada yang kalau cakap kena maki hamun adala..
Dalam hal urusan rumahtangga, suami dan isteri kena plan apa yang yang nak diuruskan dalam rumah tangga. Dari segi kewangan, pendidikan anak, housechore, malah apa semua yang terkandung didalam rumah tangga perlu dibincang dan dilakukan bersama. Dan kemudiannya untuk lebih teratur dah mudah diikut tulis semua dalam bentuk jadual.
kami 6 beradik kehilangan mak pada tahun 1992. saya waktu tu 13 tahun & yang paling bongsu 6 tahun. adik2 bawah saya, dua2 lelaki. ayah pun hanya kahwin kembali hampir 10 tahun mak takde. sepanjang tiada ber-ibu, kami automatik perlu melakukan segala mende sendiri. adik lelaki selepas makan perlu basuh pinggan sendiri. dan bila dah sekolah menengah-adik yang bongsu tu akan jemur kain. angkat baju & gantung di tempat yang disediakan. kami ada jadual bergilir2 setiap minggu untuk mencuci tandas, termasuk adik2 lelaki.
ReplyDeleteMungkin dalam keadaan terpaksa, adik2 lelaki belajar untuk buat kerja rumah. cuma tak tahulah, bila dah kahwin esok-depa dok balas dendam. tak mau buat kerja rumah langsung! aihhhh~
insyaallah tak balas dendam kot..:) mesti depa kesian kat isteri depa sebab depa tau buat kerja rumah ni susah dan penat juga..:)
ReplyDelete