Thursday

KAMI ADALAH KAMI- SELAMAT HARI BAPA AYAH...

Setelah ayah meninggal tanggal 16 11 2001, setiap ahli keluarga terpaksa menggantikan tugas2 ayah. Bukan setakat Mak tapi aku, inah, ida, ati, syikin dan uddin terpaksa berkorban sesuatu.

Semasa hayat ayah, dialah perancang kewangan keluarga, dialah penasihat dan pemujuk, dialah yang menguruskan kepeluan makan minum, dialah pemandu dan dialah semua.

Kebergantungan kami kepadanya sangat tinggi. malah bila ayah meninggal, semuanya ambil masa untuk disesuaikan bila mak fobia nak bawak kereta, terpaksa menyusun kewangan yang selama ini ayah yang uruskan. malah untuk melenyapkan kesunyian bila dia tiada sangatlah payah.

melihat sisa rambut yang tertinggal selepas ayah gunting rambut di bumbumng kereta bahagian driver, tulisan ayah, baju bajunya membuatkan air mata berjurai jurai turun tak dapat ditahankan. Sesungguhnya hingga saat ini kami merindui ayah.

Mak berbanding ayah sangat jauh berbeza. Mak dengan cara mak yang selalu 'Senang saja'dan direct speaking berbanding ayah yang sangat berhalus. Namun gadingan keduanya membuatkan kami ingin bersama mereka selalu.

namun selepas ayah tiada semua orang terpaksa menjadi ayah. bukan mak saja..

Tapi yang paling banyak berkorban adalah nor zakinah adikku yang tengah. Dia sanggup duduk dengan mak, menjaga mak, keperluan dan memantau adik-adikku.

Sekarang mak dah pindah ke perlis semata-mata nak jaga tok yang duduk sorang. Bab ni syikin ngan uddin yang paling banyak berkorban.

Ditambah mak fobia nak bawak kereta, budak JAHAT di sekolah ramai dan kefobiaannya dibuli budak2, inah terpaksa menangguh hajat untuk mencari kerja kerana kesiankan mak.

selang sehari mak akan bergilir2 tidur dirumah tok sebab nak teman tok. malah hari minggu, minggunya di rumah tok. udin dan ikin duduk berdua saja pada malam hari..

rumah tok dan sekolah mak agak jauh. jadi bila inah hantar mak dia akan stay juga di sana sebab nak hantar mak ke sekolah pada esok pagi.malah kalau ada kelas tambahan pada hari cuti dan hari minggu inah akan tunggu mak dari kelas mula hingga tamat sebab mak minta. mak takut kalau anak2 muridnya buat perangai.
belum kira mak nak lawat cik zan, mak nak kursus, nak kesana sini. Inah dah cukup penat.setelah inah berkahwin tugas semua jatuh kepada asyikin. entah dapat ditunaikan atau tidak bila syikin pun tengah struggle dengan SPM.

Lagi 3 tahun saja lagi mak nak pencen. kesian mak, bila tukar sekolah kena berdepan dengan segerombolan manusia yang kurang didikan dari rumah. Berbanding masa di langkawi budak pandai dan baik ramai tapi budak jaht sedikit. namun di seberang ramai budak baik boleh dikira.

Semoga apa yang mak korbankan mendapat keberkatan di sisi allah. moga tiada cacat celanya sebab sedikitpun mak tak pernah merungut. malah dalam marahnya terhadap kami walaupun kami yang buat perangai mak yang terlebih dulu memujuk. Apatah lagi nak bercakap buruk tentang orang.

Begitu juga ayah, dalam cercaan di masa hayatnya, dia sanggup benarkan mak balik beraya dengan tok saban tahun dek kerana malu dengan kata2 orang. namun sedikitpun dia tiada dendam..
ayah selalu pesan "dalam apa jua keadaan ayah cuma ada mak, dan hampa anak-anak..apa yang hampa buat jangan pernah lupakan mak.."

Rindunya ayah..rindunya mak..

Selamat hari bapa ayah..semoga ayah berbahagia di sana. ya allah kasihanilah ayahku sebagaimana dia telah berjaya, menyayangiku dan mengasihaniku dari kecil. ampunkanlah dosanya dan jauhkanlah dirinya dari siksaan kubur dan api nerakamu yang dasyat. Amin..

No comments:

Post a Comment