Kali ni saya ambil note apa yang Ustazah Bahiyah dan Ustaz Wan Akashah Tulis. Nak buatla Himpunan Nota2 berguna kat sini. Nanti tak Lupa..Saya dengar saya Lupa, Saya Buat Saya Ingat...
Panel Jemputan Kali ni 4 Orang. Pasangan Suami Isteri Ahmad Idham dan Pakcik Zul.Episod kali ni berkisahkan Hal Nafkah kepada Isteri dan Anak2 dalam Tajuk Duitku Duitmu. Maksudnya Duit Suami duit isteri juga. Dan Duit Isteri Duit Suami Tidak Sepenuhnya. Namun begitu atas dasar perkongsian hidup sebagai suami isteri saya percaya kepada perkongsian dalam apa jua perkara.
Yang nak tergelaknya, tetapi mendalam juga erti bila pasangan pengacara berpantun
"Mula-mula kahwin suamilah hero, Belanja ditanggung tak perlu diminta, Lama-lama kewangan dah jadi zero, Isteri juga yang menderita"
Dari pantun tu sendiri kita dengan jelas dapat fikir bertapa besarnya impak terhadap isteri jika pengabaian hak nafkah ini berlaku. Ia adalah satu penganaiyaan.
Kenapa Suami Perlu Memberi Nafkah. Ada 5 sebab iaitu:
- Akad nikah yang merupakan tali pengikat antara suami dan isteri
- Isteri adalah dibawah kekuasaan suami
- Isteri Wajib Taat kepada suami
- Perintah daripada Allah
- Amanah Daripada Ibu Bapa Perempuan.
Antara perkara wajib yang allah sebut sebagai nafkah bagi isteri ialah:
- Tempat tinggal tang suami mampu
- makan
- pakaian dan termasuklah
- pendidikan
- perubatan
"Sikit cara sikit, banyak cara banyak"
Ada satu pemanggil menelefon bertanyakan soalan tentang isterinya yang ingin bekerja sedangkan ia mampu untuk menyara keluarganya. Suami concern yang sekiranya isteri bekerja takda siapa nak jaga anaknya yang ramai.
Saya suka pendapat ahmad idham. Sebagai suami isteri, perlu duduk berbincang secara baik dan telus. Jangan menggunakan kuasa veto suami tapi sebaliknya kena ada researve untuk bertanyakan dan memahami kenapa isteri minta sesuatu. Jangan terus mengeluarkan perkataan awak "hak saya kena ikut cakap saya." Isteri juga manusia. Malah perlu seadilnya memberi peluang untuk isteri kerana zaman sudah berubah. Contohnya sekarang Perempuan mempunyai pendidikan yang tinggi. Beri peluang kepada isteri untuk membuat apa yang telah dia pelajari dahulu. Mungkin isteri terlampau sunyi atau bosan di rumah. Daripada isteri idham plak, sekiranya risau anak-anak terabai, boleh buat kerja yang dekat ngan anak-anak. contoh mengajar atau pilih kerja yang bukan 8-5.
Ustazah wat lawak tentang nafkah suami isteri ni...

" Isteri bagitau suami "Bang-bang, cuba tengok langsir rumah kita ni, dah 3 tahun dah tak tukar", sekali esok tengok suami tukar sport rim" tak adil kan....
Kesimppulan dari perbincangan yang hangat itu ustazah dan ustaz menyebut yang 100 % tanggungjawab pemberian nafkah adalah tanggungjawab suami. Suami yang kena tanggung malah suami yang kena jawab depan allah esok2 di akhirat. Besar pahala suami namun sekiranya isteri membantu meringankan beban suami, bersyukurlah dan amat bertuahlah suami.
Dan apapun masalah yang terjadi didalam rumah tangga semak hubungan kita dengan allah dan ibu bapa.