Aku hanya manusia biasa. Tapi bagaimana untuk mencapai keluarbiasaan supaya aku benar-benar dapat berbuat baik kerana Allah dan menahan hati ini tercedera dek perbuatan khianat busuk dan buruk sangka orang lain...
Monday
Buat Baik Kerana Allah
Membaca semula buku Saudara Pahrol. Selak bahagian yang terakhir Cicipan Iman Dari Orang yang Derhaka Pada-Nya. Sketsanya mengenai Seorang anak yang tak mampu memberi kebaikan kepada ayahnya sebab ayahnya telah meninggalkan mereka puluhan tahun tanpa kasih sayang. Mungkin sketsa dalam kehidupan ku berlainan pula tetapi aduhai aku ini sangat lemah imannya. Aku sendiri tidak mampu untuk berbuat baik kerana Allah. Kadang-kadang motivasi melonjak di tahap paling tinggi pada awalnya tetapi bila diasak dengan ujian dari "orang yang hendak dibuat baik" lama-lama pun jadi sudah tidak ikhlas dan ada rasa menggerutu di dalam hati.Sehingga lama-lama hilang kepercayaan untuk berbuat lagi..ADAKAH INI PARAH..
Aku hanya manusia biasa. Tapi bagaimana untuk mencapai keluarbiasaan supaya aku benar-benar dapat berbuat baik kerana Allah dan menahan hati ini tercedera dek perbuatan khianat busuk dan buruk sangka orang lain...
Aku hanya manusia biasa. Tapi bagaimana untuk mencapai keluarbiasaan supaya aku benar-benar dapat berbuat baik kerana Allah dan menahan hati ini tercedera dek perbuatan khianat busuk dan buruk sangka orang lain...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment