Monday

Ehh, Anak Kamu ni Kenan Beruk Ke???

Bila nak berdepan dengan cakap2 sesetengah orang tua seperti ini, terkedu la sekejap. Saya mencari-cari jawapan yang paling baik dan paling saintifik. Saya tak suka benar..!!!

Walaupun ada setengah orang tua yang tak pandai buat research dan menjawab secara saintifik tapi tolonglah jawab dengan berpandukan moral dan rasa lojik akal yang paling baik mengikut agama.

Pernah tak anda berdepan dengan situasi gambar begini..



Sesetengah bayi akan lahir dengan bulu yang banyak.Ia dipanggil "lanugo".Lazimnya ia tumbuh dimuka, belakang badan dan belakang telinga. Tapi ia adalah normal dan bulu2 tersebut lazimnya akan gugur selepas beberapa bulan..Ia bukanlah kecacatan atau terkenan. Selalunya memang semasa di dalam perut ibu bulu-bulu tersebut tumbuh ketika usia kandungan 32 minggu.

Bila bayi lahir dengan lanugo sebenarnya bayi tersebut lahir terlampau awal atau kekurangan lemak semasa di dalam kandungan ibu. Premature baby akan lahir dengan lanugo.
malah ia adalah tanda starvation bagi orang dewasa.

Dulu masa Amir Arieffudin (adik) lahir bulu di belakang telinganya sangat banyak sampai mandi pun telinga susah nak basah. Tapi mak tak pernah sebut terkenan apa2...Alhamdulillah ia hilang..

Memang menjadi kerisauan ibu bila lihat bulu di badan anaknya banyak. Tapi tolonglah bercakap perkara yang positif dan baik2...Kenapa mesti nak cakap Kenan beruk..Macam beruk...
Kang kalau jadi perangai beruk sapa yang salah..Mulut Mak juga....

No comments:

Post a Comment