Kenapa ye kita kena kutuk?
Jika kutukan itu kepada individu mungkin ada silap diri yang tidak disedari. Misalnya kalau boss yang sangat cerewet dan tidak mengambil kira perasaan pekerja bawahannya, tentu saja akan dikutuk.
mungkin kutukan itu boleh jadi pada sebuah organisasi. Contohnya agensi perlancongan la katakan, yang servis pemanduan pelancongnya sangatlah lousy. Jadi mungkin juga akan ada orang kutuk.
Boleh jadi juga kutukan terhadap kerajaan. Yang boleh jadi, ada bab yang kerajaan terlepas pandang.
Tapi ada juga jenis manusia yang semua benda dia nak kutuk. Ini jenis manusia yang percakapannya adalah sia-sia..kalau buruk abih dikutuk kalau baik, juga dikondem sama.
kalau boleh elak kutuk tapi tegur..cumanya bukan semua orang boleh dengar teguran daripada keburukan dan kesalahan sendiri..kan kan kan....
Pagi ni ada berita bab kutuk kutuk ni kena buang..aiseh...pelik dah kita ni..yang puji kita pun kita kena jaga...kadang-kadang yang puji tu ada "parang" ditangannya...Yang kutuk ni mungkin dia mahukan perubahan pada satu kepincangan. Tapi yang mengutuk pun agak-agak le..toksahlah dibubuh caci maki segala..
PRU 8 julai ni...saya belum tukar alamat lagi..adeih..sayangnya nak buang alamat langkawi kat kad pengenalan. Nak balik langkawi semata-mata nak mengundi tak cukup budget le plak..nun nak simpan nak balik raya....huhu
120 Peserta bersih bakal dicekup .Oklah kalau depa salah..Polis yang membelasah haritu tak kena cekup ka?
Kadang-kadang yang kafir nun lebih sopan santun dengan tugas mereka. Tahu beza antara marah dan tugas..:(
Dah confirmke PRU 8/7?
ReplyDeleteMenghakimi biarlah adil, kan? :)
tadi baca lam sinar harian pru 8 julai...
ReplyDelete