Wednesday

Abang, Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 4









Gosok Gigi Anakku

Sebenarnya saya susah sikit nak berdisplin untuk gosok gigi anak..huhu..
pasni kena la cuba gak buat setiap malam..sebelum ni 2 3 minggu sekali..huhu..kalau tak sempat gosok ngan berus saya gosok ngan kain je..mana dan...

Ni depa tengah gosok gigi...yang hijau tu "koppi" umar dan ammar..Umar pelat tak reti sebut "Potty"


Komen macam tulis surat khabar...

Memang sudah habit suka menkomen dan kadangkala komen tu dah macam tulih blog plak..Ada sahabat kata macam tulis surat khabar..

semalam ada sahabat blog buat dua topic tentang hal suami isteri...boleh baca di sini dan sini juga..

dan ini salah satu komennya saja saya nak share

"semalam saya baca jugak entry akak tu tapi tak nak balas sebab takut buah fikiran saya ni extrim ke apa..

saya pun pantang dengan bab lelaki yang sebegitu..percayalah, kalau kita ni tak banyak duit, nak macam mana cantik lagi, kalau dah bersalin dan mengandung..lelaki ni kalau nak ikut sedap mata selera mereka cubalah ingat kisah saidina umar ni..

ada satu hari dtg seorang lelaki nak mengadu kat saidina umar perihal isterinya yang suka berleter tapi sampai je kat pintu rumah saidina umar lelaki tu dengar isteri saidina umar berleter,,jadi takjadilah dia mengadu sebab saidina umar pun kena leter juga..

nak jalan balik tetiba saidina buka pintu..kemudia saidina umar tanya dah nak balik ke? tadi beria ketuk pintu.
pastu lelaki tu jwb la dia nak mengadu hal isterinya tapi dia terdengar isteri saidina umar berleter dia pun tak jadi.

Saidina umar pun cakap lah isteri berleter tu sikit saja kalau nak banding jasa isteri yang bersalin, mengandung, masak, membasuh dll...

ustaz kazim kata kata dan 10 tahun kita kahwin isteri kita tu dan sekontena dah bawang dia kupas..kalau ikan tu dan berpuluh kolam dia siang....apalah sangat kalau dah kendur, dah ada sterch mark..

lainla kalau suami ni kaya banyak duit..hantar saja pi salon.ni dahlah belanja cukup2 demand plak..cubalah dalam dok demand tu semak sikit dah berapa helai baju cantik beli kat isteri dah berapa banyak bedak ke lotion ke apa ke....

tapi isteri pun kalau tak leh nak cantik sebegitu buatlah seadanya asal kemas dan tak busuk..

bila ada anak dah satu hal..takkan lari dr chaos dan hectic dalam rumah. ustaz kazim kata memang dalam semua hal pun suami kena utamakan tapi suami pun kena tahulah nilai keadaan supaya tak jadi suami buta perut..contohnya malam anak nangis tetiba suami pulak berhajat..dalam hal macam tu memang kena layan suami tapi suami pun janganlah buta perut sampai taktau nak bertolak ansur..lain contoh macam nasi goreng dah tinggal sikit, suami dah makan dah tapi anak tak makan lagi. tapi suami minta nak makan juga..isteri dah cakap abang nak makan, makanlah tapi anak tak makan lagi..kalau suami makan juga, buta perutlah namanya tu..:)

sedih gak baca luahan isteri semalam tu...memang kita kena taat suami tapi jangan lupa suami pun kena jadi hebat agar isteri boeh taat suami..ini banyak suami tunjuk banyak kelemahan jadi banyak isteri sukar taat..yalah dalam solehahnya isteri, isteri tetap manusia...

lagi satu bab yang saya benci bila ada orang dok highlight kerja rumah, hantar anak sekolah, urus duit belanja, org perempuan punya kerja, lelaki cari duit je..banyak cantik!! nabi pun jahit baju sendiri..."


dan ini figure yang  baik tapi saya tak berapa setuju sebab jika diambil dan difahami secara literal senangla kan tugas lelaki.....pergi kerja cari duit balik rumah takda benda dah nak buat..memang banyak pecahan tugas suami tu tapi bila tengok pada figure, tugas suami ni seolah2 pi cr duit dapat gaji bahagi jelah ikut pecahan dia..senang kan?? mana pergi tugas didik? tugas layan isteri dan anak? tugas bantu isteri...

sedangkan isteri dalam figure siap tulis bantu suami pulak tu (wajib ke?)..takda hak suami paksa kalau isteri takmau..


Bayangkan kalau isteri mati mau tak kelam kabut suami nak urus rumahtangga....

macam mana pun rumahtangga ni kena buat/urus sama-sama....





Monday

Banyak nak cerita tapi sibuk..sibuk ke? :)

Ni terpengaruh dengan batu seremban kak nurul...jadi semlam pas baca entry dia pepagi buta dah start buat ni untuk Umar dan Ammar...Tapi anak anak bukannye reti main...main gigit2 dan baling2 adalah..last2 ummi dan ayah yang kena main batu seremban untuk depa.. tapi ok gak kot Umar buat main susun ikut kaler dan kira-kira..Ammar masih gigit gigit..risau beras dalam tu terburai.
Tengoklah batu seremban zara yang comel tu kat sini .

Umar kena alahan yang teruk..tapi tak teruk sangat kot sebab dia tak menggaru garu dan alahan dia takle sampai membengkak-bengkak..Tapi badan dan serupa kulit cicak gecko...
Sian Umar..hari ni dah macam sembuh.tapi kalau berpeluh naik juga sikit2..petang ni nak rendam air panas semua baju2 anak-anak..

2 minggu lepas jadi macam ni juga..taktau apa punca..

 Ammar pakai baju melayu..hensem....

 Tidur malam tadi..Ni baru betol sila panggung namanya....Ntah apa gaya ntah....:)

Hihi..sebenarnya taktau nak tulih ape...sibuk pun ye...jadi boh je gambar2 untuk cerita perkembangan anak-anak ..:)

Semoga semua kawan-kawan semua sihat dan ceria-ceria!!

Tuesday

Penipu Dunia


Kena Kutuk..

Bagaimana kalau tiba-tiba kita kena kutuk. Apa tindakan kita? Terus melenting ke? atau diam dulu dan muhasabah.

Kenapa ye kita kena kutuk?
Jika kutukan itu kepada individu mungkin ada silap diri yang tidak disedari. Misalnya kalau boss yang sangat cerewet dan tidak mengambil kira perasaan pekerja bawahannya, tentu saja akan dikutuk.

mungkin kutukan itu boleh jadi pada sebuah organisasi. Contohnya agensi perlancongan la katakan, yang servis pemanduan pelancongnya sangatlah lousy. Jadi mungkin juga akan ada orang kutuk.

Boleh jadi juga kutukan terhadap kerajaan. Yang boleh jadi, ada bab yang kerajaan terlepas pandang.

Tapi ada juga jenis manusia yang semua benda dia nak kutuk. Ini jenis manusia yang percakapannya adalah sia-sia..kalau buruk abih dikutuk kalau baik, juga dikondem sama. 

kalau boleh elak kutuk tapi tegur..cumanya bukan semua orang boleh dengar teguran daripada keburukan dan kesalahan sendiri..kan kan kan....

Pagi ni ada berita bab kutuk kutuk ni kena buang..aiseh...pelik dah kita ni..yang puji kita pun kita kena jaga...kadang-kadang yang puji tu ada "parang" ditangannya...Yang kutuk ni mungkin dia mahukan perubahan pada satu kepincangan.  Tapi yang mengutuk pun agak-agak le..toksahlah dibubuh caci maki segala..

PRU 8 julai ni...saya belum tukar alamat lagi..adeih..sayangnya nak buang alamat langkawi kat kad pengenalan. Nak balik langkawi semata-mata nak mengundi tak cukup budget le plak..nun nak simpan nak balik raya....huhu

120 Peserta bersih bakal dicekup .Oklah kalau depa salah..Polis yang membelasah haritu tak kena cekup ka?
Kadang-kadang yang kafir nun lebih sopan santun dengan tugas mereka. Tahu beza antara marah dan tugas..:(




Thursday

Bosnia dan Penindasan


 http://aiyangdisayang.blogspot.com/2012/02/mampukah-kalian-menahan-airmata-dari.html 

Bosnia dan Penindasan

Munsyid : As-Shoff
http://liriknasyid.com

Nasib Apakah Yang Menimpa
Ummat Islam Di Seluruh Dunia
Sentiasa Diburu, Sentiasa Dihina
Tiada Siapa Yang Dapat Membela

Apa Yang Berlaku Di Negara Bosnia

Adalah Lambang Kedengkian Dunia
Bukan Memberi Kebebasan Agama
Kerana Islam Musuh Mereka

Mereka Ditembak dan Disembelih

Mereka Dihancur dan Dileburkan
Mereka Dibelah dan dibekukakn
Mereka DImusnah dan Diletupkan

Hancur Luluh Berkecai Tubuh Mereka

Kelihatan Tulang dan Isinya
Anaka Menjadi Yatim

Tiada berbapa
Si Isteri pula Menjadi Janda

Titisan-tisan Darah Itu

Perlu Dibayar Dengan Setimpalnya
Secebis Daging Yang Jatuh dan Hancur

Duhai Umat Islam

Bangunlah Segera
Bebaskan Rakanmu dan saudara
Sedang Musuh-musuhmu Berpesta Di Sana
Bermaharajalela Membunuh Dunia

Kepada Syuhada Di Negara Bosnia

Kepada Syuhada Di Seluruh Dunia
Bidadari Syurga Rindu Menjemputmu
Kedatangan Syahid Yang Amat Dirindu 
 Saudaraku di Syria...Aku berdoa agar kalian dilindungi Allah dan kekal memilih untuk memilih allah sebagai tuhanmu!! Bukan basyar laknatullah itu...
Tabahlah..Kuatlah!! Allah memilih kalian untuk ke syurganya

Ya Allah..dalam saudaraku bergelumang dengan siksa aku disini masih mendengar yang lagha..masih tanpa sesak dada menyuap nasi ke tembolokku...ampunkanlah dosaku ini..
Kita seronok dan terleka sebab media takkan cerita apa yang berlaku di mesir, syiria, libya..mereka lailaikan kita sampai kita lupa saudara kita..

Ya Allah...kau balaslah kejahatan mereka yang membunuh orang islam ini...
muslim yang membunuh muslim dengan SENGAJA itu KAFIR---



Wednesday

Sanggup ke kita dera anak?

Rentetan video pukul anak di FB..sedih yang amat..macam mana nak cari budak tu..macam mana nak cr an bantu wanita itu dan anak kecil yang takda dosa lansung tu...

kadang-kadang kita juga terlepas marah pada anak.. memang anak kecil ni perangainya kadangkala menguji kesabaran tapi selalunya kita bukan pukul anak kita sebab kita marah perangainya tapi sebab hal dan masalah kita..kita stress jadi laju je tangan ni. sedangkan kita sedar anak kecil apa saja yang dia tahu..itu memang tak adil..mudah mudahan allah beri kita sabar yang banyak

sedihlah tengok video tu..
tolonglah selamatkan budak tu..tolonglah..please.macam mana kita boleh buat utnuk cari budak dan wanita tu?..Ya allah kau balaslah dengan hukuman yang setimpal..:( berilah kebaikkan untuk anak yang suci dan tak berdosa ni..

Andai kata manusia itu tak mahu bersyukur dengan anugerah anak yang suci ini , Ya Allah kau ambillah dan tempatkanlah anak suci ini dalam syurgamu yang indah..janganlah jau biarkan dia membesar dengan hatinya yang remuk sebab ramai yang berdosa padanya....

Menatang?

Sometimes Umar asked me with this question..

"Ummi, menatang apa tu Ummi" but the thing that he want to know is not any menatang...

huhu..he imitated me..Kedahan words...i also sometimes asked my husband or others with "apa menatang tu"

Tuesday

Sambung lagi?

Nak sambung PhD ke??
Tengah semangat ni biorle tulis proposal cepat2...
Huh, Nak sambung lagi ke??


Am i ready to suffer the Permenant Head Damage...Really???

   
Ye Ke???? Hihi
 PhD Talk...

Friday

Eating Time....


Bila dapat mangsa singa akan terus kejar. Takkan lepas peluang!!
Singa yang lain akan turut serbu dan mengambil peluang untuk tumbangkan mangsa
Bila mangsa rebah singa menikmatinya!!
Puaslah sebab bukan senang nak dapat makan...



Pernah lihat?? Tapi dimana Ya???

Thursday

Bukan saman saya...

Hari ni dapat lagi notis baru saman. Dan kali ni pun bukan saman saya. Dan jumlah saman yang bukan saman saya sudah 3..Adoi...sudah diusulkan surat ke yang berkenaan tapi surat masih tersimpan di pentadbiran..belom sampai ke tangannya dan dikhabarkan mungkin lambat lagi nak sampai jadi disuruh faks..

Saya tak pernah dapat sebarang saman trafik dalam tempoh tu..dan ada hari yang di"saman" saya di tempat kerja seharian..

Siapa yang abuse saya punya no plate ni..susah hati gakla sebab saya bukannya orang kaya raya..DAN BUKAN JUGA KESALAHAN SAYA..

Aku Berkuasa! Kau Diam!

Aku ada pangkat
Kau diam!! Jangan kau bantah kataku
Aku ada pangkat
Kau tak layak tegur salah ku
Aku ada pangkat
Harta ini adalah kekuasaanku
Aku ada pangkat
Kau anjing kurap
Shut Up!!!!

Ditangan ku ada pistol
Diam ku kata!!!
Ditanganku ada baton
Kau salah aku pukul!!
Aku dan rakanku ramai
Kami tidak bacul untuk pukul seorang beramai ramai

Arghhh!! kau diam
kau memang salah memangil kami kalb
kau layak juga dipukul seperti kalb
Kami profeisional memukul kamu dengan emosi marah dalam menjalankan tugas kami!!!
Kau diam!!
Kalau tidak, kami pukul !!!

Di dunia ini ada yang ada kuasa ditangannya
Bisa teguh bila ramai dan bisa hidup walau sorang
Kuasa yang Allah anugerah itu bukanlah untuk kepentingan diri sendiri
Untuk merasa hebat dan angkuh
Ia amanah Allah
Agar kau mengendara alam ini dengan baik dan adil..

Lantas aku bertanya diri sendiri
Aku ini ada kuasa untuk diriku
Apakah aku bebas untuk berkuasa keatas diriku
Apakah aku bisa menjalankan amanah ketika marah
Apakah aku juga menggunakan kuasa untuk kepuasan diri yang Allah tidak redha???